CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2009

:: LAMA BERGANTI BARU MENDATANG ::

Salam sayang kat semua pembaca setia blog ini. Maaf kepada semua andai tertanya2 kemana hilangnya bintang? Emph... bintang masih ada, cuma suram sahaja. Yelah kan gerhana bulan x lama lagi. Hehehehe... Bukan apa, lewat kebelakangan ini jiwa kacau sikit. Sibuk lagi dengan kelahiran hamster yang silih berganti. Banyak benda yang nak diluahkan, terutama pasal kisah sorang budak lelaki (insyaallah bintang akan kupas komen dia) dan coretan peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2009.

Sepanjang riwayat kisah bintang tahun 2009 adalah tahun paling malang bagi bintang. Sukar nak digambarkan betapa tabahnya bintang meneruskan liku2 kehidupan bersandarkan beberapa orang penting dibelakang. Menyelesaikan masalah besar yang silih berganti, memasak kaki dibumi untuk teguh berdiri. Membuka minda seluasnya agar dapat anjakan paradigma. Mencipta realiti dari fantasi dan segala apa yang dilakukan dengan kekuatan azam dan jati diri pada diri.

pada awal tahun mak diisytiharkan OKU oleh KWSP dan mak layak memohon pengambilan KWSP yang disimpan. Memandangkan semua orang sibuk dengan kerjaya masing2, aq terpaksa menyelesaikan masalah mak aq masa tu.. dari bertekak dengan officer KWSP tu hinggalah sealanya berjalan lancar. Masa tu mak duduk sebulan dengan aq kat umah bujang bagi memudahkan mak ulangalik dari Hospital untuk menjalani rawatan radioterapi. Dan selama 6 bulan aq menyewa seorang kerana housemate aq semua mendapat kerja Gov. Hati mana yang x runtun sorang2 pergi meninggalkan aq... tatkala pada masa tu merekalah housemate yang paling baik aq pernah jumpa sepanjang hidup aq..

pada pertengahan tahun plak aq kerugian melebihi RM5K kerana ditipu ejen kereta. Memandangkan masa itu kesilapan besar telah dilakukan, maka tiada report polis dibuat atas perkara2 tertentu. hingga sekarang bajingan itu makan duit haram aq tu. Hasil titik peluh wang simpanan tu.. nak x nak aq terpaksa kuarkan lagi duit simpanan aq untuk beli kete dengan ejen lain. RM2k duit muka, dah bulan2 kena bayar mahal sikit. Akhirnya dapat gak keter baru walaupun bukan jenis keter yang aq idamkan. tapi sekarang mentaliti aq dah boleh terima hakikat. hari demi hari aq semakin lupakan hal ini agar aq x rundung kepiluan. Alhamdulillah dengan adanya keter baru ni aq dapat bawak mak dan familiy jalan2 balik kampung, hantar adik belajar kat IPT, yang penting ajak member2 lama mandi air terjun masa cuti raya yang lepas. n3 pasal tu ada ditepek sebelem ni..

malang bertimpa lagi apabila dompet aq tercicir dengan dalam tu ada +-RM750. masa tu buntu giler.. duit tu nak bayar bulanan keter, pergh.... baru ambik keter xkan nak wat sangkak plak x bayar kan. so masa tu ikhtiar jer la.. x lama dompet tercicir.. henset yang aq baru beli plak hilang, bayangkanlah henset sony ericson camera 3.2mp tu leh hilang. baru plak tu.. x kecewa ker? masa tu fikir cam nak kena mandi bunga jekan. tulah hidup.. memang x der rezeki.

yang best tahun ni, aq berjinak2 bela pets, bermula dari hamster, tambah pula guinea pig, bunnies, beta, dan guppy. meraka ni la yang wat tidurku selalu lambat.. yelah nak pastikan mereka sihat n ok.. nak bermanja2 lagi. seronok sesangat...

apa yang pentingtahun depan dan tahun depannya adalah waktu untuk kumpul duit. dah xder azam baru... cuma sekadar meningkatkan mutu kerjaya dan memperbaiki kehidupan. nak simpan duit manalah tau tetiba ada berkenan kat anak dara orang, leh hantar pinangan. Janda pon boleh.... hahahha.

sorry la kalau u olls kena baca n3 yang panjang berjela ni.. tvm coz support aq selama ini..


