CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

:: LAMA BERGANTI BARU MENDATANG ::

Salam sayang kat semua pembaca setia blog ini. Maaf kepada semua andai tertanya2 kemana hilangnya bintang? Emph... bintang masih ada, cuma suram sahaja. Yelah kan gerhana bulan x lama lagi. Hehehehe... Bukan apa, lewat kebelakangan ini jiwa kacau sikit. Sibuk lagi dengan kelahiran hamster yang silih berganti. Banyak benda yang nak diluahkan, terutama pasal kisah sorang budak lelaki (insyaallah bintang akan kupas komen dia) dan coretan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2009.

Sepanjang riwayat kisah bintang tahun 2009 adalah tahun paling malang bagi bintang. Sukar nak digambarkan betapa tabahnya bintang meneruskan liku2 kehidupan bersandarkan beberapa orang penting dibelakang. Menyelesaikan masalah besar yang silih berganti, memasak kaki dibumi untuk teguh berdiri. Membuka minda seluasnya agar dapat anjakan paradigma. Mencipta realiti dari fantasi dan segala apa yang dilakukan dengan kekuatan azam dan jati diri pada diri.

pada awal tahun mak diisytiharkan OKU oleh KWSP dan mak layak memohon pengambilan KWSP yang disimpan. Memandangkan semua orang sibuk dengan kerjaya masing2, aq terpaksa menyelesaikan masalah mak aq masa tu.. dari bertekak dengan officer KWSP tu hinggalah sealanya berjalan lancar. Masa tu mak duduk sebulan dengan aq kat umah bujang bagi memudahkan mak ulangalik dari Hospital untuk menjalani rawatan radioterapi. Dan selama 6 bulan aq menyewa seorang kerana housemate aq semua mendapat kerja Gov. Hati mana yang x runtun sorang2 pergi meninggalkan aq... tatkala pada masa tu merekalah housemate yang paling baik aq pernah jumpa sepanjang hidup aq..

pada pertengahan tahun plak aq kerugian melebihi RM5K kerana ditipu ejen kereta. Memandangkan masa itu kesilapan besar telah dilakukan, maka tiada report polis dibuat atas perkara2 tertentu. hingga sekarang bajingan itu makan duit haram aq tu. Hasil titik peluh wang simpanan tu.. nak x nak aq terpaksa kuarkan lagi duit simpanan aq untuk beli kete dengan ejen lain. RM2k duit muka, dah bulan2 kena bayar mahal sikit. Akhirnya dapat gak keter baru walaupun bukan jenis keter yang aq idamkan. tapi sekarang mentaliti aq dah boleh terima hakikat. hari demi hari aq semakin lupakan hal ini agar aq x rundung kepiluan. Alhamdulillah dengan adanya keter baru ni aq dapat bawak mak dan familiy jalan2 balik kampung, hantar adik belajar kat IPT, yang penting ajak member2 lama mandi air terjun masa cuti raya yang lepas. n3 pasal tu ada ditepek sebelem ni..

malang bertimpa lagi apabila dompet aq tercicir dengan dalam tu ada +-RM750. masa tu buntu giler.. duit tu nak bayar bulanan keter, pergh.... baru ambik keter xkan nak wat sangkak plak x bayar kan. so masa tu ikhtiar jer la.. x lama dompet tercicir.. henset yang aq baru beli plak hilang, bayangkanlah henset sony ericson camera 3.2mp tu leh hilang. baru plak tu.. x kecewa ker? masa tu fikir cam nak kena mandi bunga jekan. tulah hidup.. memang x der rezeki.

yang best tahun ni, aq berjinak2 bela pets, bermula dari hamster, tambah pula guinea pig, bunnies, beta, dan guppy. meraka ni la yang wat tidurku selalu lambat.. yelah nak pastikan mereka sihat n ok.. nak bermanja2 lagi. seronok sesangat...

apa yang pentingtahun depan dan tahun depannya adalah waktu untuk kumpul duit. dah xder azam baru... cuma sekadar meningkatkan mutu kerjaya dan memperbaiki kehidupan. nak simpan duit manalah tau tetiba ada berkenan kat anak dara orang, leh hantar pinangan. Janda pon boleh.... hahahha.

sorry la kalau u olls kena baca n3 yang panjang berjela ni.. tvm coz support aq selama ini..


