CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 27, 2009

:: TANJUNG BALAU ::


Tarikh : ? Jun 2009
Tempat : Tanjung Balau, Kota Tinggi
Masa : 3pm - 6pm

Baru2 ni aq der pergi tanjung balau untuk menghirup udara segar dan sajer je nak lepak tepi pantai. memang fiil aq ble der masalah aq akan pegi pantai atau laut. Tapi hari tu aq just dok kat jeti je.. banyak pose aq ambik kat jeti. dah lama gak tak pegi situ.. ni aq ada sedikit maklumat untuk u olls manalah tau one day nanti nak mandi manda n bercuti bersama dengan keluarga.


Tanjung balau atau perkampungan nelayan merupakan salah satu tempat yang menarik di daerah Kota Tinggi untuk dilawati. Selain pemandangan yang indah, pantai yang menarik untuk bermandi manda bersama keluarga, pengunjung juga boleh melihat suasana perkampungan nelayan. Terdapat juga Muzium Nelayan Tanjung Balau. Ia bertujuan memberi maklumat kepada pengunjuang peralatan yang digunakan nelayan untuk menangkap ikan. Terletak 5km utara dari Desaru, Muzium ni dibina oleh KEJORA yang merupakan salah satu projek pembangunan kat kampung nelayan tanjung balau ni. Muzium ni dibina pada 1992 yang mana ia terbahagi kepada ruangan galeri, ruang rehat dan kedai cenderahati. Kat Tanjung Balau ni gak aq chalet kalau2 u olls nak menginap. Ok.. selamat merancang percutian anda.




ni la gambo2 yang best untuk disiarkan



[Best gak sesekali rehatkan fikiran]

Sunday, June 21, 2009

:: SKUAD ERA Myvi ::


Hari : Isnin

Tarikh : 15 Jun 2009
Lokasi : Tempat Letak Kereta Giant Tampoi
Masa : Sekitar 5pm

bergambar dengan skuad era Myvi bahagian selatan

Peristiwa ni dah seminggu, x sempat nak posting. Ni baru der masa terluang. Kisah nyer camni, masa tu aq dengan member aq nak gi pejabat pos tampoi nak ambik pos berdaftar aq. Tetibe je member aq kuatkan vol radio, aq dengar lah suara burn si penyampai era tu laaa.". Lokasi skuad myvi era membuat lintasan di perkarangan tempat kereta giant tampoi". Kebetulan simpang ke Giant 50 meter dari kete baru aq ni, alang2 dah kol 5pm, confirm ler pejabat pos dah tutup operasi. Nak dipendekan cerita aq kejar lah skuad era tu... pusing2 punya pusing jumpa la kat satu sudut tu. Kiranya aq orang yang kedua terawal.. huhuhu.. Syok giler dapat banyak hadiah... kiranya apa yang dia bagi tu semua aq dapat. 5 hadiah utama tu sume aq dapat. Yang best nyer album ungu aq yang punya. Hahaha.. cuma x dapat t-shirt je coz saiz s kot. kecik semacam jerk.. kat bawah ni senarai barang yang aq dapat:
  • Album Ungu : Penguasa hati (Paling Best)
  • Majalah Media Hiburan
  • Majalah Klik
  • Majalah Rapi
  • Majalah Remaja
  • Majalah On the road
  • Komik G3
  • Minuman kecergasan
  • Pembasmi serangga serai wangi
  • Cili Giling (Aq bagi member aq coz dapur x berasap dah)
ni la hadiah nyer...



[Terima kasih ERA.. memang best]




Thursday, June 18, 2009

:: BILA PENA MULA BERPUITIS ::


~ Seruling Harapan
~
Bila Datang Matahari
Aq Bangkit Dari Lena
Mencari Erti Hari Baru

Masih Adakah Sinar Untuk Ku

Hanya Menunggu Mati


Aq Terpenjara Dalam Pasungan

Meronta Untuk Lari

Berilah Aq Sedikit Nur Harapan

Untuk Kecapi Bahagia Yang Sedetik Cuma

Akan Ku Halusi Janji Bibirku

Agar "Cinta Agung" Kita Tetap Utuh

Imaginasi Fantasi Jadikanlah Realiti

Aku Bukan Lelaki Yang Gemar Berpersepsi

Aq Juga Bukan Lelaki Yang Tewas

Menjungjung Kasih Membina Taman Astakona

Kembara Merentasi Relung Waktu

Mengintai Dari Kamar Syahdu


Kasih Fahamilah Aq

Perindu Sepi Berkelana Dibumi Sendiri

Sesaat Cuma Kita Akan Bersama

Menjulang Lipatan Memori Semalam

Tetapi......

