CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 22, 2011

:: LEWAT PAGI.. ::

pass balik keje friendly match dengan budak cina yang dulu kalau main selalu x memihak kepada team aq.. tapi kali ni mereka seolah tunduk malu bila acapkali kalah. emph bukan nak berlagak.. tetapi mungkin prestasi dah semakin ok kot.. kira ok lah sekarang aq main badminton bila pass kejer dari lepak bawah pokok kat depan mahkamah JB, lepak Tugu, dok ke hulu hilir menyusuri jalan2 bandar yang disimbahi neon. apa pon x dapat.. sekurang2 nya boleh menyihatkan badan. uhuks..


pagi tadi masa balik kat Highway Skudai 5o meter selepas simpang masuk ke Kempas Lama ada xcident, nampak sebijik keter jer yang remuk teruk.. polis sedang sibuk mengawal keadaan.. emph... sentap jugaklah coz ingatkan roadblock tadi. aq rasa pasti ada yang terkorban memandang keadaan keter yang remuk teruk. Tetapi semua kehendak Tuhan kan..

melihat kes tadi, terngiang kat fikiran yang aq ni selalu balik dalam keadaan letih n mengantuk, dan selalu memandu dalam keadaan mengantuk.. emph.. takut jugak. tapi minta dijauhkan dari segala apa jua bentuk bencana.. lewat kebelangan ni banyak ubat yang dimakan, takut jugak pengaruh ubat memberi kesan. emph.. semoga selamatlah hendaknya aq ni..

Wednesday, June 15, 2011

:: MENGINTAI LANGIT ::

Menjalani kehidupan dengan biasa2 sahaja lewat kebelakangan ini, tiada masalah besar yang harus kalut difikirkan. tiada juga hal2 yang berkecamuk di benak yang harus di selesaikan. g keje, rehat, tido n kejer semula. sudah tiada masa untuk duduk dibawah pohon sena di subuh hari menanti fajar menyinsing. rasanya semua dah berlalu... memori2 lalu, kisah2 duka harus ku bungkus n kutanam biar hilang terus dari riwayat hidupku. rasanya x semudah itu...

yang pasti ku akan terus setia tunjuk bintang.. kerana bagiku antara yang berkerdip ada satu yang istimewa. dua yang ku suka, tiga yang kudamba dan empat yang cantik.. dan yang paling kusuka bila aq dapat membentuk buruj.. sampai sekarang x jumpa buruj sagitarius.. dan aq terus melampiaskan rindu pada sang bulan.. angin malam, terlalu awal untuk kamu menemaniku pulang. masih ada tugas yang harus kulakukan sampai 2.00am..

sakitku makin parah.. sudah 2 bulan aq meringkuk dalam ketakutan yang amat sangat.. bukan ku takut mati. tapi memikirkan andai aq x mati cuma terbaring seolah mayat hidup plak. dah bertablet antibiotik yang aq telan, dah pelbagai ubat n vitamin yang bersatu dengan darahku, dah 3 kali injection yang aq ambil. tapi masih begini. aq tahu Tuhan maha penyayang. Dia mahukan aq menjadi lelaki yang tabah, kuat.

tadi pagi aq sempat chat dengan teman lama aq.. dalam ceria dengan bait2 katanya. ada duka rupanya dihati lelaki itu. isterinya keguguran 3 kali. keinginan nak menimang cahaya mata tidak kesampaian. dia banyak menasihati aq tentang kehidupan dan jalan menuju titian silaturrahim.. aq seolah terpanggil menyahut seruan ilahi.. dan walau aq sedar malaikat maut x penah melengahkan tugasnya. dan aq masih berkubang dalam dalam pekatnya kisah silam n dosa2ku.. Astagfirullah al azim.. sejauh ini aq melangkah... Kamu masih memberi peluang untuk ku bernafas.. Terima kasih dengan dugaan ini, terima kasih juga terus membuatkan nadiku terus berdenyut. Berikanlah hambamu ini Nur menuju kejalanmu Ya Allah...


Monday, May 2, 2011

:: X DER BENDA KAN ::



salam kembali kepada pembaca blog TB, bukan bermaksud x mau menulis lagi. adakalanya banyak masa kat FB, huhuhuhu.. mood menulis seakan kosong plak.. lama dah x wat puisi, ntah la sibuk kat mana tu.. selalu jugak buka blog kengkawan lama.. tapi mereka pon semacam x selalu update. adakah blog sekarang semakin hilang dihati peminat. ceh wah..

banyak perkara nak bagitau kat korang semua. tapi x tahu nak mula dari mana.. start dari mak la, setakat ni mak dah semakin sihat. dengan semangat yang kental.. mak dah selesai menjalani rawatan radio terapi selama sebulan dan telah tamat jugak sesi yang mengerikan bagi penghidap kanser iaitu 6 sesi rawatan kemoterapi. Angah doakan mak semakin cepat sembuh dan sihat, nanti leh tolong2 bakal pengantin ni 2 tahun lagik.. hhuhuhuhuhu (perasan sungguh.. tunang pon blm lagik). mak cuma perlu rawatan susulan jerk dan pemantauan doktor. sabar mak yer.. segala yang berlaku ada hikmahnya..

pasal diri ni, biasalah hati dah disunting, ahhahaha.. bukan den yang sunting.. den x pandai ngurat2 ni.. nak ikut kan cerita kami semakin rapat n berbunga2 taman2 disekitar.. huhuhu.. hahaha.. menyemai cinta katanya.. malas nak citer banyak.. takut break kat tengah jalan.. maklumlah banyak sangat dugaan sekarang ni... so kena pakai payung masuk hutan ni..

dan rasanya tulah jer kot untuk kali ini.. ceritakan tentang perkembangan diri. GLAM n Maskulin terbaru x sempat lagi nak baca. ehhehehe..

k, love u peminat blog TB

apa kata kita layan babak romantis filem sembilu.. best giler.. selalu ulang tayang clip ni..



touching sesangat kan..


Tuesday, March 22, 2011

ANDAI

Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu tertawa
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari masalah

Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu bahagia
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari derita

Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu ada untukmu ooh

Andai ku di hatimu
Andai ku di pelukmu
Andaikan kau menjadi milikku

Andai ku di hatimu
Andai ku di dekapmu
Andaikan kau menjadi milikku

Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu bahagia
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari derita

Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu ada untukmu oh..oh


P/S : Like this song.. the lyric is cool.. meaningfully...

Friday, February 4, 2011

:: SEDETIK LEBIH ::


sedetik lebih..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu





harap2.. masih ada lagi coretan sepi selepas ini di blog ini. ku bukan tinggalkan kerana sibuk, tetapi sejak laptop aq kena curi, susah dah nak update. selepas ini pasti masih ada puisi indah dan juga coretan2 halus dari hati ini..