CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 27, 2009

:: TERMENUNG DI MALAM RAYA ::


Malam Raya sibuk orang bertandang kerumah saudara mara, sahabat handai, teman taulan... aq plak sibuk memenuhkan ruang menunggu kat Hospital Kota Tinggi. Dengan kudrat yang masih tersisa, ku gagahkan juga diri memandu kereta BLM kesayangan aq tu bersama seorang rakan meredah pekat malam. Memang x tahan bro.. Pass dapat ubat aq balik umah. Makan sikit nasi n telan ubat2. Pergh!!! bercinta lah aq dengan tilam dan bantal. Sebelum tu.. aq dok termenung kenapalah aq diberi ujian sebegini. Andai ditakdirkan aq dibedah minggu depan.. haruskah aq dengan terbuka menerima ketentuan Takdir ini. Dalam usaha aq bergelut dengan kesakitan aq x bergantung dengan ubat hospital semata2, insyaallah hari isnin ni aq pergi Pasir Gudang untuk berubat secara tradisional.. semoga usaha2 yang aq lakukan ini memberikan harapan untuk sembuh agar aq dapat kembali tunjuk bintang seperti sebelum2 ini.

ubat botol tu kena minum 15ml 3X slps makan.
yang pek ader sticker kuning tu 2 bijik 3X slps makan.
yang pek biasa tu mkn 2 bijik ble perlu je..
(Ingat tau, jangan lupa makan ubat)


nota kaki : setiap penyakit ada ubatnya. jika tiada penyudahnya apakan daya aq terpaksa berbaring di katil pembedahan n kelelakian aq pasti teruji... terima kasih kepada kawan2 yang memberi sokongan moral n mana2 yang baik hati temankan aq pergi hospital, tempat berubat n tempat2 tertentu untuk menyembuhkan penyakit yang aq hadapi ini. Jika aq dibedah nanti jangan lawat aq tau, malu dowh aq x mandi dengan muka yang sembab nanti, perh.. tetibe je nak nangis ni. x per.. aq still leh control.



Saturday, September 26, 2009

:: AIDILFITRI '09 ::


ni bukan depan umah aq yer.. ni kat depan umah 1st member yang aq beraya. Keter baru tu..


emph.. sempat lagi tu pegi guardian, teman kan member aq beli barang laaa..


ni la team raya aq, c-dent, heyguy (ala budak kutip limau kat bang bang boom tu), amy (G-String) n tunjuk bintang ler... huhuhu. Sorry yer.. primadona69 xder k..

Satu2 nyer anak sedara aq.. Mohamad Akhil Solihan katanyer.. (ni kat umah mertua abang aq)

cam terkejut plak si akhil ni.. gambar ni ambik masa kat umah nenek aq. time tu dak kecik ni tengah kepanasan..

wah.. raya2 ni masih sempat pegi Tesco lagik.. Tu la adik lelaki aq n my mum..

Wednesday, September 16, 2009

:: LAGU RAYA UNTUK MAK & ABAH ::


Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Saturday, September 12, 2009

:: CERITA SI BINTANG ::

salam u olls.. camner hari ni. tinggal beberapa hari sahaja kita hendak beraya. bagaimana plak dengan persiapan beraya. dalam bercerita pasal persiapan nak beraya, aq nak citer la sikit pengalaman semalam aq. citer benar ni tau!

CERITA 1
biasalah... nak raya mesti g shopping, cam n3 sblm ni aq der cakap short list destinasi yang perlu aq pegi jumaat lepas. Mula2 destinasi aq tuju adalah Jakel, pegi situ pon mak aq pesan belikan cadar. Lagipun murah sikit kat situ coz aq dah belek risalah sebelum ni. masalah nyer.. masa nak parking xder tempat kosong, tawaf ler bangunan tu lebih dari 5 kali, lastly singgah kat Kipmart jerk, masuk kipmart xder benda menarik nak beli. Kuar balik dan cari parking lagi nak ke Jakel ni, geram x jumpa2 gak. Aq parking jauh sikit, tinggal member aq dalam keter. Aq ngan adik aq pegi la Jakel tu cari cadar yang dimaksudkan, tapi bukan setakat cadar je aq beli, karpet buluh sekali aq angkut naik keter. dah Settle aq teruskan perjalanan ke Giant plak. Datang2 jer terus g kat kedai minyak wangi. ala wangian yang x beralkohol. 1 ml baru RM3. Aq ambik 10ml jenama BOSS, adik aq 10ml gak tapi Hugo Boss, member aq ambik 15ml Armani. Ala biasa2 jer, nak wat rayer katakan. nak beli yang ori memang x mampu lor..

