CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 19, 2009

:: KASIH IBU.. ::


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1)
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
2)
Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
3)
Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
4)
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
5)
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu : PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,'Saya Sayangkan Ibu'.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat
yang sama ditulisnya.


p/s: x sure dapat kat mana benda alah ni. dah lama ada kat my folder. just nak share kat pembaca my blog. rasanya SMM tulis aper yerk kalau bodygurd dia tulis cam tu? adakah penampar yang diberi.. hehehe...