CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 29, 2009

:: HIDUP ADALAH ANUGERAH ::


noda hitam menitik2 dan bertitisan
akhirnya kelam dihati lemahku
sejak aq mula disitu lagi
hingga aq begini dek noda itu
berlinang dan pekatnya ia
seakan sukar untuk disucikan
aq mengerti aq telah tersesat
aq seharusnya mudik kehulu
arahku salah ketika ini..
jangan ku dorong diri kearah itu lagi
nur ada disana bukan disitu
khatimahkan hatiku disana
kerana disitu ada suara2 sumbang
tangan2 hitam yang akan menyambutku nanti

dalam gelap tanpa cahaya neon
sekadar biasan cahaya bulan yang suram
aq duduk disitu mencanguk sendirian
membilang hari demi hari yang berlalu
mengimbas masa yang pantasnya berlari
aq membuka kotak memori semalam
membaca berlembar2 lipatan sejarah silam
dari aq mula belajar menangis
hingga aq pandai membuat orang lain menangis
dari aq keluar menjenguk dunia
sehinggalah aq kenal dunia sebenarnya

onak dan duri telah kulewati
segalanya mungkin walaupun dihempas badai
dari aq x tahu apa itu ABC
sehingga aq tahu mengucapkan
"I LoVE U"
aq mula sedar cinta punyai rahsia
walau x dicari ia tetap wujud
walau ia pernah merobek kepercayaan aq pada wanita
satu ketika dulu..
tapi aq semakin sedar cinta ada acuan sendiri
ia membuat aq gembira, tertawa, sedih dan berduka
aq mula redha dan mengerti
Tuhan tidak menjodohkan kami sebenarnya
ada hikmah segala yang berlaku
yang sudah biarlah sudah
dan kini aq mula kembalikan keyakinan
bahawa wanitalah yang akan memanjangkan generasiku

embun mula menitis...
aq mendongak lama kelangit
untuk apa aq masih menunjuk bintang
andai aq tahu memang x mampu aq menggenggamnya
aq harus berpijak dibumi nyata
aq harus bangun dari mimpi2 palsu
sudah masanya aq harus berubah
melupakan segala apa yang membuatku alpa
aq harus mencari sesuatu yang tertangguh
memantapkan iman yang terlalu goyah
dengan godaan dunia dan syaitan
mencari dan mempertingkatkan kualiti kerjaya
jika segalanya mencukupi
barulah aq mula memikirkan
suri hatiku... penawar dikala suka dan duka
aq bersyukur aq masih bernafas saat ini
kerana aq tahu hidup itu adalah anugerah..

kali ini aq x mungkin berputus asa
nekadku tinggi..
aq mula belajar mensyukuri apa yang terjadi
mencari sesuatu yang terbaik buat diriku
aq harus menjalani hidup mendatang
dengan yang terbaik..
aq tahu Tuhan ada untuk membantu
menunjukkan jalan dan kuasaNya
aq x akan menyerah dan lembik untuk melangkah
selalu memikirkan hidup ini x ada ertinya
walau aq tahu manusia x dilahirkan dengan sempurna
tapi aq xnak sesali apa yang telah terjadi
kerana hidup adalah anugerah
aq akan tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik...
aq x akan menyerah....