CERITA 2
Lepas beli minyak wangi tu, we alls masuk kat dalam pasaraya. rambang mata nak beli. macam2 benda terfikir nak ambik. dalam kesederhanaan berbelanja penuh gak satu troli. hahahhahahaha... bukan per, aq beli sekali barang keperluan mak kat kampung. Time nak bayar aq rasa bengang sikit la.. orang ramai nak bayar tapi kaunter yang bukak cumer 3 jerk.. bayangkan kalau satu barisan ader 15 orang.. ble nak siap nyer. padahal kaunter banyak tu.. tetiber je satu kaunter tu wat hal, komputer hang.. x mangamuk orang line tu. habis orang yang ader kat kaunter tu kena maki hamun. baik technician, supervisor mahupon cashier kat situ. silap mereka jugak.. dah tau ramai orang ramai lagi2 musim perayaan ni. bukak la banyak sikit kaunter, x yah nak beratur panjang sangat. soal kekurangan staff bukan alasan coz mereka perlu tangani perkara ni sebelum puasa lagi coz mereka pasti akan tahu kemungkinan ramainya orang akan datang berbelanja.

CERITA 3
Dah petang baru sampai Angsana, kat sini shoping baju t-shirt je. Sajer2 je tengok baju2 kat sini. beli sehelai je. baju coklat jenama Milano, biasa2 jer. Malas nak lama2 kat ruang pakaian coz rambang mata. Tu pon layankan member.. berhabis sampai Rm500 kat situ, tu belum lagi dia beli kasut kat al-Ikhsan dan barangan keperluan diri kat Watson. Layan kan jer la... aq tetap biasa dengan low profile.. ceh.. ceh... sbnrnya boring kat angsana tu coz dah penat kot dari tadi asyik shopping. pe2 pon barang2 untuk mak n ayah aq dah beli. itu sbnrnya keutamaan aq untuk tahun ni. ye la... aq dah kejer 2 tahun, so harapan syawal tahun ni nak banyakkan masa dengan family. bukan selalu balik kampung.. Tahun ni pertama kali aq belikan Hadiah untuk mak n ayah.. bagi aq ni yang sesuai kot.

CERITA 4
Dah kol 5.30pm we olls berangkat pulang setelah bonet belakang penuh. huhuhuhu.. nasib la New Saga BLM ni bonet beso. Kalau x tempat duduk blakang la yang penuh gedabak. Balik jer sampai umah jenuh naik tangga sampai tingkat 4 dengan barang yang banyak tu berplastik2. lepak jap.. hilangkan kepenatan n peluh2 yang mengalir keluar. G masak mee goreng, maklumlah dah nak berbuka, kol 7 dah nak masuk kerja lagi. Uh.. penat wei.. Siap2 jer terus mandi n gerak g kerja. tapi sampai lambat, berhenti kat petronas makan tapau mee yang aq goreng tadi. huhhuhhuhuhu...

