CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 14, 2009

:: MARI BERPANTUN ::

ingat aq masa sekolah form 4 dulu, kelas aq ader wat berpantun masa subjek bahasa melayu. best gak la gamat nyer.. huhuhu.. meh kita berpantun...

kolek beroleng dihempas ombak
ombak beralun ditiup bayu

aq berdiri realiti dipijak

tiada sendu tiada sayu


layang layang terbang melayang

melayang tinggi diatas awan

hendak mencari kasih dan sayang

tetapi hati tidak tertawan


merpati hinggap diatas ranting

ranting rapuh jatuh ketanah

sukarnya hati untuk disunting

luka lama masih berdarah



ah.. apalagi, jawab lah...


p/s: sila jawab ye cik primadona69, awak tu kan pemantun sekolah. eheks...
>hari ni 2 ekor hamster aq beranak lagi. huhuhuhu.. dah jadi datuk aq ni...


23 comments:

anN said...

setiap ari aku berangan...

so,pantun? kita layaaann.. hehe

suai x? hahaha

bujang bakal senang said...

huhuhu..sudah boleh masuk rentak juara pantun peringkt sek tamil!hahahah.jgn mrh

FaizalSulaiman said...

tangkap ikan dalam guni,
ingat lagi kau benda2 gini?

hahahaha

LavENDer Wind said...

layang tinggi di atas awan
mainan anak-anak di waktu petang
kerasnya hati tidak tertawan
pada yang mungkin menyemai sayang

merpati putih pamer ceria
meneroka hari mencari rezeki
buat jiwa yang masih luka
cubalah buka pintu hati

ombak beralun menghempas pantai
desiran suara memecah hening
jangan di kenang luka berantai
carilah penawar untuk disunting

Primadona69 said...

Baiklah...
dengarkan jawapan beta...

"Terbang tinggi siburung kedidi...
Terbang tinggi membelah awan...
Err...
Err...
Err..."

Ape soalan u ols td?
hahahahha

Tunjuk Bintang said...

ann;
jangan banyak berangan
lebih baik makan buah berangan..
huhuhuhu

Tunjuk Bintang said...

BBS:
emph.. sekolah tamil mana ader pantun da..

Tunjuk Bintang said...

faizalsulaiman:
guni baja dibuat jala
aq ingat sampai bila2

hahaha

Tunjuk Bintang said...

LV:
tq kerana mamahami...

Tunjuk Bintang said...

primadona69:
terbang tinggi burung kedidi
hinggap sebentar disawah padi
primadona69 yang baik budi
x payah balas kalau x sudi

ngabih beras jerk...

Afzainizam said...

http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Asam paya si asam pauh
Limau abung beli sekati
Tuan bahagia di benua jauh
Saya di kampung ternanti-nanti

Anak bangsawan menjahit tabir
Sulam di tepi siku keluang
Benci tuan Cuma di bibir
Dalam hati membara sayang

Anak muda memakai pending
Dara sunti berbaju merah
Bagai duri dalam daging
Runsing hati jiwaku resah

Anak wayang hidup dijulang
Cantik pintar layaknya ratu
Adik sayang abang nak pulang
Tunang dihantar hingga ke pintu

Aneka warna awan di langit
Alam indah bak lukisan
Harapkan cinta si genit
Isteri di rumah dilupakan

Angin baik sauh dibongkar
Kapal layer di dalam hujan
Adik cantik cinta bersakar
Manis dibayar dengan pujian

Awak-awak mengumbut sauh
Nakhoda pantas mengenal angin
Bukan berlawak bercakap sungguh
Hati berbekas cintamu dingin

Ayam ditambat pisau diasah
Rempah-ratus sudah sedia
Hujan lebat bumi tak basah
Perang batin hati nan lara

ada harta tidak terjaga
Ada peti tidak berkunci
Bahana cinta anak remaja
Sekejap kasih sekejap benci

Ada pijat tuan buangkan
Ada inti pulut direndam
Ada hajat tidak diucapkan
Ada hati kenapa dipendam?