Haruskah Aq Berterusan Begini

Sekadar......

Fantasi Alam Diulit Lembayung Indah




[Lama x wat puisi.. ni pon 2 tiga tahun lepas time kecewa bangat]

Sunday, June 14, 2009

:: HITAM PUTIH KEHIDUPAN ::


Diantara hitam dan putih, yg mana 1 anda pilih? apa pula kaitannya diantara warna putih dan warna hitam yang boleh kita gambarkan pada dalam diri kita? kebiasaanya ada yag kata putih itu lambang kesucian, manakala hitam pula melambangkan kegelapan. walau macamanapon ia terpulang kepada individu yang membuat penilaian masing2. lain orang lain pandangannya. lebih2 lagi untuk menilai sesuatu usul yang timbul didepan mata. kalau nak diikutkan, siapalah kita yg hanya manusia biasa utk menilai dan membuat perbandingan terhadap diri orang lain. Namun cuba kita lihat kedalam diri kita. Sejauh mana kita mampu membuat penilaian terhadap sesuatu perkara yang ada pada diri kita. Dimanakah kedudukan kita yang sebenar, sama ada PUTIH atau HITAM. Bak kata orang "cermin diri sendiri" jangan hanya pandai menilai sifat orang lain, sedangkan diri kita entah bagaimana keadaanya.

Dalam aspek memilih kawan juga, permulaanya pasti didahului dengan proses menilai. Inidilakukan sebagai langkah berjaga2. Manalah tau, zaman sekarang mcm2 boleh terjadi. Pengkhianat ada dimana2. Kadangkala kawan sendiri boleh mengkhianati kita tanpa diduga. Yang ingin diketengahkan disini ialah kita sering membuat perbandingan daripada penilaian. Hati budi belakang kira, yg penting pangkat dan darjat menjadi utama. Begitulah lumrah manusia. Sifat keikhlasan semakin diketepikan semata2 kerana kepentingan diri. Persahabatan yang dijalin sering disalahguna. Daripada situlah lahirnya ungkapan "Habis madu sepah dibuang". Apalah ertinya meraih kesenangan dengan cara mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain. Status, kebendaan dan paras rupa bukan perkara yang boleh dijadikan ukuran. Namun keikhlasan yang lahir daripada hati menjadi faktor utama. Barulah talian silaturahim menjadi lebih kukuh.

Daripada pengalaman mencari kejayaan hidup, aq banyak belajar daripada sifat manusia, terutama dikalangan sahabat. Alhamdulillah, sememangnya sifat aq tidak memilih kawan. Siapa sudi berkawan, pasti aq layan seperti sahabat yang sudah lama kenal. Disini aq ingin berkongsi cerita mengenai pengalaman aq satu ketika dulu. Aq mengenali seorang insan berperwatakan sederhana. Biasalah, aq juga manusia biasa dan x pernah lari daripada membuat kesilapan. Penilaian aq terhadap dirinya dengan sifat sebenarnya rupa2nya bertentangan sama sekali. Ternyata niat serta keikhlasan untuk berkawan dengan aq terpancar dari sudut hatinya. Daripada situ aq dapat mempelajari tentang keikhlasan dalam persahabatan. Setiap perlakuan dan apa diberikannya banyak menggambarkan kesungguhan dan bukan atas dasar keperibadian. Malah dia banyak memberi dorongan kepada aq untuk berusaha lebih gigih. Aq kagumi sifat beliau, sifat rendah diri dan tidak pernah putus asa membuatkan aq bertambah tercabar serta berusaha mencari segala kegigihan beliau.

Selain itu sedikit sebanyak mempelajari mengenai pengurusan dengan lebih teratur. Tidak kira daripada sudut kehidupan dunia mahupun agama. Pendek kata, aq dapat membuka minda dengan lebih luas dalam meniti hari yang semakin hari semakin berganti. Ternyata, tiada sempadan boleh memisahkan setiap insan. Tidak kira lahir daripada apa jua keadaan, yg penting niat mesti bersih dan seperti aq katakan tadi, jangan sesekali kita mengambil kesempatan diatas kesenangan orang lain demi kepentingan diri.



[Kerana percaya pada kawan. Aq kehilangan RM5000 sekelip mata. Pengajaran beb...Kalau aq jumpa budak tu memang aq BUNUH!!!]

