CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 13, 2010

:: DOA UNTUK A.AZLIN ::

SEMOGA KAMU SELAMAT DAN
KEMBALI NORMAL SEPERTI SELALU
AMIN...


sekadar gambar hiasan


Salam ramadhan kepada pembaca blog TB ni, terima kasih juga kepada pembaca setia seperti SMM, Afzainizam, FaizalSulaiman dll. hope anda terus x jemu bertandang ke blog penuh emosi ini.

semalam masa sahur, just makan maggie jer, x tahu la kenapa mesti dengan maggie. huhuuhuhu.. dalam tiba nak bersahur tu, dapat khidmat pesanan ringkas dari A.Azlin. katanya lagi 4 jam dia akan masuk ke bilik pembedahan. tetiba maggie yang sedap tu jadi cam x sedap plak. tabi tetap habis ye..
\
berbalik pada A.Azlin. hopefully dia selamat menjalani pembedahan tersebut. semoga selepas ini kamu menjadi manusia yang kuat dan tabah melalui hari2 yang penuh liku ini. tadi sebelum berbuka sempat berbalas msg dengan dia. ingat nak pergi lawat esok tapi esok i plak kerja. so kena pergi hari senin la.. emph.. xper la. pergi sorang jer.. tunggu i datang ok.


+++++++++++++++++

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cubaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

+++++++++++++++++

Tuesday, August 10, 2010

:: SALAM RAMADHAN ::

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


dah datang kembali bulan Ramadhan. So pose lah kita yerk.. jadikan bulan Ramadhan ni sebagai bulan bonus untuk dapat pahala lebih. oleh itu.. selamat beramal. pose2...

jangan pose yang2 yok
pagi2 bukak periuk..

Wednesday, August 4, 2010

:: KENAPA SAYA SUKA KERJA SAYA ::


Kembali lagi di minggu dan bulan yang baru… apa khabar anda semua, hope sihat2 belaka dan menjalani rutin harian yang mencabar ni dengan redha.

Hari ni macam biasa kejer.. kejer dan kejer.. sblm masuk kejer tadi pegi bank settle semua payment. Sewa umah, loan kete and loan ASB. Ingat nak pegi mcD lagi tapi semalam baru zain_azuan belanja mcD, kelmarin plak ada customer belanja KFC.. uh camner nak kurus ni. Hahahahha..

Uh.. sebut pasal keje nak mengeluh pon dah x guna. Kita ni kan Cuma mentimun jerk bak kata zain la yerk.. kelmarin aq baru kena brain refreshing dengan boss aq, selalu sangat compare sales tempat aq dengan tempat yang satu lagi yang kononnya income sales sebulan cam sejuta rasanya. Kadang2 naik muak dengan apa yang dia cakap… bila kita cakap customer complain camni camtu, dan kita bagi cadangan dan pendapat xleh terima plak. Cam segalanya dia yang bagus.. so sesuailah dengan apa yang u dapatkan. So aq ni sebagai pekerja kena respectlah apa yang dia cakap tu semua betul. Kadang2 diam lebih baik.. angguk2 geleng2 iya2 jer lagi bagus. Kan.. kan.. cuku p bulan dapat gaji.

Sebut plak pasal gaji, aq cam bengang la plak kat boss aq, dulu aq ni dipuji. Siap dapat khidmat pesanan ringkas appreciate dengan apa yang dah aq wat untuk mantapkan sales bulanan. Kejer aq dulu pon bagus jerk.. tapi lately ni cam rasa sengal plak.. dia selalu cakap kat aq yang dia buka tempat baru ni x bagi untung kat dia, kena kuar duit simpanan dia untuk top up cover bayar sewa tapak. Seolah2 keadaan tu menyalahkan aq.. aq cukup tertekan dengan apa yang aq jalani selama 7 bulan ni. Mood nak pergi kerja sekadar punch card masuk dan punch card balik. Kelmarin boss aq pon ader mempertikaikan elaun yang aq dapat selama ni. Ntah la aq cam nak cakap jerk kat dia baik xpayah bagi dari nak mengungkit segala. Cam x ikhlas jerk.. aq very2 sensitive dalam hal itu. Tapi dia ada cakap kat aq yang jangan kecik hati apa yang dia cakap. Tapi kalau u olls kena kat muka sendiri u olls x terkesima ker?

Staff yang ada sekarang nip pon xleh nak cover2 bila kawan2 wat silap, direct report kat boss. Biasalah budak baru mesti nak tunjuk korang hebat kan. Nak dapat naik gaji n dapat perhatian cepat. Kalau korang kejer bagus xper jugak… pemalas memang cam si*l. kerja2 korang pon cam hamprak.. xlah nak kata kerja aq bagus! Tapi compare ar sendiri! Kan azuan kan… kita orang lama. Faham2 sudah lah… niat nak angkat kaki dah lama timbul. Kawan2 dah ada lah yang sanggup tolong aq keluar dari neraka kerja yang aq rasa baru2 ni. Hope cepatlah keadaan berubah!!!

Kenapa saya suka kerja saya?

