CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

:: LAMA BERGANTI BARU MENDATANG ::

Salam sayang kat semua pembaca setia blog ini. Maaf kepada semua andai tertanya2 kemana hilangnya bintang? Emph... bintang masih ada, cuma suram sahaja. Yelah kan gerhana bulan x lama lagi. Hehehehe... Bukan apa, lewat kebelakangan ini jiwa kacau sikit. Sibuk lagi dengan kelahiran hamster yang silih berganti. Banyak benda yang nak diluahkan, terutama pasal kisah sorang budak lelaki (insyaallah bintang akan kupas komen dia) dan coretan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2009.

Sepanjang riwayat kisah bintang tahun 2009 adalah tahun paling malang bagi bintang. Sukar nak digambarkan betapa tabahnya bintang meneruskan liku2 kehidupan bersandarkan beberapa orang penting dibelakang. Menyelesaikan masalah besar yang silih berganti, memasak kaki dibumi untuk teguh berdiri. Membuka minda seluasnya agar dapat anjakan paradigma. Mencipta realiti dari fantasi dan segala apa yang dilakukan dengan kekuatan azam dan jati diri pada diri.

pada awal tahun mak diisytiharkan OKU oleh KWSP dan mak layak memohon pengambilan KWSP yang disimpan. Memandangkan semua orang sibuk dengan kerjaya masing2, aq terpaksa menyelesaikan masalah mak aq masa tu.. dari bertekak dengan officer KWSP tu hinggalah sealanya berjalan lancar. Masa tu mak duduk sebulan dengan aq kat umah bujang bagi memudahkan mak ulangalik dari Hospital untuk menjalani rawatan radioterapi. Dan selama 6 bulan aq menyewa seorang kerana housemate aq semua mendapat kerja Gov. Hati mana yang x runtun sorang2 pergi meninggalkan aq... tatkala pada masa tu merekalah housemate yang paling baik aq pernah jumpa sepanjang hidup aq..

pada pertengahan tahun plak aq kerugian melebihi RM5K kerana ditipu ejen kereta. Memandangkan masa itu kesilapan besar telah dilakukan, maka tiada report polis dibuat atas perkara2 tertentu. hingga sekarang bajingan itu makan duit haram aq tu. Hasil titik peluh wang simpanan tu.. nak x nak aq terpaksa kuarkan lagi duit simpanan aq untuk beli kete dengan ejen lain. RM2k duit muka, dah bulan2 kena bayar mahal sikit. Akhirnya dapat gak keter baru walaupun bukan jenis keter yang aq idamkan. tapi sekarang mentaliti aq dah boleh terima hakikat. hari demi hari aq semakin lupakan hal ini agar aq x rundung kepiluan. Alhamdulillah dengan adanya keter baru ni aq dapat bawak mak dan familiy jalan2 balik kampung, hantar adik belajar kat IPT, yang penting ajak member2 lama mandi air terjun masa cuti raya yang lepas. n3 pasal tu ada ditepek sebelem ni..

malang bertimpa lagi apabila dompet aq tercicir dengan dalam tu ada +-RM750. masa tu buntu giler.. duit tu nak bayar bulanan keter, pergh.... baru ambik keter xkan nak wat sangkak plak x bayar kan. so masa tu ikhtiar jer la.. x lama dompet tercicir.. henset yang aq baru beli plak hilang, bayangkanlah henset sony ericson camera 3.2mp tu leh hilang. baru plak tu.. x kecewa ker? masa tu fikir cam nak kena mandi bunga jekan. tulah hidup.. memang x der rezeki.

yang best tahun ni, aq berjinak2 bela pets, bermula dari hamster, tambah pula guinea pig, bunnies, beta, dan guppy. meraka ni la yang wat tidurku selalu lambat.. yelah nak pastikan mereka sihat n ok.. nak bermanja2 lagi. seronok sesangat...

apa yang pentingtahun depan dan tahun depannya adalah waktu untuk kumpul duit. dah xder azam baru... cuma sekadar meningkatkan mutu kerjaya dan memperbaiki kehidupan. nak simpan duit manalah tau tetiba ada berkenan kat anak dara orang, leh hantar pinangan. Janda pon boleh.... hahahha.

sorry la kalau u olls kena baca n3 yang panjang berjela ni.. tvm coz support aq selama ini..


