CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 6, 2009

:: TETAMU GHAIB ::

Sekali lagik salam sayang kat semua pembaca blog setia aq ni. tadi malam masa lepak kat rumah zain, kami tengok skrip 7707.. tetiba je dapat idea nak menulis blog pagi2 buta ni. ni pengalaman sebenar yang telah diceritakan kepada penulis oleh adik penulis sendiri yang mengalami perkara tersebut. aq pon terasalah tempiasnya.

kisah bermula pada lingkungan 4.30am ke 5.30am zaman sekolah2 dulu. Masa tu mak aq ni isteri yang rajin bekerja, untuk membantu suami tercinta menambah rezeki bagi menampung kami adik beradik. biasanya mak aq akan pergi kerja pada waktu yang telah disebutkan tadi. biasanya lepas bas kilang color biru sampai kat depan umah sampai, mak aq akan menjerit mengejutkan adik lelaki aq coz adik aq ni pegi sekolah lambat sikit berbanding abang2 nyer. so kiranya bagi peluang la kat abang2 ni tidur panjang. huhuhu... pendekkan citer hari tu aq yang bangun tutup pintu coz adik aq x bangun2 n malas nak dengar mak terjerit2. pass aq masuk tido, adik aq dengar ada orang ketuk pintu. adik aq pon dengan selamba ke pintu takut2 mak aq balik semula tertinggal barang ke apa ker kan. tapi sebelum buka pintu tu dia tengok lubang. (kat pintu kami tu ada lubang kecik, sebenarnya untuk tombol. tapi kami guna selak atas n bawah jer). masa tengok tu xder sesaper yang dilihat, mungkin kerana x puas hati, dia buka la pintu. pandangan kedepan memang x nampak apa2. tetapi kat bawah betol2 kat kaki dia ada entiti sebijik budak kecik. dengan ketakutan dia tutup pintu dan lari kebilik berselubung.

keesokan pagi rumah kami digemparkan dengan kewujudan bekas tapak kaki bayi di beranda rumah kami. adik aq diam jer... demam! apa yang pelik boleh aq katakan, lantai simen kat beranda aq tu dah bertahun dibuat. tapi kesan tapak kaki tu amat pelik. orang dewasa pijak pon tak tenggelam n meninggalkan kesan ni apatah lagi budak kecik. tapi peristiwna tu x dikecohkan ke misteri nusantara ye kawan2. kami ambil langkah berdiam diri, yang tahu pon jiran2 terdekat dan kawan2 kitaorang jer. cuba bayangkan kalau simen yang baru diratakan, pastu korang letak tapak kaki korang. cam tu la kesan nyer.. ni bukan tapak kaki hantu durian cam citer upin n ipin ok! ni benar2 berlaku. dah bertahun cerita tu berlalu.. tahun demi tahun kesan tapak kaki tu makin kabur. tapi sekarang ni kalau diamati betul2 still masih ader cuma dah kabur.

adakah seperti ini entiti yang dijumpai itu?

apakah anda rasa pelik dengan kejadian yang berlaku itu, bagi kami x hairan kerana itulah kejadian yang meninggalkan bukti. cerita2 sebelum ini yang mengatakan ada penduduk yang terjumpa kain putih melayang didepan umah aq, terlihat pocong didepan jalan aq menuju surau yang kebetulan didepan umah aq, suara bayi menangis n abang aq sendiri pernah terserempak sesusuk wanita bertelekung di bawah pokok jambu belakang umah aq, dua bijik mata merah sedang berterbangan. ini hanya omongan sahaja tanpa bukti yer.. tapi kami sekeluarga dah anggap itu sebagai cerita kosong sahaja. tapi kisah adik aq ni benar2 meniggalkan bukti. cerita ini x habis disini sahaja. ada kes terbaru yang tinggalkan bukti lagi pada episod akan datang... tunggu..


p/s : dunia ni bukan diduduki oleh manusia sahaja!