CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 25, 2010

:: SEPINYA JANJI ::


Dalam duka berinjak luka

Sesekali ria menjengah rasa

Seketika bahagia menggoncang jiwa

Sepi disanubari runtun segala


Sepinya janji...

Andai malam tanpa bintang

Sepinya janji...

Andai ombak tanpa derunya

Sepinya janji...

Andai pelangi tanpa warnanya


Aq masih seperti dulu

Persis tidak berubah harapanku…

Menghitung kiraan waktu mendewasakanku

Dengan kosong tanpa bahagia..


Satu hari yang ku tak tahu jam berapa?

Ku terima satu janji

Janji yang kurasa cukup indah

Andai janji itu ditermetarai

Janji dari seorang manusia kepada manusia-biasa lainnya..


Disudut gelap hatiku

Terbina laman yang indah seketika

Bunga2 cinta mekar seindah senyuman “bunga cinta lestari”

Dan akhirnya…

Semua wangian bunga itu hilang

Dek kenangan2 lalu


Awan pun mendung..

Seolah menangisi nasibku

Lalu hujan pula turun membasahi bumi

Aq sekadar merenung dijendela..

Fikiranku tak tercapai akalku

Hanya membisu dan benakku kosong…


Sepinya janji aq rasakan kali ini

Bukan apa? Kerana janji aq terhina begini

Perlukah aq menagih janji yang ntah keberapa kali ini

Mulanya ingin ku semat didada

Tapi aq takut amongan manusia nakal

Kufikir biar sahaja kutanam didada

Biar sahaja pemberi janji belah dadaku

Untuk mengotakan janjinya

suatu hari dipenghujung penantian

Dan saat itu bahagia yang ku temui

Walaupon sekejap Cuma..

Aq redha andai itu pengakhir hidupku…

Sepinya janji ku bawa bersama..


7 comments:

Tunjuk Bintang said...

"pegang janji ini"

terima kasih kerana memberi sedikit harapan padaku, tapi kamu harus tahu.. penantian suatu penyiksaan. dan acapkali janji tinggal janji. aq mengharap janji ini bukanlah janji untuk menutup kesedihan aq yang sekian kalinya. harap kita temui bahagia...

secangkir madu merah said...

TB, salam keriangan buat kamu disana...akak disini rasa bagai sayu membaca luahan hatimu...usah diturutkan hati dan rasa dek....
carilah teman buat menghibur hati yg rawan.. perlu diingat jgnlah mudah terima janji, begitu juga jgn mudah membuat janji... terimalah segalanya seadanya... suatu hari pasti hari gembira mu akan tiba jua...berdoalah...

Faizal Sulaiman said...

siannya ko..

Tunjuk Bintang said...

SMM:
jauh disudut hatiku.. itulah yang ku harapkan..

Tunjuk Bintang said...

FS:
sian kan kat aq.. walaupon ko tengok aq leh ketawa riang. jauh disudut hati aq. x siapa yang tahu..

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Kami Kembali lagi... Maaf atas lama tak ziarah... kerana banyak hal yang perlu kami uruskan... nanti kami ceritakan ye..
Ok kami sambung lah persahabatan kita yang lama tak berkunjung ye...

biasalahhh janji itu tinggal janji... janji sehidup semati... sapa yang janji mesti tak dikotakan

Tunjuk Bintang said...

tq der still singgah n bagi komen kat aq nyer blog.. blog aq ni sunyi jer.. seperti hati ku ini. hahahaha (gelak sampai pengsan.. lol)