UCAPAN:
SELAMAT TINGGAL MEMORI 2009
SELAMAT DATANG TAHUN 2010


semoga tahun baru ini menjanjikan 1001 kemanisan.


p/s: semoga mak sihat selalu
primadona69 beli henset baru x bagitau pon?
zain_azuan mantapkan projek kita
SMM teruskan blogging, cepat inform apa yang nak cakap tu
kepada kawan2 yang kawin tu sorry la x dapat datang
salam tahun baru kat semua kawan2 dan bloger2.


Saturday, December 19, 2009

:: KASIH IBU.. ::


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1)
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
2)
Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
3)
Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
4)
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
5)
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu : PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,'Saya Sayangkan Ibu'.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat
yang sama ditulisnya.


p/s: x sure dapat kat mana benda alah ni. dah lama ada kat my folder. just nak share kat pembaca my blog. rasanya SMM tulis aper yerk kalau bodygurd dia tulis cam tu? adakah penampar yang diberi.. hehehe...


Thursday, December 17, 2009

:: EMAS UNTUK KITA ::

rasanya rakyat malaysia lebih tumpukan kepada sukan BOLA SEPAK daripada badminton yang x tau pasang surutnya. sukan bola sepak kita yang terlalu banyak kontroversinya sehinggakan menjadi satu omongan disemua pelusuk Malaysia, x kira disekolah, university mahupun kedai2 kopi. setelah kita menumbangkan juara bertahan Sukan Sea berturut2 iaitu Thailand dengan penuh bergaya 3-1. kini kita pula menggondol EMAS untuk negara kesayangan kita dengan 1-0.




vs


KEPUTUSAN :
MALAYSIA 1 VS VIETNAM 0




p/s: semangat satu Malaysia menjulang Malaysia Emas bola sepak di Sukan Sea Loas. Malaysia Boleh..... MALAYSIA BOLEH...

Wednesday, December 16, 2009

:: INI YANG TERAKHIR ::

ya.. memang benar, blog ini akan menghentikan n3 mengenai pets yang dipelihara oleh bintang. kenapa? sebabnya agak serabut plak rasanya. so untuk n3 yang terakhir... aq post n3 pasal Guinea Pig bahasa inggerisnya atau bahasa melayunya Tikus Belanda atau marmut. GP aq ni ader 2 betina dan sekor jantan. sekor betina sedang sarat mengandung menanti hari.. rasanya cam malam ni jer dia beranak. uhuks... x sabo rasanyer.. yang sepasang lagi sibuk mengawan sekarang. keh..keh...

minat bela GP ni nampak cam cute jer, ble tanya kat pets shops sekitar JB agak mahal laaa.. so ble bukak tenet cari kat online shop, tanya forumer akhirnya dapat gak harga yang memuaskan. tapi ni dari Kedah, so GP ni mengambil masa 8 hours travel dari Kedah tu mai JB naik bas express. Cian dia penat...

penat travel.. still takut dengan bintang


cute sesangat.. triple color tu..

3 ekor ni leh jadikan induk.. pass ni nak bagi dia beranak pinak. pass tu nak wat garden tok they olls. wargh... ble difikir2kan memang gile fantasi aq:

mula2 tu biak sikit2, bagi makan minum yang cukup


pass tu ble dah banyak sikit, teruskan mengawan


ble dah banyak cam ni boleh la bukak mini zoo or jual

wargh... memang inilah impian aq. pass tu yang hamster n bunny pon wat camtu. pergh.. mesti seronok kan.. tapi imaginasi jer kan. mesti banyak halangan yang melanda nanti.


p/s: bintang akan buat satu blog baru untuk semua kisah pets bintang untuk share kat u olls..
>zain, i will make sure yang blog kita akan siap dalam bulan depan..

