CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 6, 2009

:: TETAMU GHAIB ::

Sekali lagik salam sayang kat semua pembaca blog setia aq ni. tadi malam masa lepak kat rumah zain, kami tengok skrip 7707.. tetiba je dapat idea nak menulis blog pagi2 buta ni. ni pengalaman sebenar yang telah diceritakan kepada penulis oleh adik penulis sendiri yang mengalami perkara tersebut. aq pon terasalah tempiasnya.

kisah bermula pada lingkungan 4.30am ke 5.30am zaman sekolah2 dulu. Masa tu mak aq ni isteri yang rajin bekerja, untuk membantu suami tercinta menambah rezeki bagi menampung kami adik beradik. biasanya mak aq akan pergi kerja pada waktu yang telah disebutkan tadi. biasanya lepas bas kilang color biru sampai kat depan umah sampai, mak aq akan menjerit mengejutkan adik lelaki aq coz adik aq ni pegi sekolah lambat sikit berbanding abang2 nyer. so kiranya bagi peluang la kat abang2 ni tidur panjang. huhuhu... pendekkan citer hari tu aq yang bangun tutup pintu coz adik aq x bangun2 n malas nak dengar mak terjerit2. pass aq masuk tido, adik aq dengar ada orang ketuk pintu. adik aq pon dengan selamba ke pintu takut2 mak aq balik semula tertinggal barang ke apa ker kan. tapi sebelum buka pintu tu dia tengok lubang. (kat pintu kami tu ada lubang kecik, sebenarnya untuk tombol. tapi kami guna selak atas n bawah jer). masa tengok tu xder sesaper yang dilihat, mungkin kerana x puas hati, dia buka la pintu. pandangan kedepan memang x nampak apa2. tetapi kat bawah betol2 kat kaki dia ada entiti sebijik budak kecik. dengan ketakutan dia tutup pintu dan lari kebilik berselubung.

keesokan pagi rumah kami digemparkan dengan kewujudan bekas tapak kaki bayi di beranda rumah kami. adik aq diam jer... demam! apa yang pelik boleh aq katakan, lantai simen kat beranda aq tu dah bertahun dibuat. tapi kesan tapak kaki tu amat pelik. orang dewasa pijak pon tak tenggelam n meninggalkan kesan ni apatah lagi budak kecik. tapi peristiwna tu x dikecohkan ke misteri nusantara ye kawan2. kami ambil langkah berdiam diri, yang tahu pon jiran2 terdekat dan kawan2 kitaorang jer. cuba bayangkan kalau simen yang baru diratakan, pastu korang letak tapak kaki korang. cam tu la kesan nyer.. ni bukan tapak kaki hantu durian cam citer upin n ipin ok! ni benar2 berlaku. dah bertahun cerita tu berlalu.. tahun demi tahun kesan tapak kaki tu makin kabur. tapi sekarang ni kalau diamati betul2 still masih ader cuma dah kabur.

adakah seperti ini entiti yang dijumpai itu?

apakah anda rasa pelik dengan kejadian yang berlaku itu, bagi kami x hairan kerana itulah kejadian yang meninggalkan bukti. cerita2 sebelum ini yang mengatakan ada penduduk yang terjumpa kain putih melayang didepan umah aq, terlihat pocong didepan jalan aq menuju surau yang kebetulan didepan umah aq, suara bayi menangis n abang aq sendiri pernah terserempak sesusuk wanita bertelekung di bawah pokok jambu belakang umah aq, dua bijik mata merah sedang berterbangan. ini hanya omongan sahaja tanpa bukti yer.. tapi kami sekeluarga dah anggap itu sebagai cerita kosong sahaja. tapi kisah adik aq ni benar2 meniggalkan bukti. cerita ini x habis disini sahaja. ada kes terbaru yang tinggalkan bukti lagi pada episod akan datang... tunggu..


p/s : dunia ni bukan diduduki oleh manusia sahaja!




22 comments:

Mr. tercabut said...

mm.. biasala, benda2 cam nie..

apa yg berlaku.. ada hikmahnye...

mm.. mr. t pernah jugak berhadapan dgn benda2 cam nie..

alhamdulillah.. beransur hilang dari ingatan..

-Encik Manis- said...

ermmm...
npe umah u ols je ek..
die nak dtg?
peliknye...

Anonymous said...

"dunia ini bukan diduduki oleh maniusia sahaja"

berbaliklah kepada al quran utuk dibuat pendiding supaya ganguan itu tidak memudaratkan diri,mungkin ada cerita disebalik gangguan itu yang kita sebagai manusia tidak mampu merterjemahkan,cuma kita hanya mampau memohon dan berdoa kepadanya melindungi diri ini dari niat jahat....

peridot sepi said...

seram...

Penabahari said...

ehh...seram juga dibuatnya...

zain_azuan said...

amboi2... mengerikan sangat ceriter ko nie... merinding bulu romaku.. aiyoookkkk....

secangkir madu merah said...

eee..seram ar crita ko ni... hari ni hari apa ha? la hari ni hari jumaat nasib baik bukan malam jumaat..