Saturday, June 13, 2009

:: NO TITLE ::




Thursday, June 11, 2009

:: SEHARIAN YANG PANJANG ::

Uwargh... perut lapo ni. Lom makan lagi... emph. Kol 7 nanti order kat food court blkg ni jerk.. Bosan laa hari ni... x tau kenapa? Tu laa.. dapat intvw x nak pegi. skrg kan dah menyesal! huhu.. nak wat camner? Majalah maskulin kat depan ni langsung x berusik. Sekadar ditenung je.. Esok dah jumaat, kete dah nak kena servis. Kopak lagi RM aq kat bank...

...sebenarnya, ada yang terkesan dihati apabila bapak aq sendiri cakap aq blajo pandai2 tapi x dapat keje (Gov laaa...). Dia cakap kat adik aq yang baru hbs spm kenapa x cont *D jadi jururawat. Tengok cam angah sampai skrg x dapat keje lagi. Huhuhu... tapi aq still fkr +ve gaji tmpt keje aq ni pon dah memadai untuk menampung hidup dan hutang piutang keliling pinggang. Iyalah kan kerja swasta x menjanjikan masa depan yang baik bagi pandangan bapak aq la kan... well hidup ni kena teruskan walau macamana sekalipon. uhui... dengan duit gaji aq ni la kuar juga kete sebijik. Biarlah... kadang2 makan hati jugak nak balik kampung.


cinta yang dicari x pernah berganti... ditambah beban hidup yang x terduga. Aq pernah dengar rintihan sorang mamat kat paper x lama dulu :

"Aq ni dah laa miskin, keluarga pon miskin, x hensem malah hodoh lagi, bila bercinta selalu gagal dan x pernah berpenghujung, x pernah kecapi bahagia. Tetapi kenapa ada orang lain yang Hensom, kaya lagi, bercinta sampai kejinjang pelamin, dikurniakan anak dan rezeki melimpah2, hidup bahagia dengan orang tersayang. Tetapi kenapa aq x dapat itu semua. Tuhan x adil?"

Ni pula kisah cinta sorang minah yang terlanjur :

"Kenapa Tuhan menduga aq sehebat begini, bercinta macam nak mampos tapi apa yang aq dapat? Anak dalam kandungan ni sape nak jawab? Nak ber'bin'kan sape? Ingtkan lari dari kekasih A aq boleh belajar hidup yang lebih baik tetapi kekasih B juga sama. Aku semakin buntu menjalankan liku2 hidup yang x tahu masa depan anak dalam kandungan ini. Akhirnya dia berjumpa dengan Kekasih C yang sanggup terima dia seadanya tetapi cinta pada kekasih A masih menebal. Walaupon dia tahu lelaki A lah yang dah wat hidup dia derita. Hidup ni sbnrnya x banyak pilihan.. "

Ni plak kisah benar yang diceritakan oleh member aq sendiri:

"Minah ni dah hidup cam laki bini dalam umah yang disewa sorang2 je, jantan tu plak dah ada anak bini. Tapi aq x leh tahan coz member aq tu memang cute dan cantik. Aq dapat tahu yang dia mengandung dan telah gugurkan kandunganya. MAK oi.. pengakuan berani mati beb, aq pon jadi kounselor dia. Dia minta tolong aq settle masalah dia dengan jantan dia untuk bernikah. Lastly mereka tetap camtu coz jantan tu xnak menduakan bini no1 dia. So.. hidup cam tu jelah. Tapi Alhamdulillah aq dengar dia dah mula mendekatkan diri dengan Allah. Semoga ada Nur dalam hatinya..."



[ Arghh!! Aq tetap x percaya CINTA ]


:: SHISSHA ::


  1. Sedut dalam2.. bagi merah muka!
  2. Jangan main hembus jerk.. slow2 baru masyuk!



[ Layan Beb... SHISSHA ]

Wednesday, June 10, 2009

:: ERTI HIDUP ::


Hidup ni susah kita hendak menduga. Kadang2 kita rasa dekat dengan seseorang tu tapi sebenarnya jauh... walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia tapi belum tentu hati dia dapat kita selam. Mungkin kita dapat buat dia senyum tapi kita tak tahu apa makna senyuman itu.. Bila dia nangis kita sangka kita dapat memujuknya. Walhal kehadiran kita langsung tak disenanginya...


Rencah dunia, kita tak akan tahu hati manusia.. dan siapa kawan atau lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh, adakah tangan itu menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan...

Sehalus pasir berbisik...
Tiada siapa yang akan tahu suara hati seorang perindu sepi..