Monday, December 14, 2009

:: MARI BERPANTUN ::

ingat aq masa sekolah form 4 dulu, kelas aq ader wat berpantun masa subjek bahasa melayu. best gak la gamat nyer.. huhuhu.. meh kita berpantun...

kolek beroleng dihempas ombak
ombak beralun ditiup bayu

aq berdiri realiti dipijak

tiada sendu tiada sayu


layang layang terbang melayang

melayang tinggi diatas awan

hendak mencari kasih dan sayang

tetapi hati tidak tertawan


merpati hinggap diatas ranting

ranting rapuh jatuh ketanah

sukarnya hati untuk disunting

luka lama masih berdarah



ah.. apalagi, jawab lah...


p/s: sila jawab ye cik primadona69, awak tu kan pemantun sekolah. eheks...
>hari ni 2 ekor hamster aq beranak lagi. huhuhuhu.. dah jadi datuk aq ni...


Saturday, December 12, 2009

:: KHAS BUAT JOB SEEKERS ::

JAWATAN KOSONG


1. Environmental Engineer

  • mempunyai degree dalam kejuruteraan awan (major environment)
  • mempunyai pengalaman dalam membuat EIA
  • mahir bertutur dan menulis dalam English dan Bahasa Melayu
  • mahir dalam pengendalian perisian komputer
  • boleh bekerja independently dan lebih masa
  • mempunyai lesen (kereta/motor) yang sah
2. pegawai perancangan bandar
  • mempunyai degree dalam perancangan bandar
  • mahir bertutur dan menulis dalam English dan Bahasa Melayu
  • mahir dalam pengendalian perisian komputer
  • boleh bekerja independently dan lebih masa
  • mempunyai lesen (kereta/motor) yang sah
3. pekerja am
4. pencuci
5. juruwang



p/s: jika berminat sila tinggalkan email anda di ruang komen. Office area JB

Thursday, December 10, 2009

:: BULAN KELAHIRAN ::

hai olls.. sorry lama x update blog tunjukbintang ni. sibuk dengan guinea pig yang baru sampai dari kedah tu. ala comei sesangat.. dalam proses nak menjinakkan mereka agar tidak takut. selain tu bintang demam 2 hari ni.. tu yang banyak rehat. tapi still kejer cuma ambik masa curi tok rehat. sebab2 kenapa demam bacalah n3 sebelum ni. tadi malam baru asingkan GP betina coz perot dah besar, tinggal tunggu masa jer nak melahirkan. kelmarin putih melahirkan 4 baby tapi kecik sangat baby dia, cam x normal jerk.. tadi pagi cek tinggal sekor jer.. memang dah confirm baby dia x hidup lama. keadaan baby pon lemah sangat. Bulan lepas, tompok beranak dulu dapat 6 ekor tapi tinggal 2 ekor jerk.. sekarang dah leh berdikari sendiri. cute sesangat. (hamster jenis Campbell Dwarf).

ni la tompok yang susukan 2 baby dia.

x lama tompok melahirkan, syiro plak ikut jejak tompok. tapi memang x sangka yang syiro akan melahirkan. coz cam masih muda lagi syiro tu. tapi dah rezeki.. tapi malang nyer syiro ni ibu baru so anak dia yang lahir 6 ekor tinggal 3 ekor sahaja yang tinggal, yang tinggal ni memang cute n lawa2 belaka. itu pon anak dia mengalami tumbesaran yang lembab. coz yang sekor tu dah besar n 2 ekor lagi tu kecik jer. tapi kalau mata dah buka confirmla leh hidup lama. hehehe... syiro n syaro ni jenis syirian hamster.

ni la mak n ayah pada baby2 yang lawa2 tu.


ni time sehari kelahiran baby syiro n syaro


p/s: rindu kat mama.
>primadona69, layak ke aq menang Contest ko tu?
>zain_azuan aq nak mc ni..

Saturday, December 5, 2009

:: zzZZzZZZzzz ::


ngantuk nyer....


seriously, minggu ni memang penat gedabak, banyak perkara nak terkejar2. kepala dah berat giler.. senoning dah ni. cuma x nampak burung terbang keliling jerk.. coz sume dah masuk dalam sangkar zain. hahaha.. lawak ker? aq tengah mengantuk ni!

walaupun penat camner pon, tanggjawab kat anak2 angkat aq xkan terabai. baby2 yang semakin membesar, so cute sesangat. My new family.. ni la yang wat aq x tido hari ni. tercari2 bas yang bersusun kat bus station larkin tu. katanya dia naik bus express. huhuhuhu... jauh tu perjalanan, 8 jam dari kedah mai Johor. uhuks..


