CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 14, 2009

:: MARI BERPANTUN ::

ingat aq masa sekolah form 4 dulu, kelas aq ader wat berpantun masa subjek bahasa melayu. best gak la gamat nyer.. huhuhu.. meh kita berpantun...

kolek beroleng dihempas ombak
ombak beralun ditiup bayu

aq berdiri realiti dipijak

tiada sendu tiada sayu


layang layang terbang melayang

melayang tinggi diatas awan

hendak mencari kasih dan sayang

tetapi hati tidak tertawan


merpati hinggap diatas ranting

ranting rapuh jatuh ketanah

sukarnya hati untuk disunting

luka lama masih berdarah



ah.. apalagi, jawab lah...


p/s: sila jawab ye cik primadona69, awak tu kan pemantun sekolah. eheks...
>hari ni 2 ekor hamster aq beranak lagi. huhuhuhu.. dah jadi datuk aq ni...