CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

:: LAMA BERGANTI BARU MENDATANG ::

Salam sayang kat semua pembaca setia blog ini. Maaf kepada semua andai tertanya2 kemana hilangnya bintang? Emph... bintang masih ada, cuma suram sahaja. Yelah kan gerhana bulan x lama lagi. Hehehehe... Bukan apa, lewat kebelakangan ini jiwa kacau sikit. Sibuk lagi dengan kelahiran hamster yang silih berganti. Banyak benda yang nak diluahkan, terutama pasal kisah sorang budak lelaki (insyaallah bintang akan kupas komen dia) dan coretan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2009.

Sepanjang riwayat kisah bintang tahun 2009 adalah tahun paling malang bagi bintang. Sukar nak digambarkan betapa tabahnya bintang meneruskan liku2 kehidupan bersandarkan beberapa orang penting dibelakang. Menyelesaikan masalah besar yang silih berganti, memasak kaki dibumi untuk teguh berdiri. Membuka minda seluasnya agar dapat anjakan paradigma. Mencipta realiti dari fantasi dan segala apa yang dilakukan dengan kekuatan azam dan jati diri pada diri.

pada awal tahun mak diisytiharkan OKU oleh KWSP dan mak layak memohon pengambilan KWSP yang disimpan. Memandangkan semua orang sibuk dengan kerjaya masing2, aq terpaksa menyelesaikan masalah mak aq masa tu.. dari bertekak dengan officer KWSP tu hinggalah sealanya berjalan lancar. Masa tu mak duduk sebulan dengan aq kat umah bujang bagi memudahkan mak ulangalik dari Hospital untuk menjalani rawatan radioterapi. Dan selama 6 bulan aq menyewa seorang kerana housemate aq semua mendapat kerja Gov. Hati mana yang x runtun sorang2 pergi meninggalkan aq... tatkala pada masa tu merekalah housemate yang paling baik aq pernah jumpa sepanjang hidup aq..

pada pertengahan tahun plak aq kerugian melebihi RM5K kerana ditipu ejen kereta. Memandangkan masa itu kesilapan besar telah dilakukan, maka tiada report polis dibuat atas perkara2 tertentu. hingga sekarang bajingan itu makan duit haram aq tu. Hasil titik peluh wang simpanan tu.. nak x nak aq terpaksa kuarkan lagi duit simpanan aq untuk beli kete dengan ejen lain. RM2k duit muka, dah bulan2 kena bayar mahal sikit. Akhirnya dapat gak keter baru walaupun bukan jenis keter yang aq idamkan. tapi sekarang mentaliti aq dah boleh terima hakikat. hari demi hari aq semakin lupakan hal ini agar aq x rundung kepiluan. Alhamdulillah dengan adanya keter baru ni aq dapat bawak mak dan familiy jalan2 balik kampung, hantar adik belajar kat IPT, yang penting ajak member2 lama mandi air terjun masa cuti raya yang lepas. n3 pasal tu ada ditepek sebelem ni..

malang bertimpa lagi apabila dompet aq tercicir dengan dalam tu ada +-RM750. masa tu buntu giler.. duit tu nak bayar bulanan keter, pergh.... baru ambik keter xkan nak wat sangkak plak x bayar kan. so masa tu ikhtiar jer la.. x lama dompet tercicir.. henset yang aq baru beli plak hilang, bayangkanlah henset sony ericson camera 3.2mp tu leh hilang. baru plak tu.. x kecewa ker? masa tu fikir cam nak kena mandi bunga jekan. tulah hidup.. memang x der rezeki.

yang best tahun ni, aq berjinak2 bela pets, bermula dari hamster, tambah pula guinea pig, bunnies, beta, dan guppy. meraka ni la yang wat tidurku selalu lambat.. yelah nak pastikan mereka sihat n ok.. nak bermanja2 lagi. seronok sesangat...

apa yang pentingtahun depan dan tahun depannya adalah waktu untuk kumpul duit. dah xder azam baru... cuma sekadar meningkatkan mutu kerjaya dan memperbaiki kehidupan. nak simpan duit manalah tau tetiba ada berkenan kat anak dara orang, leh hantar pinangan. Janda pon boleh.... hahahha.

sorry la kalau u olls kena baca n3 yang panjang berjela ni.. tvm coz support aq selama ini..


UCAPAN:
SELAMAT TINGGAL MEMORI 2009
SELAMAT DATANG TAHUN 2010


semoga tahun baru ini menjanjikan 1001 kemanisan.


p/s: semoga mak sihat selalu
primadona69 beli henset baru x bagitau pon?
zain_azuan mantapkan projek kita
SMM teruskan blogging, cepat inform apa yang nak cakap tu
kepada kawan2 yang kawin tu sorry la x dapat datang
salam tahun baru kat semua kawan2 dan bloger2.