CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 22, 2011

:: LEWAT PAGI.. ::

pass balik keje friendly match dengan budak cina yang dulu kalau main selalu x memihak kepada team aq.. tapi kali ni mereka seolah tunduk malu bila acapkali kalah. emph bukan nak berlagak.. tetapi mungkin prestasi dah semakin ok kot.. kira ok lah sekarang aq main badminton bila pass kejer dari lepak bawah pokok kat depan mahkamah JB, lepak Tugu, dok ke hulu hilir menyusuri jalan2 bandar yang disimbahi neon. apa pon x dapat.. sekurang2 nya boleh menyihatkan badan. uhuks..


pagi tadi masa balik kat Highway Skudai 5o meter selepas simpang masuk ke Kempas Lama ada xcident, nampak sebijik keter jer yang remuk teruk.. polis sedang sibuk mengawal keadaan.. emph... sentap jugaklah coz ingatkan roadblock tadi. aq rasa pasti ada yang terkorban memandang keadaan keter yang remuk teruk. Tetapi semua kehendak Tuhan kan..

melihat kes tadi, terngiang kat fikiran yang aq ni selalu balik dalam keadaan letih n mengantuk, dan selalu memandu dalam keadaan mengantuk.. emph.. takut jugak. tapi minta dijauhkan dari segala apa jua bentuk bencana.. lewat kebelangan ni banyak ubat yang dimakan, takut jugak pengaruh ubat memberi kesan. emph.. semoga selamatlah hendaknya aq ni..

Wednesday, June 15, 2011

:: MENGINTAI LANGIT ::

Menjalani kehidupan dengan biasa2 sahaja lewat kebelakangan ini, tiada masalah besar yang harus kalut difikirkan. tiada juga hal2 yang berkecamuk di benak yang harus di selesaikan. g keje, rehat, tido n kejer semula. sudah tiada masa untuk duduk dibawah pohon sena di subuh hari menanti fajar menyinsing. rasanya semua dah berlalu... memori2 lalu, kisah2 duka harus ku bungkus n kutanam biar hilang terus dari riwayat hidupku. rasanya x semudah itu...

yang pasti ku akan terus setia tunjuk bintang.. kerana bagiku antara yang berkerdip ada satu yang istimewa. dua yang ku suka, tiga yang kudamba dan empat yang cantik.. dan yang paling kusuka bila aq dapat membentuk buruj.. sampai sekarang x jumpa buruj sagitarius.. dan aq terus melampiaskan rindu pada sang bulan.. angin malam, terlalu awal untuk kamu menemaniku pulang. masih ada tugas yang harus kulakukan sampai 2.00am..

sakitku makin parah.. sudah 2 bulan aq meringkuk dalam ketakutan yang amat sangat.. bukan ku takut mati. tapi memikirkan andai aq x mati cuma terbaring seolah mayat hidup plak. dah bertablet antibiotik yang aq telan, dah pelbagai ubat n vitamin yang bersatu dengan darahku, dah 3 kali injection yang aq ambil. tapi masih begini. aq tahu Tuhan maha penyayang. Dia mahukan aq menjadi lelaki yang tabah, kuat.

tadi pagi aq sempat chat dengan teman lama aq.. dalam ceria dengan bait2 katanya. ada duka rupanya dihati lelaki itu. isterinya keguguran 3 kali. keinginan nak menimang cahaya mata tidak kesampaian. dia banyak menasihati aq tentang kehidupan dan jalan menuju titian silaturrahim.. aq seolah terpanggil menyahut seruan ilahi.. dan walau aq sedar malaikat maut x penah melengahkan tugasnya. dan aq masih berkubang dalam dalam pekatnya kisah silam n dosa2ku.. Astagfirullah al azim.. sejauh ini aq melangkah... Kamu masih memberi peluang untuk ku bernafas.. Terima kasih dengan dugaan ini, terima kasih juga terus membuatkan nadiku terus berdenyut. Berikanlah hambamu ini Nur menuju kejalanmu Ya Allah...


