Diantara hitam dan putih, yg mana 1 anda pilih? apa pula kaitannya diantara warna putih dan warna hitam yang boleh kita gambarkan pada dalam diri kita? kebiasaanya ada yag kata putih itu lambang kesucian, manakala hitam pula melambangkan kegelapan. walau macamanapon ia terpulang kepada individu yang membuat penilaian masing2. lain orang lain pandangannya. lebih2 lagi untuk menilai sesuatu usul yang timbul didepan mata. kalau nak diikutkan, siapalah kita yg hanya manusia biasa utk menilai dan membuat perbandingan terhadap diri orang lain. Namun cuba kita lihat kedalam diri kita. Sejauh mana kita mampu membuat penilaian terhadap sesuatu perkara yang ada pada diri kita. Dimanakah kedudukan kita yang sebenar, sama ada PUTIH atau HITAM. Bak kata orang "cermin diri sendiri" jangan hanya pandai menilai sifat orang lain, sedangkan diri kita entah bagaimana keadaanya.
Dalam aspek memilih kawan juga, permulaanya pasti didahului dengan proses menilai. Inidilakukan sebagai langkah berjaga2. Manalah tau, zaman sekarang mcm2 boleh terjadi. Pengkhianat ada dimana2. Kadangkala kawan sendiri boleh mengkhianati kita tanpa diduga. Yang ingin diketengahkan disini ialah kita sering membuat perbandingan daripada penilaian. Hati budi belakang kira, yg penting pangkat dan darjat menjadi utama. Begitulah lumrah manusia. Sifat keikhlasan semakin diketepikan semata2 kerana kepentingan diri. Persahabatan yang dijalin sering disalahguna. Daripada situlah lahirnya ungkapan "Habis madu sepah dibuang". Apalah ertinya meraih kesenangan dengan cara mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain. Status, kebendaan dan paras rupa bukan perkara yang boleh dijadikan ukuran. Namun keikhlasan yang lahir daripada hati menjadi faktor utama. Barulah talian silaturahim menjadi lebih kukuh.
Daripada pengalaman mencari kejayaan hidup, aq banyak belajar daripada sifat manusia, terutama dikalangan sahabat. Alhamdulillah, sememangnya sifat aq tidak memilih kawan. Siapa sudi berkawan, pasti aq layan seperti sahabat yang sudah lama kenal. Disini aq ingin berkongsi cerita mengenai pengalaman aq satu ketika dulu. Aq mengenali seorang insan berperwatakan sederhana. Biasalah, aq juga manusia biasa dan x pernah lari daripada membuat kesilapan. Penilaian aq terhadap dirinya dengan sifat sebenarnya rupa2nya bertentangan sama sekali. Ternyata niat serta keikhlasan untuk berkawan dengan aq terpancar dari sudut hatinya. Daripada situ aq dapat mempelajari tentang keikhlasan dalam persahabatan. Setiap perlakuan dan apa diberikannya banyak menggambarkan kesungguhan dan bukan atas dasar keperibadian. Malah dia banyak memberi dorongan kepada aq untuk berusaha lebih gigih. Aq kagumi sifat beliau, sifat rendah diri dan tidak pernah putus asa membuatkan aq bertambah tercabar serta berusaha mencari segala kegigihan beliau.
Selain itu sedikit sebanyak mempelajari mengenai pengurusan dengan lebih teratur. Tidak kira daripada sudut kehidupan dunia mahupun agama. Pendek kata, aq dapat membuka minda dengan lebih luas dalam meniti hari yang semakin hari semakin berganti. Ternyata, tiada sempadan boleh memisahkan setiap insan. Tidak kira lahir daripada apa jua keadaan, yg penting niat mesti bersih dan seperti aq katakan tadi, jangan sesekali kita mengambil kesempatan diatas kesenangan orang lain demi kepentingan diri.
[Kerana percaya pada kawan. Aq kehilangan RM5000 sekelip mata. Pengajaran beb...Kalau aq jumpa budak tu memang aq BUNUH!!!]
10 comments:
seriously hilang 5K???
be careful beb nx time!
aku tak pilih hitam tak pilih putih! huhuh
Hampir sama jer cerita kawan tipu kawan ni berulang-ulang bagai Dejavu...cuma suasana dan caranya sahaja berbeza. Aku kerana kesiankan kawan hanya empat org jadi hilang lebih RM10K. Hmmm...
[syafiqa]serius.. wat per nak tipu. bayar deposit kete myvi time tu.. lastly aq terpaksa kuarkan lagi 2K bayar deposit saga BLM. dah xder rezeki... nak pesan! kalau nak beli kete direct g showroom dan jumpe consultant kat situ. kawan ni biler dah nampak duit.. memang cam si*l..
[KOSE] sebelum ni banyak kali rugi pasal join benda merepek cam swisscash & stromberg. tu x yah cakap ar.. memang salah sendiri. tapi kali ni duit nak beli kete beb... huhu.. xpelah, x dapat pakai myvi, BLM pon boleh la.. yang penting x berpanas hujan..
[gadis] emph... lalalala..
hahaha..melayang 5K ko.
ok2, aku akan igt pesan ko tuh...
kaYe ko rupeNye..
dh ilanG duit, masih ade lagi duit.
hahhaha
Salam boss :)
broker kete yang ko bwk dtg umah aku mlm tu ker?
[syafiqa] bukan kaya mana pon. rajin keje jerk.. leh kumpol RM sikit2. banyak x banyak ler.. leh lar hidup. kena pakai kete coz aq nak hantar mak aq wat medical checkup kat HTI 2X sbln...
[md. noh basri] bukan ler.. tu yang lain. kalau dia aq leh gak bakar umah dia kat air tawar nu.. ni kat JB, ntah aq pon x tau nak cakap per... memang dah x der rezeki bro.. balik kampung tanam jagung lagi baik..
Post a Comment