CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 8, 2009

:: SEPI SEORANG PERINDU ::


Dari daerah pojok ini Aq meneliti diri dengan segala deria yang dikurnia Ilahi. Sedang aku melayan perasaan, fikiran Aq merindu seseorang, dialah yang banyak memberi pengajaran tentang hidup. Dari Aq menjadi seorang yang mudah berputus asa dan sering sahaja memikirkan sesuatu perkara yang kalut untuk difikiri. Hadir dirinya dalam ruang hidup ini banyak merubah hidupku terutama kepercayaan tentang hati dan perasaan. Kehidupan metropolitan banyak mengajar dia untuk menjadi seorang insan yang bergelar lelaki untuk menikmati keseronokan nadi kota. Dia pernah berjanji untuk membawaku kelembah hina itu_Kuala Lumpur. Satu saat Aq juga akan menjejakkan kaki ke situ. Maafkan Aq andai lontaran hati ini tersasar jauh dari hala tuju.


Berteman cengkerik diluar jendela dan elusan lembut bayu malam jari ini menekan satu persatu papan kekunci. Kata hati perlu diluah pada sebaris ayat dan setiap susunan melodi hati perlu seirama. Jika melodi hati tidak bersatu dengan ironi, tiada bait kata yang mampu dilagukan seindah alunan seruling alam. Kamar sepi ini menjadi saksi kisah hidupku disini. Seorang perindu sepi yang entah kemana haluan yang perlu dibawa. Sesekali terdetik dihati mengatakan setiap nafas ini begitu berharga untuk diganti dengan segala-galanya.

Aq masih disini memberi setiap apa yang Aq jalani. Sehinggalah saat-saat itu hadir menjemputku pergi.

Keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan,
Andai kau jujur memahami,
dan kisahku yang masih panjang,
Menambahkan berat yang memandang,
Lantas ku pendam biarlah rahsia…..



11 comments:

secangkir madu merah said...

tunjukbintang...,

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.

Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

hang nadim said...

salam tuan pOnya blog frust ker?

Tunjuk Bintang said...

[secangkir madu merah ]

jenuh aq terus maju kedepan
sedang kenangan itu tetap mengekoriku
ingin mengatakan sesuatu padaku
walau kulari kemana sekalipon

kenangan cintaku x pernah semanis madu
tetapi sepahit hempedu..
mungkin jodoh aq masih belum tiba
mungkin juga belum sampai seru..

pernah juga hati berdetik
lupakan saja sang cinta
sedang aq memujanya
aq pula disakiti..

memang hidup ini indah bagi mereka yang menikmati erti hidup sebenarnya..
sedang aq hanya sekadar:
Fantasi Alam Diulit Lembayung Indah



Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.

Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

Tunjuk Bintang said...

[hang nadim]

x perlu lagi difikir pasal perasaan tatkala ini..

kakve-santi said...

salam..

Pais Chaos said...

macm lagu jamal abdilah je.

Tunjuk Bintang said...

[kakve-santi]

w,salam..
terima kasih kunjung ke blog saya
rajin2lah tunjuk bintang dia angkasa sana..

Tunjuk Bintang said...

[Pais Chaos]

x kisah la aper2

jai.jezz ^.~ said...

aku tak tau nak komen apa.. baca jerk la.. lalalala~

zainazuan said...

betul ke kau dah tersasar dari hala tuju ko?
think fo+... mungkin ada hikmah atas semua yang terjadi...blajar dari kegagalan, mematangkan diri mengharungi dunia yang ganas nie... kena kuat, hati, mental, fizikal n rohani.... kena seiring.. jangan disebabkan hal yang remeh tu ko tersungkur... kalau diikutkan nasib, ko lagi beruntung dari aku yang kerdil nie... so far ko dah berjaya ke tahap diri ko skarang,,... aq..........? ko pown leh menilai sendiri... kekadang aq pown iri hati atas apa yang ko kecapi... mengapa bukan aku?.... soalan2 nie kita kena jawab sendiri...muhasabah diri... walau jauh ke plenet pluto pon ko sesat, terimalah dengan hati yang terbuka, redha... pegangan hidup yang satu x boleh digolok gadai... bersimpuhlah kepadanya... dan jangan selalu mendabik dada, meninggikan hidung... coz perot kita yang akan naik, n h1n1 akan menyerang ko... huahuahua... kena pakai penutup mulut n hidung yer..... salam ceria dari sahabat baik ko... counter pertanyaan aq 24 jam tau kecuali hari2 tertentu,.. huhu... jangan lupa kita nak puasa minggu nie... hope kita dapat menjalani ibadah puasa nie dengan tawaduq... insyaallah....

Tunjuk Bintang said...

zain azuan
x baik iri hati, usaha dengan diri sendri. buat per mengharap orang lain. sama2lah kita tingkatkan amal dibulan yang mulia ini..