CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 29, 2009

:: HIDUP ADALAH ANUGERAH ::


noda hitam menitik2 dan bertitisan
akhirnya kelam dihati lemahku
sejak aq mula disitu lagi
hingga aq begini dek noda itu
berlinang dan pekatnya ia
seakan sukar untuk disucikan
aq mengerti aq telah tersesat
aq seharusnya mudik kehulu
arahku salah ketika ini..
jangan ku dorong diri kearah itu lagi
nur ada disana bukan disitu
khatimahkan hatiku disana
kerana disitu ada suara2 sumbang
tangan2 hitam yang akan menyambutku nanti

dalam gelap tanpa cahaya neon
sekadar biasan cahaya bulan yang suram
aq duduk disitu mencanguk sendirian
membilang hari demi hari yang berlalu
mengimbas masa yang pantasnya berlari
aq membuka kotak memori semalam
membaca berlembar2 lipatan sejarah silam
dari aq mula belajar menangis
hingga aq pandai membuat orang lain menangis
dari aq keluar menjenguk dunia
sehinggalah aq kenal dunia sebenarnya

onak dan duri telah kulewati
segalanya mungkin walaupun dihempas badai
dari aq x tahu apa itu ABC
sehingga aq tahu mengucapkan
"I LoVE U"
aq mula sedar cinta punyai rahsia
walau x dicari ia tetap wujud
walau ia pernah merobek kepercayaan aq pada wanita
satu ketika dulu..
tapi aq semakin sedar cinta ada acuan sendiri
ia membuat aq gembira, tertawa, sedih dan berduka
aq mula redha dan mengerti
Tuhan tidak menjodohkan kami sebenarnya
ada hikmah segala yang berlaku
yang sudah biarlah sudah
dan kini aq mula kembalikan keyakinan
bahawa wanitalah yang akan memanjangkan generasiku

embun mula menitis...
aq mendongak lama kelangit
untuk apa aq masih menunjuk bintang
andai aq tahu memang x mampu aq menggenggamnya
aq harus berpijak dibumi nyata
aq harus bangun dari mimpi2 palsu
sudah masanya aq harus berubah
melupakan segala apa yang membuatku alpa
aq harus mencari sesuatu yang tertangguh
memantapkan iman yang terlalu goyah
dengan godaan dunia dan syaitan
mencari dan mempertingkatkan kualiti kerjaya
jika segalanya mencukupi
barulah aq mula memikirkan
suri hatiku... penawar dikala suka dan duka
aq bersyukur aq masih bernafas saat ini
kerana aq tahu hidup itu adalah anugerah..

kali ini aq x mungkin berputus asa
nekadku tinggi..
aq mula belajar mensyukuri apa yang terjadi
mencari sesuatu yang terbaik buat diriku
aq harus menjalani hidup mendatang
dengan yang terbaik..
aq tahu Tuhan ada untuk membantu
menunjukkan jalan dan kuasaNya
aq x akan menyerah dan lembik untuk melangkah
selalu memikirkan hidup ini x ada ertinya
walau aq tahu manusia x dilahirkan dengan sempurna
tapi aq xnak sesali apa yang telah terjadi
kerana hidup adalah anugerah
aq akan tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik...
aq x akan menyerah....

Sunday, August 23, 2009

:: RAMADHAN KEMBALI LAGI ::


Bulan berganti bulan, akhirnya Ramadhan kembali lagi. Bulan yang penuh dengan ketenangan bagi seorang perindu sepi seperti aq.. Menikmati saat2 berbuka dan bersahur walaupon berseorangan. Aq dah biasa dengan situasi seperti ini. Emph.. persiapan Ramadhan kali ni lebih bermakna kerana aq baru je beli peti sejuk n periuk nasi sehari sebelum puasa. Hehehe... xder la riak nak khabar kat u all.. Bukan pe malas nak g mamak or kedai makan pagi2 yang berembun tu, baik lepak kat umah sambil tengok TV. Huhuhuhu...

Justify FullStart Ramadhan ni aq pon dah tinggalkan xtvt yang x senonoh, berdiam diri walaupon officemate aq selalu cakap perot aq boncit la, pakai baju tegantung la n bla.. bla.. Aq pon x kisah dah orang nak cakap per.. Yang penting aq bahagia (Bahagia ke aq!). 1st ramadhan pon aq suka coz member baik aq dah x couple dengan dak ciner x sunat yang selalu wat aq geram dengan dia. Dah la selalu balik awal dari waktu sepatutnya masa keje, esok g kejer tangan dah bercop tanda kuar dari club n dileher penuh dengan gigitan cinta. Uh... menyakitkan mata wei.. Lastly dia putus gak walau kasih x panjang. Bagus! Bagus! Aq suka.. sekurang2nya member aq ni leh bagi komitment yang lebih baik dengan kejer dia. Bukan per... Aq pon xleh nak sound dia lebih2. Nanti ader yang terkesan dihati.

