Dari daerah pojok ini Aq meneliti diri dengan segala deria yang dikurnia Ilahi. Sedang aku melayan perasaan, fikiran Aq merindu seseorang, dialah yang banyak memberi pengajaran tentang hidup. Dari Aq menjadi seorang yang mudah berputus asa dan sering sahaja memikirkan sesuatu perkara yang kalut untuk difikiri. Hadir dirinya dalam ruang hidup ini banyak merubah hidupku terutama kepercayaan tentang hati dan perasaan. Kehidupan metropolitan banyak mengajar dia untuk menjadi seorang insan yang bergelar lelaki untuk menikmati keseronokan nadi
Berteman cengkerik diluar jendela dan elusan lembut bayu malam jari ini menekan satu persatu papan kekunci. Kata hati perlu diluah pada sebaris ayat dan setiap susunan melodi hati perlu seirama. Jika melodi hati tidak bersatu dengan ironi, tiada bait kata yang mampu dilagukan seindah alunan seruling alam. Kamar sepi ini menjadi saksi kisah hidupku disini. Seorang perindu sepi yang entah kemana haluan yang perlu dibawa. Sesekali terdetik dihati mengatakan setiap nafas ini begitu berharga untuk diganti dengan segala-galanya.
Aq masih disini memberi setiap apa yang Aq jalani. Sehinggalah saat-saat itu hadir menjemputku pergi.
Keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan,
Andai kau jujur memahami,
dan kisahku yang masih panjang,
Menambahkan berat yang memandang,
Lantas ku pendam biarlah rahsia…..