CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 26, 2012

:: SEBENING SYAWAL UNTUK EMAK ::


Dalam perjalanan ke JB raya kedua hari tu. Hairie cakap "Ramai kawan2 kita dah xder mak n ayah kan. Aq takut lah. dah lah keje jauh. Mak aq plak x sihat". Dalam hati Tuhan sajer yang tahu perasaan aq tatkala itu. Meruntun hati bila dengar cerita2 tentang ibu.. Bukan x merelakan pemergian Emak.. tapi tahun pertama raya tanpa ibu rasa cam janggal. Apatah lagi dipagi2 raya... Orang2 senanglah cakap ikut mulut.. yang memikul ni.. bak kata papatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Aq bukan xnak beraya tahun ni, cuma rasa kenikmatan tu dah dirobek.. membiarkan sahaja adik2 keluar, dengan abang yang umpama ada dalam tiada. Menyesalkah aq dalam memilih dilahirkan dalam keluarga ini? Tentunya Allah tahu yang terbaik untuk makhluknya. Aq hanya khalifah!

Rindu suara2 riuh memasak dipagi raya. Hahahahaha... Aq sekadar merenung sahaja ruang dapur di satu sudut sepi. Siapa tahu setitik air mata jatuh. Egoku x mahal dengan Emak.. Nostalgia tu penuh makna. X terbayar walau berjuta hendak dibeli. Jauh disudut hatiku engkaulah yang ku puja laksana rembulan. Kau Emak terbaik yang pernah kumiliki. Yakin benar aq akan derhaka pada Emak.. tapi x pernah sekali kau mengeluh memiliki anak seperti aq... dan aq x pernah tahu apa isi hati Emak yang berbalam2 jauhnya itu. Dan Emak tenang dalam meniti kehidupan sehingga nadi x bergerak, jantung x berdegup, darah x mengalir, mulut x berkata2 dan tertutup rapat mata Emak.. sesungguhnya aq benar2 merinduimu.. dan aq x bersama Emak dia menghembuskan nafas terakhirnya. Aq bukan sesaat, tapi bersaat2 aq ketinggalan. Dan aq x sempat nak melafazkan sebutir kata pon. Apatah lagi kata2 maaf dengan dosa2 ku, menghalalkan makan minum aq, tentang hutang2 aq, minta menghalalkan susu yang mengalir ketubuhku, kesengsaraan mengandungkan aq dan membesarkanku, segala perih mendewasakan aq.. dan hanya aq lakukan pada masa itu teresak2 menangisi kehilangan Emak untuk selamanya. Ya Allah ku pohon padamu, tempatkanlah Emak bersama2 orang yang kamu kasihi, dan golongan yang beriman.



Tika aku menangis engkau pasti tak tenang
melihat airmata yang jatuh bercucuran
kerana kehausan di tengah kepanasan

pasti engkau berlari mencari titis hujan
di kelapangan alam yang tiada bersempadan
ke mana harus pergi mencarikan bantuan
teguh menadah tangan mengharap ehsan tuhan.

Hati ibu yg mana bisa menahan
melihat anak yg dalam keperitan
tidak kenal erti berkorban tulus cinta dan kasih sayang
demi anak dalam kendongan
diiring doa dan rahmat tuhan

Tika aku menangis engkau pasti tak tenang
yang tiada bersempadan ke mana harus pergi
mencarikan bantuan teguh menadah tangan
mengharap ehsan tuhan.

Hati ibu yg mana dapat melawan
melihat anak yang dalam kesedihan
hanya ingin satu senyuman terbit dari sinar harapan
kudrat hilang tetap menatang cahaya mata
oh... dari tuhan


Abah x mampu membaca Yassin dengan sempurna, kesedihan dia membatasi segalanya. Air mata menemani sepanjang Yassin dibaca. Adik.. kita bertiga jerk. Harap tahun depan lengkap 4 adik beradik dan Abah semua ada.

1 comments:

Mohd Iskandar Salleh said...

menyentuh jiwa...
tak terkata...