Tunjuk Bintang said...

mr.T :
aq tetap cool jer.. nak wat camner dah dia suka umah aq. hehehehe...

primadona69:
ingat yer cik primaadona69, tetamu2 tu datang kerumah orang2 yang suci jerk. kalau umah2 yang kotor baik x yah coz mereka pon dah kotor, wat aper nak hasut golongan yang dah cam setan perangainya, kan lebih baik mereka menguji keimanan orang2 cam kat dalam umah aq. huhuhuhuhu...

Tunjuk Bintang said...

ai@reel:
alhamdulillah... walaupun keadaan tu berlaku pada kami, tapi kami xder rasa nak berbomoh untuk halau benda2 camtu coz kami rasa entiti tu datang dan pergi dan bukan bermaksud untuk mengganggu. mungkin dah sampai ke 7 perhentian kot?

peridot sepi:
seram.. memanglah seram. tapi zaman sekolah2 dulu nakal, so main terejal jer... peristiwa tu masih segar kat ingatan kerana setiap balik kampung teringat bekas tapak kaki tu kat beranda rumah..

Tunjuk Bintang said...

penabahari:
rasanya sambungan yang kedua lagi seram kot...

zain_azuan:
ala suam2 kuku jerk. kalau merinding bulu roma pegi la main dengan hamster ko tu. tengok saper nyer bulu yang paling merinding. tapi aq dah tahu dah jawapan nyer.

Tunjuk Bintang said...

SMM :
untuk pengetahuan akak, saya post n3 ni pada kol 1.52am. still malam jumaat kan. huhuhuu... sajer ambik mood. kata nyer....

Mr. tercabut said...

dier suke umah ko... sebab dier asal sana kot... hehe... famous umah ko!

Tunjuk Bintang said...

mr.T:
emph.. mungkin mereka nak kami merungkai episod yang tertangguh. ingat ni pemburu hantu ker? tapi ko pasti akan rasa pelik kalau ko tengok kesan tapak kaki tu. real bro.. episod akan datang nanti lagi real apa yang kami dapati. percaya atau tidak itulah hakikat... antara nyata n maya...

z.a.r.a said...

perghh...seram gak ek...klau msuk misteri nusantara, famous ko satu family hehehe :p

btul gak, klau cerita tanpa bukti org xcaya...ni dh de bukti mmg seram sejuk la jdinye~

cepat weii buat entry psl bukti2 lain..x saba dh ni hehe~

Tunjuk Bintang said...

memang nak wat.. tapi sejak aq post n3 tu ader perkara2 pelik berlaku kat aq. ntah lah mungkin secara kebetulan atau mainan perasaan aq. tadi malam aq baru nampak kelibat masa aq nak mula drive balik keje kol 3am. camner tu? masa sampai umah keter kelisa kat bawah flat berbunyi penggera keselamatan. uh... giler babing penangan gangguan yang aq hadapi. tapi cool jer...

Pais Mais said...

huu.. tu tapak kaki sape plak.. ni yang nak kene chek kat umah aku ni..

Tunjuk Bintang said...

oOO... ko rasa saper la yerk. baik ko peksa, mana tau kot tapak kaki hantu durian cam kat kampung upin ipin ker? naik gila ko nanti... tapi serius la wei. ini bkn main2 tau!

zain_azuan said...

until now u x tau ke sape punya kaki tu/... x bawak jumpa ustad ke... doktor tradisional ker?.... mane tau dia memang penghuni rumah ko............ menakotkan sungguh

Tunjuk Bintang said...

hello zain yerk.. kami ni malas nak panggil paranormal2 coz kami ni masih normal lagi. if ader yang dah x normal nanti baru la kami cuba cari pemburu hantu, leh masuk kat astro..

e. indah said...

bintang ...

akue pernah dengar suara perempuan menyanyi sayup-sayup kedengaran ...
bukan radio, bukan sora orang, sebab waktu tue awal pagi waktu subuh..sampai hari ne masih ingat irama alunan suara tue(uisssh...teringat balik pulak dah ...)

Tunjuk Bintang said...

e.indah:
semalam semasa aq lalu simpang perani (nama famous bagi penduduk kota tinggi dan mersing, area panas n menyeramkan) kami terdiam seketika padahal sebelum ni rancak berborak. tetapi aq terus lanjutkan omongan kosong kami. setiba dirumah baru adik aq cakap, masa dia terdiam tu, ada orang berbisik kat dia melalui tingkap. aq wat derk jer...

Tunjuk Bintang said...

e.indah;
masa kejadian tu kol 3 pagi masa kami dari JB nak balik ke Lok Heng... masa tu memang kabus tebal sikit. sejujurnya aq x pernah pulang ke Lok Heng kol 10pm keatas seumur hidup aq kecuali pada bulan ramadhan yang lalu... huhuhuhu