Thursday, December 3, 2009

:: KECUAIAN ATAU PELUANG KEEMASAN ::

Salam sejahtera kepada semua bloger. Sorry la lama giler x update blog TunjukBintang. lewat kebelakangan ni aq rasa penat sesangat, dengan x cukup tido n mengalami masalah yang datang bertimpa2. uhh... mengantuk yang tahap dewa. badan ni pon rasa pegal2 linu lagik.

seperti yang u olls tahu dompet n henset aq hilang kan baru2 ni. Emph... aq nak kongsi lagi cerita pasal budi pekerti rakyat malaysia yang kurang intelek n tanggungjawab nyer... isnin yang lepas, aq n adik pompuan aq pegi shopping kat satu pasaraya ni, ala beli sayur n barang dapur jerk tau. pass shopping kita orang pergi toilet jap. bile kuar aq tengok pets shop jap
(perkara biasa). tiba2 adik aq bergegas semula ke toilet, x lama kemudian dia keluar dengan matanya yang berair. "Angah.. beg duit aq tertinggal kat toilet. tapi dah xder dah!" emph.. aq dah blur je masa tu. padahal dia kuar toilet tu x sampai 2 minit pon... kebetulan kat dalam toilet tu ader la mangkuk hayun mana ntah. adik aq ketuk pintu tapi lama giler nak kuar, cuba anda bayangkan orang membuang mesti flash sekali jer kan, tapi kalau dah 3 kali camner yer.. ble adik aq tanya dengan dia ble dah kuar dengan muka cam si*l cakap x tau. aq dengar citer adik aq cam nak bunuh jer pompuan tu, nasib la xder bukti.. tapi dalam beg duit tu cuma ada ic dan kad bank jerk.. duit ada RM20 jerk.. kalau RM700 cam aq dulu camner?

sepak jer kan saper yang rembat barang aq tu!

mengenangkan perangai masyarakat malaysia yang cam si*l tatkala ni, aq fikir pass ni ble aq jumpa benda berharga pasti aq ambik walaupon ader orang mengaku dan menangis air mata darah sekalipon. geram sesangat tau ble difikir2kan. tapi niat tu tinggal niat jerk.. semalam aq berpeluang memiliki nokia n95, tapi jangan diikutkan sangat perangai syaitan. lantas aq kembalikan semula kepada yang hak. ntahlah... sebenarnya hidup ni kena banyak bersabar. tidak semestinya berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan juga. aq harap saper yang ambik barang2 aq n adik aq mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka, cam iklan peragut kat TV, yang bini dia kena langgar dengan keter. baru padan muka mereka..

walaupun hilang, setidak2nya kami kena lebih hati2 pada masa akan datang daripada kecuaian diri sendiri. tidaklah barang itu hilang dengan paksaan seperti diragut dan disamun. seperti member aq yang kena ragut, semua kena angkut. nasib dia x ambik jeans n polo shirt sekali. kalau tidak tinggal renoma jerk.. tu pon kalau dia x ambik lakan. kesian dia, selain dari trauma.. kesan luka sepanjang 3cm sebab mata pisau yang diacukan kat leher dia. nasib la x dirodok nyer pisau tu kat perot dia. kalau x dah jadi arwah dah kawan aq tu... lain kali kalau rasa was2 nak tolong orang jangan nak menggatal tolong, kelak kebaikan yang kononnya hendak kita beri menjadi tragedi plak akhirnya. itulah.. kadang2 kita perlu salahkan diri sendiri jugak dengan kecuaian yang x disengajakan tetapi kepada pencuri dan manusia2 yang x bertanggungjawab diluar sana adalah peluang keemasan bagi mereka, seperti durian gugur ke riba... sekelip mata jadi mewah tanpa usaha sendiri sedangkan mereka yang hilang tu terasa nak giler!!!


p/s : rindunya kat mak..
>zain, jangan terus ditangisi pemergian budgie tu n guppy.
>Syiro jaga baby baik2 tau, rubu n ruby, wawa n wiwi ble nak pregnent ni?