UCAPAN:
SELAMAT TINGGAL MEMORI 2009
SELAMAT DATANG TAHUN 2010


semoga tahun baru ini menjanjikan 1001 kemanisan.


p/s: semoga mak sihat selalu
primadona69 beli henset baru x bagitau pon?
zain_azuan mantapkan projek kita
SMM teruskan blogging, cepat inform apa yang nak cakap tu
kepada kawan2 yang kawin tu sorry la x dapat datang
salam tahun baru kat semua kawan2 dan bloger2.


34 comments:

FaizalSulaiman said...

have a nice new year okay. lama tak jumpa ko neh. anggap semua tu lipatan sejarah dan mulakan 2010 dgn fresh start okay;-P

Tunjuk Bintang said...

of coz cikgu.. ye ker? hidup kan perlu diteruskan... nak wat camner kan, yang sudah tu sudah... selamat datang 2010. x sabar nak tau apa yang menarik untuk aq jalani tahun depan...

e. indah said...

selamat tahun baru ~ 2010
harap tahun ne akan jadik sesuatu

2009 berlalu dengan sia-sia bg akue, bukan tak bersyukur, alhamdulillah di beri waktu2 itu, namun rasanya akue yang telah mengabaikan 2009 hingga terasa takde makna ...

apapun 2010,
aku harap ini akan menjadi sesuatu

selamat tahun baru ~

bujang bakal senang said...

sabor bro..jln crite lbih kurng je..huhuhu..dlu arwh mak aku skit gk.tpi dh xde pn.aku bosan2 lalu aku bela la pet..huhuhu.pstu lama2 jdi la tmn aku.

Tunjuk Bintang said...

e. indah:
emph.. aq juga rasa begitu, tahun 2009 adalah tahun malang sepanjang hidup aq.. tapi apakan daya hidup perlu diteruskan. harap tahun baru lembaran barulah yerk..

Tunjuk Bintang said...

BBS:
kadang2 hidup kita ader persamaan, tapi mungkin secara kebetulan sahaja kan..

secangkir madu merah said...

tunjukbintang.... pahit dan manis, suka dan tangis, itulah lumrah kehidupan. Apa pun berlaku hidup harus diteruskan.. berbanyak muhasabah diri, sabar dan berdoa.

secangkir madu merah said...

tunjukbintang...nak sambung lagi..

hidup ini ibarat roda, sentiasa berputar, hari ini dibawah dan sudah pasti esok akan berada diatas..bila berada diatas janganlah lupa bumi yg dipijak.

semoga tahun baru yg bakal tiba tak berapa jam lagi ni, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kau dan keluarga. Dilimpahkan kesihatan berterusan dan dimurahkan rezeki dan yg paling penting ditemukan jodoh dgn insan yang baik dan boleh menjaga kau...

secangkir madu merah said...

terlupa...sambung lagi.

macam sesuai je lagu ni utk kau..ngeh ngeh ngeh...


.....
Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku


Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

***jangan marah ha..nanti kena jual..

Tunjuk Bintang said...

SSM:
begitulah yang aq lakukan selama ni.

Tunjuk Bintang said...

SMM;
kamu tahu x? kamu saja yang beriya2 mendoakan aq untuk bertemu jodoh dengan insan yang baik. harap2 begitulah.. baik budinya baik parasnya..

aq sudah pasakkan kaki dibumi, sebab tu sekadar tunjuk bintang, kalau aq masih berfantasi pasti aq bermain dengan bintang, bergayut di bulat sabit... seperti pungguk rindukan bulan.. iskh.. jauh sungguh fantasi aq..

Tunjuk Bintang said...

SMM:
tu la masalahnya, nasib la anak SMM jagoan semua....

Afzainizam said...

Salam dari kami http:firestarting automobil.blogspot.com

Salam tahun baru.... Azam baru... matlamat baru.... Target baru...

