CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 15, 2010

:: TAHUN BARU YANG ?????? ::

Hi alls, sorry la lambat nak post n3 baru. Al maklumlah sekarang tengah sibuk pindah tempat keje baru. Tempat keje je baru tapi boss yang sama. Uh… penat wei, hari2 masuk keje lambat, iya la kan.. kalau dulu g kejer 5 minit jer, sekarang dah 20 minit.. nak redah highway lagi, tunggu trafik light. Emph.. sabo je la kan. Wat masa ni keadaan summer terkawal, takut lagi 2 minggu nanti ada perubahan waktu kerja aq memang dah bersedia dengan kemungkinan yang akan diucapkan oleh boss. Niat nak angkat kaki pon ader gak.. dah 2 tahun kejer kat sini, banyak dah berkorban dan berjasa. Tapi siapalah kita, pekerja yang dipandang sebelah mata jerk. Huhuhu… tak macam arip si cleaner yang disanjung tinggi. Hahahaha…. Member kerja pon der problem.. siap tunggu masa jerk angkat kaki. Last2 yang susahnyer aq jugak.. panggil saper.. aq jugak.. emph..

O yer.. orang kata tahun baru mesti seronok dengan hal2 yang baru, emph.. xder pape pon yang menarik, yg x seronok banyakla.. duit kena kuar lagi nak servis keter. Guinea pig yang sepatutnya aq tunggu dengan kelahirannya, tapi menyedihkan summer baby dia mati. Wargh.. mula2 nak meraung gak. Dah la balik tension dengan masalah tempat kejer, sampai umah jadi cam tu plak.. tapi aq tetap redha. Aq x hot.. aq cool jerk.. hehehhe. Summer hamster2 aq sihat2 jerk.. mana2 yang dah kembung sedang dikuarantin bagi membolehkan proses kelahiran berjalan lancar. Bunnies aq xleh nak pregnant lagi coz lom cukup umo lagi. Huhuhuhu..

Sepanjang minggu ni xder aper yang menarik pon, nak tengok wayang pon xder saper nak temankan, so balik kampong tido lagi bagus… wah rindunya kat mak.. padahal baru minggu lepas balik kampong. Huhuhu… alangkah seronoknya bila aq bosan ader orang yang nak berbual dengan aq, leh kuar jalan2, mini shopping ker, mandi kolam, main bowling, tengok wayang. Emph… aq selalu mengeluh tapi aq gak yang xnak try cari. Kui..kui.. blues untuk aq.. kah..kah.. merepek siot aq ni.. nak khabar kat u olls, tempat kejer aq baru der connection internet tu yang selalu sangat miss nak bagi komen kat n3 korang.

Tempat kejer baru x best.. banyak kekurangan. Waaaaaaargh..


p/s : tahniah aizat n composer lagu pergi.. kakak India yang dok kat sebelah aizat pon sekali, suara dia power ar.. nasib jerk x tertido dibuatnya.
> zain azuan bila nak kuar keter purple, if ader masalah.. rileks jer dulu, jangan terburu2. Rm500 X= Rm 5000.

14 comments:

bujang bakal senang said...

elek bro,jgn mengeluh.

e. indah said...

salam bintang...
tahun baru akue pun tak besh ...
tapi aku harap soon will be ok ...mohon dangan sangat ...

Faizal Sulaiman said...

tahun baru biasalah.takde benda yg berubah sgt pon.i mean truly obvious punya changes;)

Tunjuk Bintang said...

BBS:
nak wat camner? labu la labu..

Tunjuk Bintang said...

e.indah:
kadang2 pahit nak terima tu semua..

Tunjuk Bintang said...