Bagi mereka2 yang nak taubat, nak dekatkan diri dengan Allah. Ramadhan ni salah satu bulan yang baik untuk lakukan yang sedemikian. Kepada kawan2 n peminat2 blok tunjuk bintang ni, Aq sebagai penulis blog ni nak ucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada u alls. Hope ibadah kamu ni diterima oleh-Nya mudah2an. Maaf sekiranya selama aq ber'blog' ni ada orang yang terasa dengan hasil tulisan aq., sorry sesangat. Kepada yang sempat pergilah tunaikanlah solat terawih, berpada2 kalau ke bazar untuk beli juadah berbuka n bersahurlah untuk mendapatkan tenaga yang cukup. Renung2kan selamat beribadah..


Saturday, August 8, 2009

:: SEPI SEORANG PERINDU ::


Dari daerah pojok ini Aq meneliti diri dengan segala deria yang dikurnia Ilahi. Sedang aku melayan perasaan, fikiran Aq merindu seseorang, dialah yang banyak memberi pengajaran tentang hidup. Dari Aq menjadi seorang yang mudah berputus asa dan sering sahaja memikirkan sesuatu perkara yang kalut untuk difikiri. Hadir dirinya dalam ruang hidup ini banyak merubah hidupku terutama kepercayaan tentang hati dan perasaan. Kehidupan metropolitan banyak mengajar dia untuk menjadi seorang insan yang bergelar lelaki untuk menikmati keseronokan nadi kota. Dia pernah berjanji untuk membawaku kelembah hina itu_Kuala Lumpur. Satu saat Aq juga akan menjejakkan kaki ke situ. Maafkan Aq andai lontaran hati ini tersasar jauh dari hala tuju.


Berteman cengkerik diluar jendela dan elusan lembut bayu malam jari ini menekan satu persatu papan kekunci. Kata hati perlu diluah pada sebaris ayat dan setiap susunan melodi hati perlu seirama. Jika melodi hati tidak bersatu dengan ironi, tiada bait kata yang mampu dilagukan seindah alunan seruling alam. Kamar sepi ini menjadi saksi kisah hidupku disini. Seorang perindu sepi yang entah kemana haluan yang perlu dibawa. Sesekali terdetik dihati mengatakan setiap nafas ini begitu berharga untuk diganti dengan segala-galanya.

Aq masih disini memberi setiap apa yang Aq jalani. Sehinggalah saat-saat itu hadir menjemputku pergi.

Keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan,
Andai kau jujur memahami,
dan kisahku yang masih panjang,
Menambahkan berat yang memandang,
Lantas ku pendam biarlah rahsia…..



Wednesday, August 5, 2009

:: BODOH PUNYA CINTA ::


Mulanya kurasa cinta itu membuatku bahagia. Tapi rupanya derita yang aq jalani dengan cinta. Aq juga x faham.. kenapa harus ku bercinta semula.. setelah 4 tahun aq mejadi perindu sepi… akhirnya aq bercinta semula. Tapi kini banyak bezanya percintaan aq.. erti cinta yang aq tahu penghujungnya yang memang tidak pasti. Hubungan yang sekadar berkata b sayang ayang, ayang sayang b… I love u, I love u too.. kata2 yang hanya bersandar nafsu x berjasad. Kata cinta yang mengharap balasan.. lantas ku hanya beri waktu sebulan sahaja.. memang betul2 30 hari mencari cinta. Lantas ku pujuk hati dia bukan untuk aq, dia hanya butuh kesenangan aq.. aq kembali buntu.. nasib la belum banyak kenangan yang aq bina bersamanya… sekarang aq benar2 merasakan kata2 cinta itu untuk apa? Adakah sekadar ucapan atau ikhlas dari hati.. aq semakin x percaya cinta.. aq bukan x bersyukur dengan kurniaan Tuhan pada diri ini. Satu saat aq pasti tinggalkan dunia yang aq tahu masa depannya ini. Dengarkan lagu yang kunyanyikan khas buatmu dari band seberang – Mahkota :


Apa tak bosan kau terus sakiti aku
Namun ku tetap mencoba bersabar
Tapi manusia memiliki batas rasa
Jika kau lakukan berulang-ulang

Jangan kau ganggu aku dulu
Aku tak ingin bertemu kamu
Ku harap kamu akan berubah
Jangan hubungi aku dulu
Aku tak ingin kau ganggu dulu
Sekarang kau pikirkan salahmu

Coba kau pikir mengapa aku begini
Aku merasa kau takkan setia

Aku mengalah dan putuskan semua
Ku ingin kau sadari