CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 19, 2009

:: KASIH IBU.. ::


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1)
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
2)
Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
3)
Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
4)
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
5)
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu : PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku : PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,'Saya Sayangkan Ibu'.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat
yang sama ditulisnya.


p/s: x sure dapat kat mana benda alah ni. dah lama ada kat my folder. just nak share kat pembaca my blog. rasanya SMM tulis aper yerk kalau bodygurd dia tulis cam tu? adakah penampar yang diberi.. hehehe...


34 comments:

bujang bakal senang said...

perghh..terkenang daku kpd mak ku yg sudah tiada....

Tunjuk Bintang said...

BBS:
maaflah andai kamu terasa dengan n3 aq ni. alfatihah buat arwah ibu kamu..

FaizalSulaiman said...

syurga di bawah tapak kaki ibu!

Riesna Zasly said...

dari iklan raya da adegan gini, kalau tak silap...

salam ziarah tunjuk bintang
moga sihat sejahtera sentiasa

Tunjuk Bintang said...

FaizalSulaiman:
iyolah... xkan kat bawah tapak kaki burung unta plak...

Tunjuk Bintang said...

Riesna Zasly:
mungkin kot.. x mengapalah, kita mengungkap kembali apa yang telah ada untuk kebaikan.. supaya mengenang pengorbanan ibu.. saya hampir2 kehilangan bonda satu ketika dulu.. alhamdulillah segalanya kembali pulih..

zain_azuan said...

nak mintak cuti le macam nie... nak tengok mak kat kampong... leh x?

Tunjuk Bintang said...

zain_azuan:
boleh saja. aq bukan bayar gaji ko pon...

ai@reel said...

pernah dapat email psl ni....memang menusuk hati bila membaca nya sebab ada kebenaran disebalik story itu

Afzainizam said...

Salam Maal Hijrah…. Hijrahkanlah Diri Ini ….
http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Buat ibu dengar lah...

Ibu oh ibu...
kau ratu hati kami...
Pengorbanan mu tidak terperi...
Jasa mu tetap di sanubari....

Ibu kau lah ratu hati kami... nyawa kami... ibu i love uuuuuu

Tunjuk Bintang said...

ai@reel:
tau x perk.. dulu masa kecik2 pon ader sikap cam tu. hehehe.. kalau mak suruh itu atau ni, akan cakap dengan mak "nanti belanja asikrim". huhuhu...

Tunjuk Bintang said...

afzainizam:
ya.. kita dendangkan lagu ni wat ibu2 yerk walaupun bukan hari ibu..

ibu.. ibu
engkaulah ratu hatiku
bila ku berduka
engkau hiburkan hatiku
ibu.. ibu
engkaulah dewi hatiku...

Primadona69 said...

err...
klu kasih syg kwn plak..
dikira cmner?
timbang kati kah?
huhuhuuhu

yuyu said...

dulu selalu tax kat mak..gi kedai upah 50sen..mak xpenah xbagi..

e. indah said...

salam bintang ....

itue ibu bintang ker?..nampak muda ..

betul ne, kasih ibu tak tue tak mungkin dapat nak balas,
selalu gaduh ngan mummy, tapi dalam hati ne, besar rasa sayang, cuma tak tahu cara nak jelaskan ...
sedih ~

Tunjuk Bintang said...

primadona69:
maybe aq akan guna timbang dacing. ok x?

Tunjuk Bintang said...

yuyu:
sebab mak yuyu xder 50sen, mak yuyu adr seringgit.

Tunjuk Bintang said...

ai@reel:
umor 52thn. ala nampak jer muda, bila bukak tudung nampak uban. mak bertambah berisi sikit past operation major tahun lepas. gambar ni amik raya hari tu dengan 1st cucu mak. akhil namanya...