UCAPAN:
SELAMAT TINGGAL MEMORI 2009
SELAMAT DATANG TAHUN 2010


semoga tahun baru ini menjanjikan 1001 kemanisan.


p/s: semoga mak sihat selalu
primadona69 beli henset baru x bagitau pon?
zain_azuan mantapkan projek kita
SMM teruskan blogging, cepat inform apa yang nak cakap tu
kepada kawan2 yang kawin tu sorry la x dapat datang
salam tahun baru kat semua kawan2 dan bloger2.


Saturday, December 19, 2009

:: KASIH IBU.. ::


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1)
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
2)
Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
3)
Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
4)
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
5)
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu : PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,'Saya Sayangkan Ibu'.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat
yang sama ditulisnya.


p/s: x sure dapat kat mana benda alah ni. dah lama ada kat my folder. just nak share kat pembaca my blog. rasanya SMM tulis aper yerk kalau bodygurd dia tulis cam tu? adakah penampar yang diberi.. hehehe...


Thursday, December 17, 2009

:: EMAS UNTUK KITA ::

rasanya rakyat malaysia lebih tumpukan kepada sukan BOLA SEPAK daripada badminton yang x tau pasang surutnya. sukan bola sepak kita yang terlalu banyak kontroversinya sehinggakan menjadi satu omongan disemua pelusuk Malaysia, x kira disekolah, university mahupun kedai2 kopi. setelah kita menumbangkan juara bertahan Sukan Sea berturut2 iaitu Thailand dengan penuh bergaya 3-1. kini kita pula menggondol EMAS untuk negara kesayangan kita dengan 1-0.




vs


KEPUTUSAN :
MALAYSIA 1 VS VIETNAM 0




p/s: semangat satu Malaysia menjulang Malaysia Emas bola sepak di Sukan Sea Loas. Malaysia Boleh..... MALAYSIA BOLEH...

Wednesday, December 16, 2009

:: INI YANG TERAKHIR ::

ya.. memang benar, blog ini akan menghentikan n3 mengenai pets yang dipelihara oleh bintang. kenapa? sebabnya agak serabut plak rasanya. so untuk n3 yang terakhir... aq post n3 pasal Guinea Pig bahasa inggerisnya atau bahasa melayunya Tikus Belanda atau marmut. GP aq ni ader 2 betina dan sekor jantan. sekor betina sedang sarat mengandung menanti hari.. rasanya cam malam ni jer dia beranak. uhuks... x sabo rasanyer.. yang sepasang lagi sibuk mengawan sekarang. keh..keh...

minat bela GP ni nampak cam cute jer, ble tanya kat pets shops sekitar JB agak mahal laaa.. so ble bukak tenet cari kat online shop, tanya forumer akhirnya dapat gak harga yang memuaskan. tapi ni dari Kedah, so GP ni mengambil masa 8 hours travel dari Kedah tu mai JB naik bas express. Cian dia penat...

penat travel.. still takut dengan bintang


cute sesangat.. triple color tu..

3 ekor ni leh jadikan induk.. pass ni nak bagi dia beranak pinak. pass tu nak wat garden tok they olls. wargh... ble difikir2kan memang gile fantasi aq:

mula2 tu biak sikit2, bagi makan minum yang cukup


pass tu ble dah banyak sikit, teruskan mengawan


ble dah banyak cam ni boleh la bukak mini zoo or jual

wargh... memang inilah impian aq. pass tu yang hamster n bunny pon wat camtu. pergh.. mesti seronok kan.. tapi imaginasi jer kan. mesti banyak halangan yang melanda nanti.


p/s: bintang akan buat satu blog baru untuk semua kisah pets bintang untuk share kat u olls..
>zain, i will make sure yang blog kita akan siap dalam bulan depan..

Monday, December 14, 2009

:: MARI BERPANTUN ::

ingat aq masa sekolah form 4 dulu, kelas aq ader wat berpantun masa subjek bahasa melayu. best gak la gamat nyer.. huhuhu.. meh kita berpantun...

kolek beroleng dihempas ombak
ombak beralun ditiup bayu

aq berdiri realiti dipijak

tiada sendu tiada sayu


layang layang terbang melayang

melayang tinggi diatas awan

hendak mencari kasih dan sayang

tetapi hati tidak tertawan


merpati hinggap diatas ranting

ranting rapuh jatuh ketanah

sukarnya hati untuk disunting

luka lama masih berdarah



ah.. apalagi, jawab lah...


p/s: sila jawab ye cik primadona69, awak tu kan pemantun sekolah. eheks...
>hari ni 2 ekor hamster aq beranak lagi. huhuhuhu.. dah jadi datuk aq ni...