Air pasang titi ditempuh
Buah bidara hanyut terapung
Janji usang cintamu rapuh
Hati terdera jiwa terapung

Air penawar di dalam kendi
Minum bergilir sebiji cawan
Gerak laku pancaran budi
Baik pekerti hati tertawan

Anak ayam belajar berenang
Anak itik di paya bakau
Mulut menyebut hati terkenang
Rindukan adik jauh di rantau

Bagai diandam daun di dahan
Ditiup angin bunyi berdesir
Rindu dendam tidak tertahan
Nasi dingin terasa pasir!

anaklaut said...

salam...

tq sudi singgah komen blog saya..

pantun tak pandai la pulak..ish..ish..

secangkir madu merah said...

apa diharap padi seberang
entahkan masak entahkan tidak
entah dibawa punai melayang
apa diharap hatinya orang
entahkan kasih entahkan tidak
entah kita saja yg sayang

anak punai anak merbah
terbang turun buat sarang
anak sungai kan berubah
ini pula hati orang m'ngapa dikenang

Sayang selasih tidak berbunga
Engganlah kumbang untuk menyapa
Sayang kekasih tidak setia
Badan merana kini jadinya

Kelap-kelip bintang seribu
Indah menawan di tengah malam
Sungguh aku sedang merindu
Rindu di hati yang paling dalam

Tunjuk Bintang said...

afzainizam:
emph.. panjang jela nak membaca. uhuks.. tq

Tunjuk Bintang said...

anak laut:
xper.. pelan2 berkayuh..

Tunjuk Bintang said...

SMM:
alamak.. x silap ni lagu. lagu saper yerk.. lupa lah. kat filem2 lama tu. memang sedap lagu ni...

Tunjuk Bintang said...

SMM:

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

secangkir madu merah said...

tunjukbintang,

Patah hatiku Membawa derita
Merajuk diri Tak tentu haluan
Patah hati ku Membawa derita
Merajuk diri tak tentu haluan

Ku harap janjimu Bahagia selalu
Rupanya patah di tengah jalan
Hendak diulang Resah menanggung
Kenang jangan disebut pun jangan

Hancur hatiku di dalam nestapa
Mengenang nasib diriku malang
Maksud hatiku bahagia bersama
Apakan daya diriku miskin harta tak punya

g_string69 said...

dear fad,
kolek ku oleng menurjah ombak,
gemersik rhu ditiup bayu,
kita berdiri bumi di pijak,
datang lah rindu membuang sayu.

layang layang putus melayang,
melayang jauh di balik awan
bukan mudah mendapat sayang,
selagi belum ketemu perawan.


merpati jatuh sayapnya patah,
kerana rapuh si pohon ranting,
bukan luka masih berdarah,
tetapi kudis masih berkuping.


yg membalas pantun,

amy_muliahaty

Tunjuk Bintang said...

SMM:

aq balas ni:

Anak merpati hinggap dititi
Tupai melompat jatuh kebumi
Kemana kubawa derita hati
Sedang rajuk tidak diubati

Manis mulut menabur janji
Bahagia selalu hajat dihati
Apakan daya hajat x terpatri
Simpan sahaja didalam peti

Malang datang bertimpa timpa
Gundah jiwa dalam nestapa
Ingin rasanyer bahagia bersama
Harta bukan yang aq pinta

Tunjuk Bintang said...

g-string69:
aq balas balik:

Kolek ku masih dibuai ombak
Bayu bertiup sungguh gemersik
Aq berdiri bumi dipasak
Rinduku sehalus pasir berbisik

Layang2 ku putus tali
Jatuh kebumi ditimpa hujan
Sayang ku bukan membuta tuli
Masih mencari tiada berkenan

Sayap merpati sembuhlah sudah
Terbang kembali diatas pohon
luka lama memang x berubah
walaupun kudisnya telah ku embun

ai@reel said...

bila bab pantun teringat zaman sekolah mnengah wakil johor tu ,masa tu lawan kat sek apa yer lupa dah .....dapat no 2

tapi tu dulu sekrg dah x ingat dah mana tidaknya kerja chemist,chemical.....uhuhuhuhuh

Tunjuk Bintang said...

ai@reel:
emph... nanti nak kawin kena pantun gak. kui..kui..