Monday, May 2, 2011

:: X DER BENDA KAN ::



salam kembali kepada pembaca blog TB, bukan bermaksud x mau menulis lagi. adakalanya banyak masa kat FB, huhuhuhu.. mood menulis seakan kosong plak.. lama dah x wat puisi, ntah la sibuk kat mana tu.. selalu jugak buka blog kengkawan lama.. tapi mereka pon semacam x selalu update. adakah blog sekarang semakin hilang dihati peminat. ceh wah..

banyak perkara nak bagitau kat korang semua. tapi x tahu nak mula dari mana.. start dari mak la, setakat ni mak dah semakin sihat. dengan semangat yang kental.. mak dah selesai menjalani rawatan radio terapi selama sebulan dan telah tamat jugak sesi yang mengerikan bagi penghidap kanser iaitu 6 sesi rawatan kemoterapi. Angah doakan mak semakin cepat sembuh dan sihat, nanti leh tolong2 bakal pengantin ni 2 tahun lagik.. hhuhuhuhuhu (perasan sungguh.. tunang pon blm lagik). mak cuma perlu rawatan susulan jerk dan pemantauan doktor. sabar mak yer.. segala yang berlaku ada hikmahnya..

pasal diri ni, biasalah hati dah disunting, ahhahaha.. bukan den yang sunting.. den x pandai ngurat2 ni.. nak ikut kan cerita kami semakin rapat n berbunga2 taman2 disekitar.. huhuhu.. hahaha.. menyemai cinta katanya.. malas nak citer banyak.. takut break kat tengah jalan.. maklumlah banyak sangat dugaan sekarang ni... so kena pakai payung masuk hutan ni..

dan rasanya tulah jer kot untuk kali ini.. ceritakan tentang perkembangan diri. GLAM n Maskulin terbaru x sempat lagi nak baca. ehhehehe..

k, love u peminat blog TB

apa kata kita layan babak romantis filem sembilu.. best giler.. selalu ulang tayang clip ni..


video
touching sesangat kan..


Tuesday, March 22, 2011

ANDAI

Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu tertawa
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari masalah

Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu bahagia
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari derita

Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu ada untukmu ooh

Andai ku di hatimu
Andai ku di pelukmu
Andaikan kau menjadi milikku

Andai ku di hatimu
Andai ku di dekapmu
Andaikan kau menjadi milikku

Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu bahagia
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari derita

Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu ada untukmu oh..oh


P/S : Like this song.. the lyric is cool.. meaningfully...

Friday, February 4, 2011

:: SEDETIK LEBIH ::


sedetik lebih..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu



video

harap2.. masih ada lagi coretan sepi selepas ini di blog ini. ku bukan tinggalkan kerana sibuk, tetapi sejak laptop aq kena curi, susah dah nak update. selepas ini pasti masih ada puisi indah dan juga coretan2 halus dari hati ini..

Wednesday, October 13, 2010

:: DAN... ::

Dan..
seperti hari2 yang lalu
pohon hijau itu tetap gah berdiri disitu


dan.. seperti selalunya..
bangun pagi ku merenung jendela..
mengintai fajar menyingsing

dan... sebelum minum secagkir kopi
aq asyik dengan aromanya...

dan... begitulah aq setiap pagi
tanpa suara merdu berbisik mesra
tanpa kucupan manis dipipi dan dahi
ketika aq melangkah keluar dari pintu

dan.. rupanya aq seperti dulu

Saturday, September 25, 2010

:: SEPINYA JANJI ::


Dalam duka berinjak luka

Sesekali ria menjengah rasa

Seketika bahagia menggoncang jiwa

Sepi disanubari runtun segala


Sepinya janji...

Andai malam tanpa bintang

Sepinya janji...

