CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 1, 2010

:: MENYINGKAP TABIR SEMALAM ::

SELAMAT BULAN OGOS 2010


Salam kepada semua pembaca setia blog tunjuk bintang. Hari ni kujalani kehidupan seperti selalu… tiada beda antara hari2 yang lepas. Bangun tidur lekas2 pergi kerja.


Yang istimewa hari ini adalah aq benar2 tunjuk bintang. Ya benar! Ada satu bintang yang besar dan rasanya dekat sangat dengan bumi. Buruj2 cantik x dapat kuterokai malam tadi. Ntah.. hanya yang aq tahu ketika itu kepulan asap menerawang keudara. Fikiran ku kosong saat itu. Yang kutahu minggu depan kerja2 tertangguh aq perlu bereskan… kerana bulan ramadhan adalah waktu untuk meringankan tugas. Ahaks…


Waktu drive balik, seperti biasa lagu2 hits terbaik dari era.fm menemani sepanjang perjalanan pulang. Dan embun membasahi kereta… berlalulah malam. Dan dalam anganan ku tadi. Aq dapat idea yang berkobar2 untuk update blog… setiba dirumah, setelah menghempas badan yang letih ke tilam bucuk ku itu, aq membuka lappy kesayanganku lantas menekan anak2 papan kekunci….


…. Terbayang kenangan 7 tahun lepas. Tatkala itu zaman kegemilangan aq.. (penulis tersenyum). Pada waktu itu…


Aq bukanlah seorang pemimpin yang adil,

Aq bukanlah seorang ketua platun yang tegas,

Aq bukanlah seorang pemidato terbaik--- (maaf yer, bukan monyet yang goyangkan)

Aq bukanlah seorang ahli forum yang bijak mengulas topic bicara

Aq bukanlah seorang penyampai yang pandai berkata2 (burung kaki unta)

Aq bukanlah seorang tok jangggut terpekik terlolong mensajakkan sebaris puisi (anak watan)

Aq bukanlah seorang pelajar pintar akedemiknya

Aq bukanlah seorang lelaki pencair hati wanita…


Aq hanyalah manusia biasa yang akhirnya maruahnya diinjak2 dalam satu majlis disaksikan ahlinya. Lantas provokasi telah berlaku.. segala apa yang aq ada musnah dalam sekelip mata. Sekeping sijil SPM yang x bermakna kerana derhaka pada sifunya.. azabnya terasa sehingga kini. Kebencian semakin menebal hari demi hari kerana ia membuat hidup ku menderita hingga kini walaupon aq telah menggenggam segulung diploma dari Politeknik… sedangkan cita2ku menggunung tinggi untuk bersama teman2 duduk dibilik kuliah universiti. Sehampa mana hatiku Tuhan dan manusia yang hidup disekitarku sahaja yang tahu. Betapa aq menyesali disetiap apa yang berlaku. Hinggakan cita2 menyambung Ijazah sekadar dibibir saja.. hanya kutitip doa buat teman2 walaupon mereka tidak pernah tahu… walhal aq terlalu sedar nasib manusia lain diluar sana ada yang lebih daif dari aq…


Kini.. dengan apa yang kumiliki. Aq bertapak selama 2 tahun 7 bulan dibawah perniagaan bos aq sekarang yang mana acapkali aq membenci kerjaya aq sekarang. Dan setelah aq diingatkan oleh temanku yang pernah bersusah payah satu ketika dulu mencari kerja. Pesannya.. “bersyukur dengan apa yang kamu ada, x ingatkah kau ketika kita perit mencari sesuap nasi dulu. Berteriak didalam kereta mendendangkan apa sahaja lagu untuk menyedapkan perasaan. X cukup dengan itu, kita menjerit pada laut meluah perasaan. (penulis sebak. Saat tu banyak ceriteranya). Sekarang kerjaya ko dah ok, teruskanlah usaha kamu itu. Berubahlah pada bidang perniagaan jika kamu mahu, kerana kamu mampu membeli masa anda sendiri”.


Dan kini.. hari demi hari, aq tanam dalam jiwa bahawa aq suka kerjaya aq. Selagi aq mampu mengutip pengalaman disini, ku teruskan segala usaha. Biarlah ijazah kawan2 menjadi mahar kerjaya bagus untuk mereka. Dan segulung diploma yang aq miliki telah menjadi sekeping diploma yang duduknya di dalam fail bersama2 sijil kegemilangan aq 7 tahun lepas yang acapkali gagal dalam setiap interview kerajaan… dan telingaku telah lali dengan sindiran ayahku dan keluarga tentang kegagalan demi kegagalan itu… sedang aq Cuma diam dan cuba membuktikan aq juga mampu memiliki apa yang orang lain miliki. Untuk kesal dengan kehidupan aq! Tidak sama sekali.. aq bangga menjadi diri aq sekarang! Kerana itu aq selalu tunjuk bintang.. kerana aq mahu menjadi seorang bintang!


senja yang mendung


Tamatlah zaman persekolahan
Masih dihantui memori
Waktu kecil waktu yang gemilang
Tuhan ku tak mahu pergi

Alangkah indahnya dunia

Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya

Tak lupa pelbagai peristiwa

Waktu pergi mengaji
Ponteng kerana ku macam tak biasa

Alangkah indahnya dunia

Bila kita semua tak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua akan bersama selamanya