Anonymous said...

kenapa orang suke bercerita pasal ibu??? maaf kalu aku kata ada sedikit kebencian terhadap dia. kerana ibu aku disini. kerana ibu aku tidak pernah merasa susu ibu. kerana ibu aku tak pernah di didik, di sayang di manja dan semua nye lah!

yang benar
budak lelaki

secangkir madu merah said...

tunjukbintang, sebab itulah syurga itu terletak dibawah kaki ibu... biasalah manusia bila ada depan mata tak dihindarkan bila dah tak ada barulah menyesal lah, sedehlah...kau jangan jadi macam tu, sementara ibu ada selalu selalu lah pergi melawat dia..peluk dan cium dia..

aku ibu yang sporting dan minda terbuka tapi kalau anak2 aku berkasar dengan aku, aku rasa sedeh sangat dan seboleh2nya aku tak mahu menitiskan airmata.. sebab apa? sebab klu aku menitiskan airmata nanti anak aku tu berdosa dan boleh di cop anak durhaka.. aku selalu berdoa supaya ALLAH mengampunkan dosa2 anak2 aku...

secangkir madu merah said...

tunjukbintang, aku tau kau anak yg baik..beruntung ibu kau yg punya anak sepertimu..

cuti2 panjang ni apa lagi? baliklah luangkan masa dengan emak, ok?

Tunjuk Bintang said...

budak lelaki...
kadang2 aq sering bertanya, andailah aq tiada ibu, hidup ini pasti tegas dengan kasih abah. aq berdepan dengan kesusuhan ibu mendidik aq, sebab itulah aq terlalu bangga dengan ibu aq berbanding abah.

disini aq suka berkongsi cerita luahan hati dan apa sahaja, seperti trademark blog aq.. luahan hati seorang perindu sepi. dan dalam profil aq juga bahagian interest, aq dah cakap yang aq boleh kongsi cerita tentang apa sahaja, if kamu rasa malu untuk berkongsi disini emailkan sahaja pada aq.. mungkin kita boleh jadi sahabat yang baik di laman maya ini..

Tunjuk Bintang said...

SMM;
aq bukanlah seorang anak yang baik. untuk pengetahuan SMM kerjaya aq sekarang ni terlalu komitet dengan masa, aq xleh cuti.. if ader kecemasan pon aq x leh cuti. begitu besar pengorbanan yang telah aq lakukan di tenpat kerja aq ni. SMM x perlulah tanya aq kerja apa.. tetapi alhamdulillah rezeki halal.

aq masih ingat masa mak major operation selama 8 jam kat Hospital Sultan Ismail aq x dapat disisi apatah lagi berdebar diluar pintu bilik pembedahan. aq dapat jumpa mak 2 hari selepas itu setelah mak sedar dari koma. itupon tidak lama, tetapi walaupon aq x tunjukkan muka aq tetap akan telepon dua jam sekali tanya khabar mak. dan aq dapat luangkan masa dengan mak pon 2 jam sekali untuk 4 hari dalam seminggi sampailah mak kuar. dan aq menangis teresak2 bila aq dapat panggilan mak nazak kol 2 pagi.. masa tu perasaan aq betul2 buntu... tapi aq tetap tidak balik..

tetapi setahun sudah berlalu, mak kembali sihat dari hari demi hari kerana kekuatan dan sokongan dari anak2 dan suami.. tu yang aq dah janji pada diri biarlah aq tak kahwin yang penting mak bahagia. sebab tulah aq x kisah aq xder kekasih.. sebabnya masa yang terluang pasti aq akan balik kampung bawak mak jalan2 g bandar, balik kampung tengok nenek yang tengah sakit dll. sebab tulah aq gembira sangat aq sudah memiliki kereta sendiri hasil titik peluh aq sendiri. yang penting aq sayang mak...

Tunjuk Bintang said...

SMM:
hari senin dan selasa hari tu baru balik kampung, SMM jangan x tau.. aq bawak balik 3 cup dadih coklat + vanilla. hasil tunjuk ajar SMM, tapi x ambik gambar. kan henset dah hilang..

aq hantar mak g hospital ambik ubat dan balik kampung pontian tengok nenek.. balik dapat nenas.. tau la kan pontian kan kaya dengan nenas..

Anonymous said...

baik aku tak yah jumpa ngan abah dan ibu. senang! bukan derang nak hargai kehadiran aku pon. sikit pon tidak. ibu aku nih pandai beranak jek. bapak aku nih pandai pancut dalam jek. jaga idak. didik pon tak. semua ar..

kekadang aku jeles ngan kucing aku tuh. Sayang sungguh kat anak dia. Ibu aku?? lepas beranak. kasi kat orang. ermm... entah ler..

kalau dari kecik aku dah set dalam minda aku yang ibu aku dah mati kan senang. tak yah ar nak jumpa menagih setitik kasih yang belom tentu dapat di curah kan walaupon setitik cuma

yang benar
budak lelaki

Afzainizam said...