Andai ombak tanpa derunya

Sepinya janji...

Andai pelangi tanpa warnanya


Aq masih seperti dulu

Persis tidak berubah harapanku…

Menghitung kiraan waktu mendewasakanku

Dengan kosong tanpa bahagia..


Satu hari yang ku tak tahu jam berapa?

Ku terima satu janji

Janji yang kurasa cukup indah

Andai janji itu ditermetarai

Janji dari seorang manusia kepada manusia-biasa lainnya..


Disudut gelap hatiku

Terbina laman yang indah seketika

Bunga2 cinta mekar seindah senyuman “bunga cinta lestari”

Dan akhirnya…

Semua wangian bunga itu hilang

Dek kenangan2 lalu


Awan pun mendung..

Seolah menangisi nasibku

Lalu hujan pula turun membasahi bumi

Aq sekadar merenung dijendela..

Fikiranku tak tercapai akalku

Hanya membisu dan benakku kosong…


Sepinya janji aq rasakan kali ini

Bukan apa? Kerana janji aq terhina begini

Perlukah aq menagih janji yang ntah keberapa kali ini

Mulanya ingin ku semat didada

Tapi aq takut amongan manusia nakal

Kufikir biar sahaja kutanam didada

Biar sahaja pemberi janji belah dadaku

Untuk mengotakan janjinya

suatu hari dipenghujung penantian

Dan saat itu bahagia yang ku temui

Walaupon sekejap Cuma..

Aq redha andai itu pengakhir hidupku…

Sepinya janji ku bawa bersama..


Thursday, September 16, 2010

:: HARI MALAYSIA ::


salam satu Malaysia kengkawan dan pembaca blog TB ni, aq x perasan plak hari ni hari Malaysia. masa karoke semalam member aq yang reminder kat kawan aq, so kepala hotak aq fikir hari ni dapat double coz aq kejer. ahaks... alhamdulillah dah rezeki yerk.

pagi tadi aq dengar stesen radio kegemaran iaitu era.fm, dj dia ada cakap pasal hari Malaysia ni barulah aq ni faham hari Malaysia ni sebenarnya start sambut tahun ni pada 16hb September setiap tahun. Cuti ni bukan cuti sesuka hati yer, tapi cuti sempena mengingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16hb Sept 1963. ohoks.. aq lom lahir masa tu! Kiranya masa tu Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura sama2 nak berpakat nak jadi Malaysia.


so, kepada semua pembaca TB, selamat Hari MALAYSIA dan masih seminggu raya ni, ucap sekali Selamat Hari Raya Minal Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, salam aidilfitri buat semua...

Wednesday, September 15, 2010

:: ULASAN RAYA 2010 ::

salam aidilfitri buat pembaca blog TB ni, malam2 ni banyak idea nak tulis. bukan aper nak citer pengalaman raya tahun ni. Tentu u olls tahu kan yang aq ni balik kampung malam raya. huhuuhuhuhu.. kol 12tngah malam baru tutup kedai, so dalam kol 12.30 tu gerak dari JB ke LH. Jalan pon x jam, coz ramai dah balik umah, lagi pon sekian alam dah standby nak beraya.. selamat la aq. kiranya semua aq buat tahun ni last minute, dari persediaan kuih raya yang buat sendiri yer tahun ni. bayar zakat n shopping2 last2 nak masuk kejer. hahaha.. tapi segalanya siap!