Saturday, December 12, 2009

:: KHAS BUAT JOB SEEKERS ::

JAWATAN KOSONG


1. Environmental Engineer

  • mempunyai degree dalam kejuruteraan awan (major environment)
  • mempunyai pengalaman dalam membuat EIA
  • mahir bertutur dan menulis dalam English dan Bahasa Melayu
  • mahir dalam pengendalian perisian komputer
  • boleh bekerja independently dan lebih masa
  • mempunyai lesen (kereta/motor) yang sah
2. pegawai perancangan bandar
  • mempunyai degree dalam perancangan bandar
  • mahir bertutur dan menulis dalam English dan Bahasa Melayu
  • mahir dalam pengendalian perisian komputer
  • boleh bekerja independently dan lebih masa
  • mempunyai lesen (kereta/motor) yang sah
3. pekerja am
4. pencuci
5. juruwang



p/s: jika berminat sila tinggalkan email anda di ruang komen. Office area JB

Thursday, December 10, 2009

:: BULAN KELAHIRAN ::

hai olls.. sorry lama x update blog tunjukbintang ni. sibuk dengan guinea pig yang baru sampai dari kedah tu. ala comei sesangat.. dalam proses nak menjinakkan mereka agar tidak takut. selain tu bintang demam 2 hari ni.. tu yang banyak rehat. tapi still kejer cuma ambik masa curi tok rehat. sebab2 kenapa demam bacalah n3 sebelum ni. tadi malam baru asingkan GP betina coz perot dah besar, tinggal tunggu masa jer nak melahirkan. kelmarin putih melahirkan 4 baby tapi kecik sangat baby dia, cam x normal jerk.. tadi pagi cek tinggal sekor jer.. memang dah confirm baby dia x hidup lama. keadaan baby pon lemah sangat. Bulan lepas, tompok beranak dulu dapat 6 ekor tapi tinggal 2 ekor jerk.. sekarang dah leh berdikari sendiri. cute sesangat. (hamster jenis Campbell Dwarf).

ni la tompok yang susukan 2 baby dia.

x lama tompok melahirkan, syiro plak ikut jejak tompok. tapi memang x sangka yang syiro akan melahirkan. coz cam masih muda lagi syiro tu. tapi dah rezeki.. tapi malang nyer syiro ni ibu baru so anak dia yang lahir 6 ekor tinggal 3 ekor sahaja yang tinggal, yang tinggal ni memang cute n lawa2 belaka. itu pon anak dia mengalami tumbesaran yang lembab. coz yang sekor tu dah besar n 2 ekor lagi tu kecik jer. tapi kalau mata dah buka confirmla leh hidup lama. hehehe... syiro n syaro ni jenis syirian hamster.

ni la mak n ayah pada baby2 yang lawa2 tu.


ni time sehari kelahiran baby syiro n syaro


p/s: rindu kat mama.
>primadona69, layak ke aq menang Contest ko tu?
>zain_azuan aq nak mc ni..

Saturday, December 5, 2009

:: zzZZzZZZzzz ::


ngantuk nyer....


seriously, minggu ni memang penat gedabak, banyak perkara nak terkejar2. kepala dah berat giler.. senoning dah ni. cuma x nampak burung terbang keliling jerk.. coz sume dah masuk dalam sangkar zain. hahaha.. lawak ker? aq tengah mengantuk ni!

walaupun penat camner pon, tanggjawab kat anak2 angkat aq xkan terabai. baby2 yang semakin membesar, so cute sesangat. My new family.. ni la yang wat aq x tido hari ni. tercari2 bas yang bersusun kat bus station larkin tu. katanya dia naik bus express. huhuhuhu... jauh tu perjalanan, 8 jam dari kedah mai Johor. uhuks..


Thursday, December 3, 2009

:: KECUAIAN ATAU PELUANG KEEMASAN ::

Salam sejahtera kepada semua bloger. Sorry la lama giler x update blog TunjukBintang. lewat kebelakangan ni aq rasa penat sesangat, dengan x cukup tido n mengalami masalah yang datang bertimpa2. uhh... mengantuk yang tahap dewa. badan ni pon rasa pegal2 linu lagik.

seperti yang u olls tahu dompet n henset aq hilang kan baru2 ni. Emph... aq nak kongsi lagi cerita pasal budi pekerti rakyat malaysia yang kurang intelek n tanggungjawab nyer... isnin yang lepas, aq n adik pompuan aq pegi shopping kat satu pasaraya ni, ala beli sayur n barang dapur jerk tau. pass shopping kita orang pergi toilet jap. bile kuar aq tengok pets shop jap
(perkara biasa). tiba2 adik aq bergegas semula ke toilet, x lama kemudian dia keluar dengan matanya yang berair. "Angah.. beg duit aq tertinggal kat toilet. tapi dah xder dah!" emph.. aq dah blur je masa tu. padahal dia kuar toilet tu x sampai 2 minit pon... kebetulan kat dalam toilet tu ader la mangkuk hayun mana ntah. adik aq ketuk pintu tapi lama giler nak kuar, cuba anda bayangkan orang membuang mesti flash sekali jer kan, tapi kalau dah 3 kali camner yer.. ble adik aq tanya dengan dia ble dah kuar dengan muka cam si*l cakap x tau. aq dengar citer adik aq cam nak bunuh jer pompuan tu, nasib la xder bukti.. tapi dalam beg duit tu cuma ada ic dan kad bank jerk.. duit ada RM20 jerk.. kalau RM700 cam aq dulu camner?

sepak jer kan saper yang rembat barang aq tu!

mengenangkan perangai masyarakat malaysia yang cam si*l tatkala ni, aq fikir pass ni ble aq jumpa benda berharga pasti aq ambik walaupon ader orang mengaku dan menangis air mata darah sekalipon. geram sesangat tau ble difikir2kan. tapi niat tu tinggal niat jerk.. semalam aq berpeluang memiliki nokia n95, tapi jangan diikutkan sangat perangai syaitan. lantas aq kembalikan semula kepada yang hak. ntahlah... sebenarnya hidup ni kena banyak bersabar. tidak semestinya berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan juga. aq harap saper yang ambik barang2 aq n adik aq mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka, cam iklan peragut kat TV, yang bini dia kena langgar dengan keter. baru padan muka mereka..

walaupun hilang, setidak2nya kami kena lebih hati2 pada masa akan datang daripada kecuaian diri sendiri. tidaklah barang itu hilang dengan paksaan seperti diragut dan disamun. seperti member aq yang kena ragut, semua kena angkut. nasib dia x ambik jeans n polo shirt sekali. kalau tidak tinggal renoma jerk.. tu pon kalau dia x ambik lakan. kesian dia, selain dari trauma.. kesan luka sepanjang 3cm sebab mata pisau yang diacukan kat leher dia. nasib la x dirodok nyer pisau tu kat perot dia. kalau x dah jadi arwah dah kawan aq tu... lain kali kalau rasa was2 nak tolong orang jangan nak menggatal tolong, kelak kebaikan yang kononnya hendak kita beri menjadi tragedi plak akhirnya. itulah.. kadang2 kita perlu salahkan diri sendiri jugak dengan kecuaian yang x disengajakan tetapi kepada pencuri dan manusia2 yang x bertanggungjawab diluar sana adalah peluang keemasan bagi mereka, seperti durian gugur ke riba... sekelip mata jadi mewah tanpa usaha sendiri sedangkan mereka yang hilang tu terasa nak giler!!!


p/s : rindunya kat mak..
>zain, jangan terus ditangisi pemergian budgie tu n guppy.
>Syiro jaga baby baik2 tau, rubu n ruby, wawa n wiwi ble nak pregnent ni?

Thursday, November 26, 2009

:: HIDUP NI MEMANG PAYAH ::

salam aidil adha kat semua pembaca n follower setia TB, semoga mana2 yang pulang kekampung selamat sampai, kasihan ye primadona69 kena kerja. huhuhuhu... kepada zain_azuan yang kena keje gak. huhuhu.. xper nanti aq bawa ole2 dari kampung.

sedang orang lain memeriahkan hari raya korban, aq plak kehilangan henset. henset tu belum sampai seminggu aq guna. plastik cover screen pon lom tanggal lagik. dah la sebelum ni aq kehilangan dompet. aq pon masih x faham.... kadang2 bengang gak kan kenapa leh jadi camni. nak kata aq cuai.. emph.. ntah la, masalahnyer dompet n henset aq tu hilang kat tempat keje. aq dah syak lain jerk kan. tapi nak wat camner.. mana leh tuduh2 jer. nanti per plak orang cakap. sekali lagi aq hanya berkata " memang dah bukan rezeki aq ".

ada la sorang kenalan bertanya: "apa yang ko rasa ble malang bertimpa2 jatuh kat ko". agak2 camtulah kan ayatnyer. uh.. dengan senang hati aq jawab. "nak wat camner.. walau apa pun yang terjadi, hidup ni perlu diteruskan." xkan aq nak gantung diri plak... x tau hati kecewa bukan kepalang. besar mana tahap kesabaran ni. tuhan saja yang tahu berkecamuk hati ini.. apa lagi hikmah yang Tuhan nak bagi kat aq pon x tahu. ishk.. x baik tau cakap camtu. iyalahkan takdir itu memang dah ditentukan untuk aq.. dah la.. malas nak fikir2 lagi. memang malang tu x dijangka.

_______________________________

Layarkan kehidupan
ke destinasi pilihan
nikmatilah keindahan
yang tak dijanjikan.

Hayatilah keperitan
baru bisa mengertikan
kemanisan, kebesaran
rahsia kebenaran.

Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

Hidup ini memang payah
kadang gelap kadang cerah
hati ini jika resah
siksa jiwa takkan sudah

Hidup ini memang payah
kuterima kuberserah
hati ini bila pasrah
yang susah bisa mudah

Bersama yang susah
adanya mudah...
bersama yang susah...
mudah...

Arus deras kehidupan
dikejar dan ditinggalkan
terima yang ditakdirkan
tulus kesyukuran
dalam jiwa perperangan
duka resah sendirian
kita dalam pengorbanan
pinta keampunaan.

Yang tinggal kita mencari
hidupanya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan
_______________________________

p/s: selamat hari raya aidil adha. kambing n lembu jangan takut yerk.. berkorban la per yang ader..


Wednesday, November 25, 2009

:: MY BUNNY ::

Salam kembali ke blog TunjukBintang. Nak share pic my new bunny. so cute... sepasang arnab putih gebu. Akhirnya niat untuk memiliki sepasang arnab tercapai gak. maybe pass ni nak beli yang lain color plak. zain_azuan xnak tukar.. xper....

My Bunny kat dalam cage yang baru di siapkan segala peralatannya


so cute... comei nyer...

releks2 jerk... pass kena syampu. emmm.. wangi


==================================

Semua tahu kamu cantik
Semua tahu kau menarik
Kau bidadari terhebat
Membuat cintaku makin kuat

Kadang2 ku cemburu buta
Saat ramai mata terpesona
Terlebih saat ku mau pergi
Bisa hati kau ada dicuri

Please... Please... Please...
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar bukan untuk curangimu,

Please... Please... Please...
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang bawa yang kau pesan
Diriku untukmu…

Semua tahu kucintamu
Semua tahu kau milikku
Ada pun yang memandangku
Betapa beruntungnya aku

==================================



p/s: plz..plz.. kamu jangan nakal

Monday, November 23, 2009

:: HARI JADI MAK ::



Selamat hari jadi angah ucapkan kat mak, semoga mak sihat selalu, dihujani dengan rezeki n nikmat Allah, berbahagia dengan kehidupan sekarang. Angah masih ingin terus bersama mak, andai kita x ditakdirkan untuk bersama lagi. Sama2lah kita mendoai antara satu sama lain. Nanti mak pergi wat pemeriksaan susulan kat spital diharap segalanya bertambah baik. Mak jangan sedih yerk, mungkin nasib kita camni, diluar sana pasti ader orang lain yang teruk dari kita. bersabarlah menghadapi segala dugaan yang mendatang.

benarkanlah angah memberi kebahagian untuk mak, kuatkan semangat. sesungguhnya angah sayang kat mak. muah... muah.. jumpa hari raya haji nanti.

Sunday, November 22, 2009

:: SEPARUH JIWAKU PERGI ::

ramai kawan2 bertanya, kenapa x cari pengganti. kenapa senyap sepi?.

apa mereka tahu isi hati ku. apa mereka pernah tahu kecewa aq?


tidak... kamu bukan manusia yang berada dekat disisiku. adakah kamu layak untuk mengetahui gundah hatiku?

sudahlah.. biarkan aq begini buat seketika. walaupun terpaksa tunjuk bintang seorang diri. baru tadi aq berdiri di diluar jendela. hari mendung... seperti mendungnya jiwa aq tatkala ini. hari hendak hujan, betapa aq tahu air mata mula bergenang. tapi untuk siapa ku tangiskan lagi. biarkan segalanya pergi... kisah cintaku sampai disini. putiknya benih baru aq tak tahu bila? adakah sampai desah nafasku terhenti...


Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati dengan sedarmu
Kau tinggal aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati
Kau curangi aku
Kau dustai hati

Benar ku mencintaimu.... (itu dulu lah..)


Thursday, November 19, 2009

:: IKAN GUPPY KU ::

ni la haiwan peliharaan terbaru aq. ikan guppy.. ader 4 ekor

ikan ni baru je seminggu, sajer nak tenangkan fikiran. x dapat tengok laut dapat tengok ikan kat balang pon jadilah.. mula nyer beli 5 ekor, murah jer harga nyer kat pets shop. tapi smlm balik keje dah kojol sekor. bengang jugak, tapi mengikut pengalaman dari bloger n forum2 yang aq masuk, ikan ni memang cepat mati kalau x dijaga rapi. daripada bela "anak ikan' baik bela guppy ni.


Wednesday, November 18, 2009

:: ...DAH HILANG ::

terima kasih kepada follower2 aq yang ingin aq kembali disini menulis luahan hati seorang perindu sepi. pergh.. xnak jiwang la plak mamat ni kan. kepada follower fanatik yang sanggup sms n call tanya mana n3 terbaru thanks aq ucapkan, kerana kamu aq kembali disini.

sorry la yerk, lama x menulis. aq der problem sikit, selain dari bengang dengan hamster aq x pandai jaga baby dia. uh... wallet aq hilang!. detective conan sibuk plak nak minta dia tolong, katanyer kes penyiasatan lom habis lagik. so bayangkan strees sesangat aq ni. dengan nak kejar2 pergi wisma persekutuan wat ic baru, pergi jpj wat lesen baru, pergi bank nak wat kad bank baru... penat tau, nasib la aq ni aq bukan kejer kerajaan. boleh la wat kejer2 tu disiang hari.. malas nak citer banyak, xder mood sesangat. sekadar nak luahkan isi hati jer kat sini.


senarai barang yang hilang:
  • ic
  • lesen memandu
  • maybank card
  • RHB card
  • UO n Jusco card (dh xleh nak g shopping la yerk)
  • RM700++ (duit nak bayar kete RM500 tu..)
  • ader la jugak kertas2 cinta. (ader ker?)
p/s: penulis xkan nyanyi lagu bengang (akim af) sama sekali.

Saturday, November 14, 2009

:: 1 IKLAN 4 LAGU TEMA? ::

percaya atau tidak itulah tajuk n3 aq kali ni, aq sengaja kompolkan semua video klip iklan ni untuk tontonan korang. iklan nyer satu jerk.. tapi lagu tema sampai 4, siap berebut2 lagi nak wat masa tu.. well, yang wat pon artis2 realiti. nak wat camner.. kecuali penyanyi asal. bunkface.. so tengok la yerk..



original ads


you olls leh follow link kat bawah ni untuk tengok video artis2 reality kita nyanyi satu lagu lain2 edisi. huhuhuhu... nak letak semua video kat n3 ni penat lak nak tunggu ni uplode.




Tuesday, November 10, 2009

:: SEKALI LAGI DIA MUNCUL ::

Hai alls.. emph.. tq kat SMM sentiasa menanti n3 terbaru dari aq, sorry la yerk. Smlm balik kampung, xder connection internet kat sana. lagi pon kalau balik kampung memang ader temujanji dengan tilam dan bantal aq. huhuhu.. kat rumah sewa ni setakat katil bujang jerk.

ok, nak sambung pasal entiti yang sengaja meninggalkan kesan tapak kaki dia kat beranda rumah aq. semalam dalam kol 2.30 pagi aq dan adik pompuan aq memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman. katanyer dia rindu bangat kat mak aq, tapi pagi2 kol 8 dah balik JB semula naik bas. (aq masih diselubungi lembutnya gebo). seperti lazimnya dalam keter aq akan dok mengomel n berkongsi cerita dengan adik aq, maklumlah harap jer satu umah tapi jarang jumpa. asyik mengomel x terasa kami dah sampai kat selekoh simpang perani. Glurp!!! masuk situ je tetiba kabus tebal sikit, aq wat derk jerk.. tetiba adik aq senyap. (dalam hati aq, apsal lak dak ni senyap jerk. kawasan tu memang keras sikit bagi orang kota tinggi). dah lama sedikit aq tengok adik ni cam blur jer aq sambung citer yang kelakar. _ape kena mengena dengan sambungan kesan tapak kaki entiti tu?

oookk, ini kejadian yang kedua berlaku yang meninggalkan bukti, masa tu aq baru sampai kat Pasir Gudang, kebetulan semasa panggilan aq dapat tu aq dok sorang jer coz baru je masuk umah sewa baru. kawan2 lain sampai esok! adik aq cakap ader kesan tapak kaki sebesar dak sekolah rendah, kesan tapak kaki tu bermula dari pintu tengah yang terbuka dan hilang di tingkap dapur sblh sinki. kejadian tu berlaku waktu senja nak masuk maghrib. camner nak kira ngek.. emph, kira nak masuk azan maghrib la tu. kesan tapak kaki tu seperti melalui sesuatu yang terbakar kerana diserikan sekali dengan abu sampah. aq cam x puas hati jerk kan. aq call mak aq.. mak aq mengesahkan kejadian tu. tapi kali ni xder la plak tinggalkan bekas coz rumah aq pakai mozek. hahahha.. agak2 nyer kaki dia x kuat kot nak tenggelamkan mozek umah aq tu!

kesan tu x dibiarkan lama coz x nak menjadi buah mulut orang. kami ni bukan jenis yang suka mendapatkan publisiti, x suka masuk surat khabar or stesen2 TV. mak aq mop je.. sehingga sekarang kami x pernah mengalami sebarang kejadian2 aneh yang meninggalkan bukti lagi, agaknya tunggu sampai dia dewasa plak kot. huhuhu.. umah depan kami sekarang dah xder saper nak duduk, terutama bilik depan coz disitu macam2 kejadian aneh terjadi. tetapi cuma aq n abang aq jer yang berani tidur kat situ. x tau kenapa? bukan kami ni berani tetapi bilik depan tu dah kami tidur sejak kami budak sampai la bilik tu akan diisytiharkan roboh tahun depan. masa kat bilik tu aq selalu kena tindih dengan sesuatu time tido. kadang2 x bernafas rasanya. dan kat bilik tido tu jugaklah aq bermandian peluh selama seminggu time aq xcident masa satu hari nak UPSR. aq nak sambung citer ni, tapi panjang plak daaaa... next time je lah.

rasa nyer bkn ni kot entiti yang ader kat bilik aq



to be continued...

p/s: nak tau x kenapa adik aq diam time kat simpang perani tu. dia cakap kat aq ble kami sampai umah, ader entiti berbisik dengan dia kat cermin sisi. aq cuma angguk2 geleng2 tunduk2...



Friday, November 6, 2009

:: TETAMU GHAIB ::

Sekali lagik salam sayang kat semua pembaca blog setia aq ni. tadi malam masa lepak kat rumah zain, kami tengok skrip 7707.. tetiba je dapat idea nak menulis blog pagi2 buta ni. ni pengalaman sebenar yang telah diceritakan kepada penulis oleh adik penulis sendiri yang mengalami perkara tersebut. aq pon terasalah tempiasnya.

kisah bermula pada lingkungan 4.30am ke 5.30am zaman sekolah2 dulu. Masa tu mak aq ni isteri yang rajin bekerja, untuk membantu suami tercinta menambah rezeki bagi menampung kami adik beradik. biasanya mak aq akan pergi kerja pada waktu yang telah disebutkan tadi. biasanya lepas bas kilang color biru sampai kat depan umah sampai, mak aq akan menjerit mengejutkan adik lelaki aq coz adik aq ni pegi sekolah lambat sikit berbanding abang2 nyer. so kiranya bagi peluang la kat abang2 ni tidur panjang. huhuhu... pendekkan citer hari tu aq yang bangun tutup pintu coz adik aq x bangun2 n malas nak dengar mak terjerit2. pass aq masuk tido, adik aq dengar ada orang ketuk pintu. adik aq pon dengan selamba ke pintu takut2 mak aq balik semula tertinggal barang ke apa ker kan. tapi sebelum buka pintu tu dia tengok lubang. (kat pintu kami tu ada lubang kecik, sebenarnya untuk tombol. tapi kami guna selak atas n bawah jer). masa tengok tu xder sesaper yang dilihat, mungkin kerana x puas hati, dia buka la pintu. pandangan kedepan memang x nampak apa2. tetapi kat bawah betol2 kat kaki dia ada entiti sebijik budak kecik. dengan ketakutan dia tutup pintu dan lari kebilik berselubung.

keesokan pagi rumah kami digemparkan dengan kewujudan bekas tapak kaki bayi di beranda rumah kami. adik aq diam jer... demam! apa yang pelik boleh aq katakan, lantai simen kat beranda aq tu dah bertahun dibuat. tapi kesan tapak kaki tu amat pelik. orang dewasa pijak pon tak tenggelam n meninggalkan kesan ni apatah lagi budak kecik. tapi peristiwna tu x dikecohkan ke misteri nusantara ye kawan2. kami ambil langkah berdiam diri, yang tahu pon jiran2 terdekat dan kawan2 kitaorang jer. cuba bayangkan kalau simen yang baru diratakan, pastu korang letak tapak kaki korang. cam tu la kesan nyer.. ni bukan tapak kaki hantu durian cam citer upin n ipin ok! ni benar2 berlaku. dah bertahun cerita tu berlalu.. tahun demi tahun kesan tapak kaki tu makin kabur. tapi sekarang ni kalau diamati betul2 still masih ader cuma dah kabur.

adakah seperti ini entiti yang dijumpai itu?

apakah anda rasa pelik dengan kejadian yang berlaku itu, bagi kami x hairan kerana itulah kejadian yang meninggalkan bukti. cerita2 sebelum ini yang mengatakan ada penduduk yang terjumpa kain putih melayang didepan umah aq, terlihat pocong didepan jalan aq menuju surau yang kebetulan didepan umah aq, suara bayi menangis n abang aq sendiri pernah terserempak sesusuk wanita bertelekung di bawah pokok jambu belakang umah aq, dua bijik mata merah sedang berterbangan. ini hanya omongan sahaja tanpa bukti yer.. tapi kami sekeluarga dah anggap itu sebagai cerita kosong sahaja. tapi kisah adik aq ni benar2 meniggalkan bukti. cerita ini x habis disini sahaja. ada kes terbaru yang tinggalkan bukti lagi pada episod akan datang... tunggu..


p/s : dunia ni bukan diduduki oleh manusia sahaja!




Sunday, November 1, 2009

:: KENAPA BOLEH JADI BEGINI ::

Salam sayang kat semua pembaca n follower setia blog aq ni. Dah hampir seminggu rasanya dok perhati n baca blog orang jer. sedang blog aq ni x update2. hehehe...


ni nak citer pasal pasukan bola sepak yang gah satu ketika dulu. ala The Red tu, captain dia Steven Gerrard, tau x? ala Liverpool la... aq x berapa suka team ni coz carlsberg yg sponsor kan. kalau wat sorak2 jer ok la tu. boss aq giler betol dengan team ni. kalau boleh setiap perlawanan nak pergi ke Anfield. tapi setahun tu memang ader la pergi kesana... gambar2 dengan pemain team tu saksi dia kat sana. siap berpeluk2 lagi... uh sajer je tayang kat aq ni yang x berapa suka Liverpool. banyak duit tu pergi la wat umrah ker, haji ker? kan elok... maaf ye boss..

hari tu lawan dengan Sunderland team yang x berapa hebat boleh kalah 0-1 sebab ader bola pantai tetiba jer kat depan gawang. pergh.. ingat ni bola pantai ke apa? lawan team hebat Manchester United menang besar plak 2-0. hari ni lawan dengan Fulham leh bodoh2 je kena ayam2 kan 3-1. pergh... memang sengal. Langsung x konsisten team ni. Team kuat leh menang, team lauk boleh kena lauk2an. huhuu.... Minta maaf ye kat peminat fanatik Liverpool. ader yang kena ganyang aq ni karang nak xcited sangat... so bagi peminat2 fanatik tu banyak la bagi sokongan kepada team kesayangan anda itu. yang penting aq ni x sokong mana2, tapi sape yang lawan aq akan pilih team yang kuat jer untuk disokong. huhuhuhu....



Thursday, October 22, 2009

:: FORGIVE & FORGET ::


Seperti gerimis yang menyenangkan daripada hujan
seperti berjalan yang membuatkan aq tenang dari berlari
dan gelap yang membuat aq tenang daripada terang
...dan seumpama mati yang lebih baik daripada hidup

tiada jodoh antara kita

++++++++++++++++++++++++


kunyanyikan lagu tanpa irama untuk kamu... semoga kamu berbahagia

An
dainya ada diantara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan disudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus dipertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita berdendam saling bermusuhan

Ungkit mengungkiti
Sakit menyakiti
Memusnahkan diri

Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Diluar kemahuan kau dan aku