CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 27, 2009

:: TERMENUNG DI MALAM RAYA ::


Malam Raya sibuk orang bertandang kerumah saudara mara, sahabat handai, teman taulan... aq plak sibuk memenuhkan ruang menunggu kat Hospital Kota Tinggi. Dengan kudrat yang masih tersisa, ku gagahkan juga diri memandu kereta BLM kesayangan aq tu bersama seorang rakan meredah pekat malam. Memang x tahan bro.. Pass dapat ubat aq balik umah. Makan sikit nasi n telan ubat2. Pergh!!! bercinta lah aq dengan tilam dan bantal. Sebelum tu.. aq dok termenung kenapalah aq diberi ujian sebegini. Andai ditakdirkan aq dibedah minggu depan.. haruskah aq dengan terbuka menerima ketentuan Takdir ini. Dalam usaha aq bergelut dengan kesakitan aq x bergantung dengan ubat hospital semata2, insyaallah hari isnin ni aq pergi Pasir Gudang untuk berubat secara tradisional.. semoga usaha2 yang aq lakukan ini memberikan harapan untuk sembuh agar aq dapat kembali tunjuk bintang seperti sebelum2 ini.

ubat botol tu kena minum 15ml 3X slps makan.
yang pek ader sticker kuning tu 2 bijik 3X slps makan.
yang pek biasa tu mkn 2 bijik ble perlu je..
(Ingat tau, jangan lupa makan ubat)


nota kaki : setiap penyakit ada ubatnya. jika tiada penyudahnya apakan daya aq terpaksa berbaring di katil pembedahan n kelelakian aq pasti teruji... terima kasih kepada kawan2 yang memberi sokongan moral n mana2 yang baik hati temankan aq pergi hospital, tempat berubat n tempat2 tertentu untuk menyembuhkan penyakit yang aq hadapi ini. Jika aq dibedah nanti jangan lawat aq tau, malu dowh aq x mandi dengan muka yang sembab nanti, perh.. tetibe je nak nangis ni. x per.. aq still leh control.