CERITA 5
masuk kejer cam biasa. xder customer yang banyak kerenah hari ni. so senang la kejer aq hari ni. malam ni memang mengantuk giler, memang x blh blar... kepala hotak ingat nak balik jer.. tup2 tengok jadual hari ni balik kol 3 pagi. peh.. lama lagi nak sampai umah. masa dok layan ngantok, tetiber jer ader mamat dok sblah aq, citer dia kena saman dngn polis la, minyak motor habis la. aq ni malas nak layan orang2 cam ni. dah kol 2 pagi, giler aper nak percaya. tetiber je hati aq ni kesian. lagipon stesyen minyak xder yang 24jam sekitar sini. lama gak pk baru aq hantar dia beli minyak kat petronas. pass tunjuk jalan balik aq masuk keje cam biasa. sbnrnya aq malas nak tolong coz sblm ni aq dah terkena satu kes yang aq jumpa mamat terbaring kat tepi jalan. masalah nyer xder motor n tanda2 kemalangana kat situ. takut gak nak tolong coz skrg ni macam2 leh berlaku. akhirnya masa balik pon sampai.. tapi memang kecewa. minyak wangi yang aq beli tadi jatuh n pecah.. pergh.... aroma yang menusuk kat hidung bertambah sakit hati jerk.. nak wat camner. memang xder rezeki nak beraya pakai minyak wangi tu.... wargh!!!!

Thursday, September 10, 2009

:: 10 HARI LAGI ::

Pejam celik pejam celik dah tinggal 10 hari sahaja kita akan meninggalkan bulan ramadhan dan berakhirlah pose kita yerk. Mana2 yang selalu sangat gastrik tu dah mula rasa lega dah, pakcik2 yang potong sawit dan toreh getah dah boleh duduk bersila makan tengahari dengan lembu dan kambing kat kebun. Mak Jah, Mak Leha, Cik Nor yang x tahan nak sambung cerita bersiri dipagi hari boleh la kompol cerita hot2 dalam n luar negeri yerk..

Esok nak pegi shopping sikit untuk persediaan raya nanti. Antara tempat2 yang dah ader dalam list cam Plaza Angsana, Jakel, Kipmart, Giant n Jusco. uh! banyak tempat ni nak kena pergi.. larat ke x? maklumlah kalau dah keluar hanya sekali jer.. sekali jalan jer.. malas nak keluar dua tiga kali. buang masa jer.. baik tidozzzz... Tahun ni x beli yang bukan2, jimat sikit lor coz dah pakai kete ni komitment dah tinggi sikit. Huhuhuhuhu... nak wat isi minyak nanti time raya nak berjalan2. Uh! Tahun pertama raya pakai keter xcitet sikit.. wahahahhaha..

Wednesday, September 9, 2009

:: HARI RADIO MALAYSIA ::

09.09.2009: ERA pecah format dengan memainkan lagu Dangdut, Pop Yeh Yeh, Irama Malaysia, Nasyid, Komedi, Balada, Hindustan, Ramadan/Raya dan juga Rap - untuk 9 lagu berturut-turut setiap jam, dari 9 pagi bersama 9 bekas penyampai ERA seperti KUDSIA KAHAR, KRILL & KE, NILA, LINDA ONN, ROSTAM, NAJMAN, DAVID LOW, JAMAL JAMALUDDIN dan lagenda radio Malaysia, NORAMIN!(msg dari era fm kat facebook)

Naik seronok aq dengar radio era hari ni, yang best aq dapat dengar Linda Onn keudara, rindu aq dengan dia. Gaya dia yang selamba memang syioks... dari dulu hingga skrg aq memang setia dengan Era, x tau la kenapa. walaupon dengan kehadiran sytesen radio yang panas2 sekarang ni, aq tetap layan era. DJ2 yang sporting spt: Burn n Ady, Ray n Reza, Nana n Dina, Pak Nil n Din Beramboi, Sepah dll.... program yang best spt c30 n carta era. memang meletop.... walau camner pon, aq ambik kesempatan ni untuk ucapkan kepada radio ERA n radio2 yang lain selamat hari radio malaysia.



Bersama-sama meraikan KUASA RADIO

Wednesday, September 2, 2009

:: RENUNG SEJENAK ::

Salam.. hari ni aq wat editing filem maut dan syurga cinta dijadikan satu movie. bukan untuk apa? aq tertarik dengan slot2 ni dan bila digabungkan mungkin lebih menjadikan jalan cerita yang lebih menarik.




kehidupan itu sementara. aq ingin mengingatkan diri sendiri sambil share dengan u all semua. semoga ada yang tersirat dari tersirat. banyakan beramal...