Sebab…

Sunday, August 1, 2010

:: MENYINGKAP TABIR SEMALAM ::

SELAMAT BULAN OGOS 2010


Salam kepada semua pembaca setia blog tunjuk bintang. Hari ni kujalani kehidupan seperti selalu… tiada beda antara hari2 yang lepas. Bangun tidur lekas2 pergi kerja.


Yang istimewa hari ini adalah aq benar2 tunjuk bintang. Ya benar! Ada satu bintang yang besar dan rasanya dekat sangat dengan bumi. Buruj2 cantik x dapat kuterokai malam tadi. Ntah.. hanya yang aq tahu ketika itu kepulan asap menerawang keudara. Fikiran ku kosong saat itu. Yang kutahu minggu depan kerja2 tertangguh aq perlu bereskan… kerana bulan ramadhan adalah waktu untuk meringankan tugas. Ahaks…


Waktu drive balik, seperti biasa lagu2 hits terbaik dari era.fm menemani sepanjang perjalanan pulang. Dan embun membasahi kereta… berlalulah malam. Dan dalam anganan ku tadi. Aq dapat idea yang berkobar2 untuk update blog… setiba dirumah, setelah menghempas badan yang letih ke tilam bucuk ku itu, aq membuka lappy kesayanganku lantas menekan anak2 papan kekunci….


…. Terbayang kenangan 7 tahun lepas. Tatkala itu zaman kegemilangan aq.. (penulis tersenyum). Pada waktu itu…


Aq bukanlah seorang pemimpin yang adil,

Aq bukanlah seorang ketua platun yang tegas,

Aq bukanlah seorang pemidato terbaik--- (maaf yer, bukan monyet yang goyangkan)

Aq bukanlah seorang ahli forum yang bijak mengulas topic bicara

Aq bukanlah seorang penyampai yang pandai berkata2 (burung kaki unta)

Aq bukanlah seorang tok jangggut terpekik terlolong mensajakkan sebaris puisi (anak watan)

Aq bukanlah seorang pelajar pintar akedemiknya

Aq bukanlah seorang lelaki pencair hati wanita…


Aq hanyalah manusia biasa yang akhirnya maruahnya diinjak2 dalam satu majlis disaksikan ahlinya. Lantas provokasi telah berlaku.. segala apa yang aq ada musnah dalam sekelip mata. Sekeping sijil SPM yang x bermakna kerana derhaka pada sifunya.. azabnya terasa sehingga kini. Kebencian semakin menebal hari demi hari kerana ia membuat hidup ku menderita hingga kini walaupon aq telah menggenggam segulung diploma dari Politeknik… sedangkan cita2ku menggunung tinggi untuk bersama teman2 duduk dibilik kuliah universiti. Sehampa mana hatiku Tuhan dan manusia yang hidup disekitarku sahaja yang tahu. Betapa aq menyesali disetiap apa yang berlaku. Hinggakan cita2 menyambung Ijazah sekadar dibibir saja.. hanya kutitip doa buat teman2 walaupon mereka tidak pernah tahu… walhal aq terlalu sedar nasib manusia lain diluar sana ada yang lebih daif dari aq…


Kini.. dengan apa yang kumiliki. Aq bertapak selama 2 tahun 7 bulan dibawah perniagaan bos aq sekarang yang mana acapkali aq membenci kerjaya aq sekarang. Dan setelah aq diingatkan oleh temanku yang pernah bersusah payah satu ketika dulu mencari kerja. Pesannya.. “bersyukur dengan apa yang kamu ada, x ingatkah kau ketika kita perit mencari sesuap nasi dulu. Berteriak didalam kereta mendendangkan apa sahaja lagu untuk menyedapkan perasaan. X cukup dengan itu, kita menjerit pada laut meluah perasaan. (penulis sebak. Saat tu banyak ceriteranya). Sekarang kerjaya ko dah ok, teruskanlah usaha kamu itu. Berubahlah pada bidang perniagaan jika kamu mahu, kerana kamu mampu membeli masa anda sendiri”.


Dan kini.. hari demi hari, aq tanam dalam jiwa bahawa aq suka kerjaya aq. Selagi aq mampu mengutip pengalaman disini, ku teruskan segala usaha. Biarlah ijazah kawan2 menjadi mahar kerjaya bagus untuk mereka. Dan segulung diploma yang aq miliki telah menjadi sekeping diploma yang duduknya di dalam fail bersama2 sijil kegemilangan aq 7 tahun lepas yang acapkali gagal dalam setiap interview kerajaan… dan telingaku telah lali dengan sindiran ayahku dan keluarga tentang kegagalan demi kegagalan itu… sedang aq Cuma diam dan cuba membuktikan aq juga mampu memiliki apa yang orang lain miliki. Untuk kesal dengan kehidupan aq! Tidak sama sekali.. aq bangga menjadi diri aq sekarang! Kerana itu aq selalu tunjuk bintang.. kerana aq mahu menjadi seorang bintang!


senja yang mendung


Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia

Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa

Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa

Alangkah indahnya dunia

Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya