CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 10, 2009

:: SEKALI LAGI DIA MUNCUL ::

Hai alls.. emph.. tq kat SMM sentiasa menanti n3 terbaru dari aq, sorry la yerk. Smlm balik kampung, xder connection internet kat sana. lagi pon kalau balik kampung memang ader temujanji dengan tilam dan bantal aq. huhuhu.. kat rumah sewa ni setakat katil bujang jerk.

ok, nak sambung pasal entiti yang sengaja meninggalkan kesan tapak kaki dia kat beranda rumah aq. semalam dalam kol 2.30 pagi aq dan adik pompuan aq memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman. katanyer dia rindu bangat kat mak aq, tapi pagi2 kol 8 dah balik JB semula naik bas. (aq masih diselubungi lembutnya gebo). seperti lazimnya dalam keter aq akan dok mengomel n berkongsi cerita dengan adik aq, maklumlah harap jer satu umah tapi jarang jumpa. asyik mengomel x terasa kami dah sampai kat selekoh simpang perani. Glurp!!! masuk situ je tetiba kabus tebal sikit, aq wat derk jerk.. tetiba adik aq senyap. (dalam hati aq, apsal lak dak ni senyap jerk. kawasan tu memang keras sikit bagi orang kota tinggi). dah lama sedikit aq tengok adik ni cam blur jer aq sambung citer yang kelakar. _ape kena mengena dengan sambungan kesan tapak kaki entiti tu?

oookk, ini kejadian yang kedua berlaku yang meninggalkan bukti, masa tu aq baru sampai kat Pasir Gudang, kebetulan semasa panggilan aq dapat tu aq dok sorang jer coz baru je masuk umah sewa baru. kawan2 lain sampai esok! adik aq cakap ader kesan tapak kaki sebesar dak sekolah rendah, kesan tapak kaki tu bermula dari pintu tengah yang terbuka dan hilang di tingkap dapur sblh sinki. kejadian tu berlaku waktu senja nak masuk maghrib. camner nak kira ngek.. emph, kira nak masuk azan maghrib la tu. kesan tapak kaki tu seperti melalui sesuatu yang terbakar kerana diserikan sekali dengan abu sampah. aq cam x puas hati jerk kan. aq call mak aq.. mak aq mengesahkan kejadian tu. tapi kali ni xder la plak tinggalkan bekas coz rumah aq pakai mozek. hahahha.. agak2 nyer kaki dia x kuat kot nak tenggelamkan mozek umah aq tu!

kesan tu x dibiarkan lama coz x nak menjadi buah mulut orang. kami ni bukan jenis yang suka mendapatkan publisiti, x suka masuk surat khabar or stesen2 TV. mak aq mop je.. sehingga sekarang kami x pernah mengalami sebarang kejadian2 aneh yang meninggalkan bukti lagi, agaknya tunggu sampai dia dewasa plak kot. huhuhu.. umah depan kami sekarang dah xder saper nak duduk, terutama bilik depan coz disitu macam2 kejadian aneh terjadi. tetapi cuma aq n abang aq jer yang berani tidur kat situ. x tau kenapa? bukan kami ni berani tetapi bilik depan tu dah kami tidur sejak kami budak sampai la bilik tu akan diisytiharkan roboh tahun depan. masa kat bilik tu aq selalu kena tindih dengan sesuatu time tido. kadang2 x bernafas rasanya. dan kat bilik tido tu jugaklah aq bermandian peluh selama seminggu time aq xcident masa satu hari nak UPSR. aq nak sambung citer ni, tapi panjang plak daaaa... next time je lah.

rasa nyer bkn ni kot entiti yang ader kat bilik aq



to be continued...

p/s: nak tau x kenapa adik aq diam time kat simpang perani tu. dia cakap kat aq ble kami sampai umah, ader entiti berbisik dengan dia kat cermin sisi. aq cuma angguk2 geleng2 tunduk2...



18 comments:

Farhana said...

Seramnyeee.. Huhu.. Dh laa.. Malammmmm.. Huuuu..

~ ooo.. dok kat perani ke.. pakcik saye dok sane.. Nasrullah nama dia.. heehee.. umah yg lorong pertama, yg wat renovation.. ke kota ada perani lain? ;p

Primadona69 said...

Daer Tunjuk Bintang...

u ols slalu kena tindih ker..
ms tdo bilik depan tu?
sesuatu sgts..
sila jelaskan dgn lebih lanjut ye..
coz i rs..
smpai skrg u dihempap dan menghempap..
hak3

@juera said...

wei..seram siot story ko ni..pic tu lg mnyeramkan aku..huhu..sib la umah bujang aku x de katil juz tilam buruk jerk!..haha

secangkir madu merah said...

wah blog ko ni skarang dah tuko blog entiti lak ek.. dulu masuk sini mcm jiwang je.. skrang dah serammmmmm... ko selalu kena tindih ke? uiiihh dasyatnya..

Tunjuk Bintang said...

farhana:
aq dok kat Lok Heng, masuk dalam lagi. perani tu kira laluan wajib nak sampai ke rumah aq. ko tanya la pakcik ko betul ke kat simpang perani tu panas sikit.

Tunjuk Bintang said...

primadona69:
oooo nooo... sekarang ni i dah x dihempap n dihempap, lama dah kes tu berlalu. sekarang ni i dah bela hamster, so dia leh nampak entiti yang nak tindih i. so i leh tau la.. ye ker?

Tunjuk Bintang said...

@juera:
tu ko yang dengar cerita belum ko yang jadi pencerita nyer. ishk.. macam2 sekarang ni. aq balik kejer mesti kol 1 atau 3 pagi, so paham2 la situasi yang harus ku jalani setiap hari. seekers sesangat kan!

Tunjuk Bintang said...

SMM :
blog ni macam2 variasi, kan dah nama suara hati seorang perindu sepi. x semestinya pengalaman saya tu asyik sedih dan pilu jerk. hidup kita ni kan penuh warna warni, ada suka, duka, sedih, pilu, gembira, hampa, kecewa, seronok dll. x gitu ke SMM?

e. indah said...

org kata, kalu siapa tido kena hempap, cara nak elak, tido side by side ngan org len...coz yg kena hempap slalu nyer yg single2 tido....

adik u mmg bleh tgk benda2 tue yek?

Tunjuk Bintang said...

e.indah:
biasalah.. mereka memang suka yang single. apsal la aq ni sigle. hehehe... masalah nyer bukan leh nampak tapi mereka sengaja menampakan diri. ala perkara2 ni biasa berlaku la. orang biasa pon leh nampak.. kuatkan iman jerk..

yoro okino said...

aku xkan masuk blog ko nie mlm2
huhhuhuh

zain_azuan said...

yoro okino:
ish.. ader plak camtu, blog ani biasa jer la, jangan la takut. xder orang yang nak makan ko nyer..

Afzainizam said...

salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com/
sorry bro aku terlambat balas comment ko tu... aku bercuti ngan family kat langkawi...dah seminggu lah.... tak ade...

aku bukan nya demam dek tengok cerita hantu tu.. demam pasal main hujan kat langkawi...

issssshhh buat aku seram je ko citer asal hantu ni.... aku rasa dia nak terangkan sesuatu lah kat kawasan tu... menuntut kebenaran... macam dalam movie korea tu...

tak lah kangkadang dia selalu usik kita... kena ade pendinding lah untuk gangguan seperti tu baca lah doa " dengan menyebut asma Allah, tiada tuhan yang wajib disembah melainkan dia" Amin....

bacalah skit ayat Kursi mudah mudahan dia tak ganggu lagi...

isssshhh seram lah aku...

Tunjuk Bintang said...

afzainizam:
kami x cakap pon mereka nak ganggu, sebenarnya mereka nak tumpang lalu jer kot. kami pon xder rasa takut yang teramat sangat. bagi kami perkara tu dah biasa. kan dalam dunia ni bukan kita jer yang duduk, ader makhluk lain yang menghuni gak kan. so pepandai lah kita untuk hadapi mereka2 ini.

ai@reel said...

salam

terima kasih kerana singgah diblog saya.

Dunia ini bukan milik kita tetapiada makhluk yg lain berhak menikmatinya....jgn kita ganggu dia tetapi banyakkan bacaan ayat2 suci semoga dia tidak menganggu kita

insyallah akan aman bumi ini...

amin

Tunjuk Bintang said...

ai@reel:
emph.. benar tu. semoga mereka tidak mengganggu manusia..

cik zatil said...

seram sejuk dengar cite macam neh.. TB sambung laa lagi ea, nak taw cite kat simpang tu..

Tengkolok Hitam said...

ak dulu ms student slalu gak kena hempap...kalo ynag ngempap tu awek cun ke rela gak aku hahaha..