sampai umah cium mak borak2 n tido. petang tu drive balik kampung kat Pontian, belum sampai bandar dah jumpa 2 xcident. yang satu tu keter kancil remuk depan, dan MPV terbalik, jalan depan lagi x sampai 100m dari tempat tadi ada satu lagi keter terbalik. masa tu baru lepas hujan, so faham la kenapa banyak sangat xcident, lagi pon tempat tu selekoh merbahaya.. dengan jalan licin. nasib la aq ni dah siap sedia keter tu dari segi tekanan angin dan kondisi keter yang terbaik. doa dan tawakal sepanjang dalam perjalanan. nak ambik gambar x sempat coz adik2 aq semua dah ngeri nak snap pic, aq tngh drive plak time tu, nak berhenti tengok malas lak. so meneruskan perjalanan yang berkelajuan sederhana sampai umah nenek, salam2..makan.. borak.. singgah plak umah nenek tiri. cian plak nek pok coz masa kitaorang pergi dia tinggal sorang. alahai sayu nyer hati aq, sedara2 tiri aq ni x jenguk mak dia ker? mak aq cakap anak2 dia kuar beraya, nek pok malas nak ikut. (sedapkan hati katanya). apa yang best tahun ni balik nenek dah boleh duduk dan bertambah selera makan, x macam 3 bulan lepas. still baring jer.. biasalah orang dah tua. kita doakan sajer yang terbaik untuk mereka...


tengok mata tu, walaupon lebam ku tetap hantar mak jumpa dengan nenek, Livita kamulah pemberi tenaga buatku...


pass siap2 semua kita pon balik, tapi tahun ni x balik umah sedara abah coz abah pon x ikut kita balik, lagi pon abah anak yatim, balik kampung pon xder saper.. adik beradik dia tahun lepas sambut abah cam orang terbuang. cian tengok abah. tapi kitaorang buat cambiasa jer. maklumlah orang tua kalau dah merajuk. kami x masuk campur hal abah dan keluarga dia. sebab kami dah arif sangat.. mak pon x ziarah kubur atuk cam tahun lepas. mungkin mak x berapa sihat kot. ni 20hb mak ada appoitment dengan doktor, katanya masuk terowong. tu yang mak takut...


sampai umah kol 8.30 terus call kawan2 pergi raya, emph.. cam biasa xder mood plak coz issue yang diborakkan pasal ntah apa2 ntah, yang kerja bagus berlagak la pulak, yang kerja x best cam aq ni terpaksa la senyap jerk.. last2 aq balik kol 12 ajak member aq lepak JB, mula2 nak lepak kota makan mcD jer, tapi bosan plak kota xder per2, tu yang ajak member aq g lepak Jb. agak2 mata dah mengantuk drive balik umah.. sampai umah dah azan subuh yer.. apa lagi, pejam mata la. penat yer seharian berjalan...


raya kedua n ketiga x g mana pon, lepak umah member sampai pagi. tetiba xder elekrik.. camner? lagi pon ramai member ahad nak balik KL dah mula bertugas. emph.. tahun ni biasa jer raya nyer.. tapi baju raya aq paling meletop.. kalah yang lain yerk.. hahahahhaha... of coz jakel.

hari balik kejer pon cam xder mood jer.. hahahah. PEMALAS.. huhuhuhuhu..

esok nak kuar jalan2 dengan doubleF.my. apa tu? tara.. ni kawan baik aq dulu.. nanti aq masukan entry baru bila kami dah kuar esok..


p/s : adik aq cakap, pelanggan yang pergi kedai bukan beli ikan atau sayur. tapi cari surat khabar. masing2 nak tahu berita hot kes sosilawati. alfatihah buat semua mangsa...

Tuesday, September 7, 2010

:: KAD VS E-CARD RAYA ::

dah nak RAYA ker????