[Erti hidup song by Dayang Nurfaizah. I like.. ]

Saturday, June 6, 2009

:: SEMALAM YANG PERGI ::



Esok genap 7 hari dan seminggu aq menanti sebuah jawapan dan segalanya berjalan seperti biasa. Ni pict aq ngan member baik aq merangkap asst aq kat tmpt keje aq. Ntahlah beb, apsal ntah dia ni tetiba je merajuk dan wat derk je ngan aq. Biasalah orang tengah hot bercinta, tersalah sikit member jadi mangsa (kot2 lah agaknya) atau maybe aq der wat dia tersinggung.. maklumlah aq supervisor dia, silap kena tegur la kan. Nanti x pasal boss aq cakap "Rugilah saya macam ni!" haha.. Naik hafal aq dengan statement tu siap nada yang betul lg tau!

Kena tunggu seminggu dua member aq ni cakap baru boleh cam biasa seperti dulu. Ntah apa yang dia nak tunggu agaknya.. layankan je beb... Betul beb! Sejak aq pakai kete ni lah dia dah lain jerk dengan aq. Aq pon pelik, ala alasan malu dengan aq.. ader aq kisah! Dulu g KFC sampai 3 hari berturut2, kiranya memang KFC tu muka aq dah cam dah! G mamak lagilah dah order cam makan 10 orang, sampai nak termuntah pon der. tapi tu dululah... Sekarang aq pegi mamak kena perli beb dengan bangla tu! Bang cukup ker? X mau order mee rojak? otak2 5? teh panas? haha... bengang juga lah.. sekali je beb pegi, sampai sekarang x pegi lagi dah.

Tengok pict kitaorang, baik dan mesra je kan time tu. Waaaa rindunya... tengok date kat pict tu, 13 mei tau. So pass ni wish la yerk tahun depan. Huhuhuhuhuhuhu...

Ramai orang menanam pulut
Saya sorang menanam padi
Ramai orang karam dilaut
Saya sorang karam dihati



[ X sabo nak g mamak... ]

:: KELMARIN DI ANGSANA ::

Emph... hari ni dah siap dah pe yang aq nak wat utk blog aq hari ni. segala editing dah siap, oklah utk new user cam aq ni.. nak gempak2 pon bkn ramai yang nak baca.
Aq just nak kongsi citer yang aq terserempak dengan bekas cikgu sejarah aq time skolah menengah dulu. Cikgu ni memang mmm dengan dengan aq.. biasalah beb dari start zaman abang aq sampai last anak bapak aq dialah yang mengajo. Bapak lama dia kat skolah tu...
Nak dipendekkan citer tengah aq bengang dengan officer maybank yang xsiap2 betulkan deposit machine kat depan aq time tu, ternampaklah aq kat cikgu sejarah tu dengan lelaki tua baru masuk ke ruang legar Angsana. Aq yang sememangnya anti dengan cikgu tu melarikan diri wat2 baca majalah kat kedai buku berdekatan. Kemudian g jalan depan sikit kat kedai PS, yang x syoknya biler aq pusing blkg jerk pummm.. dia da.. Aq wat bodo je, memang perangai dia cam sial sikit. Muka memang cam nak kena penyepak jerk.. serius beb, u all kalau tengok pon cam nak pang jerk. Beb ex cikgu aq, nak wat camner kan. pass tu bila aq nak masuk pasaraya dia betul2 keluar kat pintu yang aq nak masuk dan memang puaka beb muka dia. Aq still wat bodo jerk... Ingat nak masuk watson beli ubat gigi, nampak dia dari jauh terus keluar balik dan terus balik umah. Langsung x layan function kat situ... hilang mood beb.
Nak tau kenapa aq benci giler dengan ex cikgu aq ni.... Kerana dia kehidupan aq banyak berubah kepada yang negatif. Member2 aq pon tau citer dan peristiwa tu. Maklumlah time sek dulu saham aq melambung tinggi, dalam satu tahun tu aq pegang 3 pengerusi dalam persatuan yang hebat kat sekolah. Manalah cikgu aq tu x bengang coz aq bukan kelas yang pandai tapi dapat pegang jawatan penting... Ada aq kisah.....



[ Walau apa pon yang berlaku, kehidupan ni perlu diteruskan ]

Thursday, June 4, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah...

Dalam sibuk bekerja.. sempat juga aq create blog ni. bukan untuk suka2 but untuk kepuasan diri sebenarnya. x der pe yang nak ditulis hari ni... tunggu sabtu nanti. mungkin ader juadah baru untuk diperkatakan. dan mungkin juga terdapat editing yang lebih menarik. huhu... tunggu dan lihat sahaja. thanks indera tolong aq wat blog ni...

-PerinduSepi-