Faizal Sulaiman:
ntahlah.. kadang2 hidup ni sukar diduga. hari aq datang lambat lagi. argh... bengang giler!

secangkir madu merah said...

salam tunjukbintang....
jgn mengeluh dik...
sabar..sabar itu separuh dari iman..tahun baru baru saja menyingkapkan tabir..sabar..kita masih ada 11bulan setengah lagi.. mana tau minggu depan ke bulan depan ke bulan lagi satu ke.. rezeki ko datang bergolek2.. dapat suasana kerja yg seronok, awek yg cun dan sayang kat ko.., gaji naik, entah2 tahun ni ko menamatkan zaman bujang, mana tau kan? aku disini sentiasa mendoakan yg baik2 utk ko dik..
baguslah rajin2 balik kg jumpa mak..


sabar ok...

Tunjuk Bintang said...

SMM:
terharu rasanya...

Afzainizam said...

Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

eeemmm bertukar tangan tapi bos sama gak... betul tu macam tak ade perubahan langsung

isssshhhh..... produktif betullah ko punya guine pig tu... beranak lagi ke....

ape pun kerja selagi kita mampu buat.... pasal sesuap nasi tu tak sesemestinya kita boleh tukarkan dengan setitik peluh....

lainlah plak dengan ko mungkin ko kerja tempat ade aircond.... aku hanya dok kat bawah air (udara) aje tak ade kipas angin pun kat bengkel ni....

zain_azuan said...

aku bosan dengan sikapmu.. aku rasa buang masa.......










benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... bila nak benti nie?.....

Tunjuk Bintang said...

afzainizam:
eh.. mana ader kejer kat aircond. kat sini pakai kipas jerk la... kat tempat lama jer pakai air cond. selagi ada peluang cari duit kena tahan jelah kan, cuma kadang2 tu mestilah mengeluh, melepaskan apa yang terbuku didada sekian lama. hehehe..

Tunjuk Bintang said...

zain azuan:
iayalah.. saper aq ni kan. pencacai boss jerk... ko x leh berhenti la.. nanti saper nak bayar keter ko tu?

hamster2 ko tu nak makan per? bunnies n budgie tu nak letak mana? kampung! kah..kah..kah..

Afzainizam said...

NILAI PERSAHABATAN


Sahabat,

Jika suatu masa engkau ditakdirkan bertemu seorang kawan, yang sanggup bersusah keranamu atas nama kesetiaan, sering mendahulukanmu atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, yang menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, ketahuilah olehmu sahabat, Dia bukan hanya seorang kawan tetapi Dialah seorang saudara dan juga sahabat..

Tetapi Sahabat,

Sekiranya engkau berasa beban kerananya, berasa ragu akan keikhlasannya, itulah tandanya engkau tidak seikhlas dia, andainya engkau buka keaibannya, itu tandanya engkau melaknati kejujurannya. Engkau juga tidak menghargai segala kabaikannya terhadap engkau..

Bila engkau mula menyedari dia tidak mengendahkan engkau lagi, dan mula bersikap dingin dan berubah, janganlah engkau termakan hati dengan sikapnya itu..

Ketahuilah,

Betapa dia sebenarnya, menelan hempedu sendi yang mendalam kerana
prihatin dan kasih sayangnya, kejujuran dan keikhlasannya, engkau permainkan..
Maka setelah itu, usahlah engkau harapkan sesuatu darinya lagi, kerana dia telah hilang kepercayaan padamu..
Engkau juga takkan bertemu dengan kawan sepertinya lagi..

Oleh itu Sahabatku,

Hargailah sebuah persahabatan, sebelum ia hilang dari dirimu…



“SEBAIK-BAIK SAHABAT IALAH YANG MENEGUR DI KALA KEMUNGKARAN DAN SEBURUK-BURUK SAHABAT IALAH YANG DIAM SERIBU BAHASA”

Salam ziarah dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

Tunjuk Bintang said...

afzainizam:
sahaba yang baik bukan boleh dibeli dipasar malam,
sahabat yang baik bukan boleh dapat ditepi jalan,
sahabat yang baik hanya kau dan dia tahu erti asam garam dalam persahabaan,
tahu erti pengorbanan dan kesetiaan...s