Salam muhibah kepada pembaca blog TB, kali ni aq nak citer pasal nostalgia kad raya 7 atau 8 tahun lepas masa zaman2 sekolah dulu dan teknologi masih belum benar2 glamour zaman tu. setiap tahun pasti aq akan dapat kad raya dari kenalan dan taulan, adakalanya aq akan gantung kad2 raya tu kat ranting pokok dan diletak disudut ruang tamu, atau pon tepek kat dinding ataupon letak kat bawah plastik lutsinar kat meja kuih. nanti masa kawan2 datang beraya masing2 tersenyum dengan kad raya yang mereka kirim aq gantung. huhuhuhu.. meriah zaman2 tu tiap malam akan beramai2 kunjung mengunjung.

tapi sejak2 kebelakangan ni setiap tahun aq hanya menerima e-card kat friendster, myspace, facebook dan juga email, x lupa juga mms n sms malam raya. tahun ni aq ada bagi kad raya kat kawan2 terdekat x lupa juga mak n abah. nostalgia tetap nostalgia. yang lama jangan dilupa, yang baru kita teruskan. x gitu kawan2? walaupon sekarang ramai pakai ketupat sri nona yang kecik2 tu, abah tetap suruh mak mengayam ketupat kelapa, rasa lain kata abah. memang nostalgia betul la abah anak yatim piatu itu... mungkin terkenang nenek n atuk. xper abah, syawal nanti kita ziarah kubur nenek n atuk.

Thursday, September 2, 2010

:: APA YANG HOT? ::

SALAM MERDEKA MALAYSIA KU


salam ramadhan semua kepada pembaca. petang yang panas ni aq nak cerita sikit pasal berita2 yang hot kuar kat paper n media elektronik. of coz iklan pasal pil dan produk kesihatan untuk pelangsingan badan menjadi iklan hot kat paper. iklan kurma, tudung, langsir x kiralah dari Jakel kedai fav beli baju n langsir, Kamdar, n mak kawan aq beli langsir kat Nagoya yer.. apa kes? semua nak berjenama n berkualiti atau nak diskaun. hehehehhe..

yang lain cam iklan perabot cavenzi, ikea dll top gak. x tahan ada bazar habib tu? barang kemas pon ada bazar ker? oh tidak yer... selain tesco, giant, carefour, kipmart dll pasaraya pon sibuk lawan harga. uh.. x tahu nak g mana? lastly g econsave jerk.. kan... kan...

dan yang paling membawa rezeki bulan puasa ni adalah rumah anak2 yatim, artis2 dan VVIP serta menteri sibuk memeriahkan majlis berbuka puasa bersama2 mereka. beruntunglah mereka bila dapat baju raya baru dan duit raya.. dan perkara yang tidak dilupakan adalaha berita2 mengenai kemalanagn jalan raya yang mengerikan dan meragut nyawa. nauzubillah.. dijauhkan lah hendaknya..

tengok ni yang paling ngeri aq tengok?
---------------> tak berani plak nak tengok. hehehe



malam nanti nak wat kuih raya... tunggu n3 selanjutnya...

Friday, August 13, 2010

:: DOA UNTUK A.AZLIN ::

SEMOGA KAMU SELAMAT DAN
KEMBALI NORMAL SEPERTI SELALU
AMIN...


sekadar gambar hiasan


Salam ramadhan kepada pembaca blog TB ni, terima kasih juga kepada pembaca setia seperti SMM, Afzainizam, FaizalSulaiman dll. hope anda terus x jemu bertandang ke blog penuh emosi ini.

semalam masa sahur, just makan maggie jer, x tahu la kenapa mesti dengan maggie. huhuuhuhu.. dalam tiba nak bersahur tu, dapat khidmat pesanan ringkas dari A.Azlin. katanya lagi 4 jam dia akan masuk ke bilik pembedahan. tetiba maggie yang sedap tu jadi cam x sedap plak. tabi tetap habis ye..
\
berbalik pada A.Azlin. hopefully dia selamat menjalani pembedahan tersebut. semoga selepas ini kamu menjadi manusia yang kuat dan tabah melalui hari2 yang penuh liku ini. tadi sebelum berbuka sempat berbalas msg dengan dia. ingat nak pergi lawat esok tapi esok i plak kerja. so kena pergi hari senin la.. emph.. xper la. pergi sorang jer.. tunggu i datang ok.


+++++++++++++++++

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cubaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

+++++++++++++++++