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

aku baca lagi entry ko... serbak sekali bila baca entry ko walaupun dah berkali-kali lah...

dari kami sejujurnya http://firestartingautomobil.blogspot.com

Tunjuk Bintang said...

afzainizam:

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Tunjuk Bintang said...

budak lelaki:
semalam aq baru tengok berita kat Bulletin Utama, seorang bayi mati dihanyutkan dilongkang. emph.. sadis sungguh bayi itu dipagut oleh sekawan burung.

bulan lepas sugar dad member aq baru ambik baby angkat yang sejarahnya ditinggalkan di hospital. budak lelaki.. sekurang2nya kamu masih bernafas dan berpeluang untuk melihat dunia. usia sebenarnya dan kematangan yang mampu membuatkan kita berfikir jauh. mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya.

kadang2 aq pon fikir cam kamu juga dan saudara2ku yang malang kat luar sana, apalah hidup tanpa orang penting kat dunia ni, hidup menumpang kasih sayang orang lain. bak kata orang "binatang pon sayangkan anaknya" tak perlu tengok mana, hamster2 aq sedang melahirkan anak sekarang. begitu dia menjaga anak2 dia.

budak lelaki.. aq x boleh letakkan jiwaku ditempatmu kerana aq x pernah rasa apa yang kamu rasakan. cuma aq boleh kongsi cerita, jika kasih sayang sebagai seorang abang atau adik pon x mengapa.. jika kamu sendirian aq disini, blog ini menceritakan segalanya.

Anonymous said...

Aku masih lagi 20an. aku bukan ape. jeles dengan orang lain yang cukop segala-galanya.

kasih sayang dari seorang ibu dan juga kasih sayang dari seorang ayah yang di berikan kat anak dia walaupon anak dia dah besar panjang.

apa lah nasib diri ku ini...

Tunjuk Bintang said...

budak lelaki:
mungkin kasih sayang yang ko inginkan, x semestinya ko tengok orang lain semua cukup, ye cam aq.. ada mak n bapak. tapi hidup aq masa kecik2 dulu memang susah. apa yang aq nak jarang ditunaikan, kena usaha sendiri. x kiralah mencuri ke.. yang penting dapat. tu masa kecik la.

tapi sampai besar pon sama, apa yang aq nak aq kena cari sendiri. alhamdulillah apa yang aq nak aq leh dapatkan.. cuma cinta jerk. uhuks... x mudah bro nak hadapi hidup ni sorang2. aq faham.. tapi sekarang ni ko duduk dengan saper? umah anak2 yatim or saudara terdekat? ada x mak ayah ko datang cari ko... atau ko ni berbinkan Abdullah.. sorry kalau aq menyinggung perasaan kamu. tapi itulah aq yang lebih terbuka. bagi aq manusia sama beza cuma amal.. pangkat dan darjat hanya didunia...

Afzainizam said...

Selamat Datang Tahun Baru
.dari kami warga
http://firestartingautomobil.blogspot.com/

... Azam baru...

kehidupan menempuh alam dunia
Menghabiskan waktu yang tidak lama
Usia bertambah senja tanpa terasa
Semakin dekat akhir tahun, menjelang tiba
Akhir tahun sebagai sarana evaluasi
Melihat kualitas hidup dari sisi diri
Menjadi kualitas pribadi yang mandiri
Untuk mencapai prestasi yang hakiki
Era baru datang menyongsong
Persiapkan diri jangan sampai kosong
Jangan mimpidi siang hari
Patah tumbuh hilang berganti
Semangat bersimpuh tanpa henti
Untuk hidup yang lebih baik & hakiki
Perjuangan hidup terus disokong
selamat datang tahun 2010
Selamat maju jaya....

Kepada anda semua kami ucapkan
selamat pada kedatangan tahun baru dengan azam baru…

Soory lama aku tak datang sini.... sorry aku sekarang agak sibuk sikit lah sekarang baru aku dapat ziarah singgah ni...

Tunjuk Bintang said...

afzainizam:
dah pergi ke n3 baru

zain_azuan said...

huhu... dah terurai windu aq ngan mak aq...dah balik kg ri tu,,,,,
best woooooooo

Tunjuk Bintang said...

sama2 la kita.. senin lepas pon aq dah peluk cium mak aq.. my father also..