2009 telah pergi meninggalkan kenangan, Suka & duka, Tawa ria..

Kini 2010 kita akan hadapi....

Tingkatkan Prestasi kurangkan kontraversi.....

Dengan kesempatan ini kami ucapkan
"Selamat Menyambut Tahun Baru..."

Tunjuk Bintang said...

afzainizam:
x tahan tu, tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi...

Afzainizam said...

http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Selamat taun baru 2010 selamat taun baru cina... happy new year

sorry lama sangat tak singgah blog ko... ape pun aku tetap bersama blog ko... aku akan tetap mengunjungi blog ko... moga ko terus maju jaya taun hadapan...

bagi aku 2009 tu meninggalkan satu yang tak ternilai dgn wang ringgit iaitu kematangan kita boleh bangit lagi walau beribu kali ki gagal... ayuh bangkit lah kita ,,2010 akan lebih mencabar lagi...

Tunjuk Bintang said...

tq sesangat.. aq still dalam ingatan kamu. boleh lawat n follow satu lagi blog khas untuk my pets.

http://fadzwan-agro.blogspot.com/

tengku_fir21 said...

huhu...
yg lepas adalah sejarah...
harap anda dpt sesuatu dari entry aku
wlpun impaknye kecil


*tabah hadapi hidup

Tunjuk Bintang said...

tengku_fir21:
aq harap juga bagitu...

LavENDer Wind said...

salam tahun baru bintang
harap tahun bari ini lebih memberi makna
lebih gembira
lebih sempurna
doa untuk semua

Tunjuk Bintang said...

LW;
sama2lah kita jangan berhenti berharap...

ai@reel said...

bicara tanpa kata..selamat tahun baru

Tunjuk Bintang said...

selamat juga buat kamu..

Afzainizam said...

Salam dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

Haiii lama plak ko menyepikan diri kamu ni ye.... dah masuk taun 2010 wake up .... bangun .... bangun .... cergaskan minda anda... jangan tertidur buat entry baru kamu lekas.... ramai yang nak baco tulisan kamu tu.....

secangkir madu merah said...

salam tunjukbintang,
sudah 10 hari tahun baru berlalu kenapa tidak ada berita baru darimu?

secangkir madu merah said...

tunjukbintang....,

mengapa blogmu sunyi dan sepi menyambut tahun baru ini?

pasti kau sibuk dengan urusan pribadimu ...
mungkin sudah jumpa si pujaan hati..

aku doakan kau bahagia..

secangkir madu merah said...

atau kah kau kini telah beralih arah...


kau lepak kat fb ya?

zain_azuan said...

wow...dah lama x komen kat sini....hhuhuhu... salam kembali melawatttttttttttttttttttttttt....;)

Tunjuk Bintang said...

afzainizam:
time kasih sentiasa follow my blog. insyaallah aq akan pastikan sesuatu yang baru. aq buzy sikit ni..

Tunjuk Bintang said...

SMM:
ntah la SMM, aq masih tertidur lagi kah.. bukan la, ader sedikit gangguan mental jap. serius.. hahaha

Tunjuk Bintang said...

SMM:
ntah la SMM, aq masih tertidur lagi kah.. bukan la, ader sedikit gangguan mental jap. serius.. hahaha

Tunjuk Bintang said...

SMM:
jangan kamu bermimpi untuk mendapat khabar aq sudah temui pilihan hati wat masa ni.. cintaku pergi sukar diubati.. aq masih disini...

Tunjuk Bintang said...

SMM:
aq tido............. hahaha, mana ader beralih arah. aq masih disini.. teruskan ikuti cerita2ku yerk..

Tunjuk Bintang said...

zain_azuan:
aq tahu kamu sibuk sehingga terlepas setiap kali n32 aq.. tapi x per.. cerita kamu sentiasa aq dengar, begitu juga aq..

Tunjuk Bintang said...

budak lelaki:
adakah kamu telah menghilangkan diri. pergi meniggalkan perbagai tanda tanya... aq masih menagih kamu disini.. ADIK...