CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 13, 2012



 Aku Tak Bisa Menyatakan Perkataan
Kelu Lidah Bila Berdepan Kamu

 Aku Percaya Pada Naluri Hatiku
Yang Nyata Sudah Ada Depan Mata

 Tapi Aku Masih Belum Mengenalmu

 Untuk Menikmati Rasa Sebenar-Benar Cinta

Aku Tahu Di Mana Nak Cari Cintamu
Di Sini Tak Mungkin Mengalah
Dengan Apa Yang Mendatang

Yang Ku Tahu
Kucuba Yang Terbaik Untukmu
Yang Indah Jadikan Kenangan
Yang Duka Perbetulkan

Begini Caranya Bagi Diriku
Caranya Bagi Diriku

:: MELARA JIWA :


Cinta membawa bahagia.. tapi adakalanya membawa derita. Dalam bersuka pasti menjenguk duka. Seharusnya aq pastikan bahawa pilihan ini adalah terbaik hidupku. Dan lara datang lagi berkunjung...


Aq sekadar merawat luka yang terpendam....

Wednesday, May 23, 2012

:: BUFDAY KE 27 ::


Salam semua.. bukan x moo update, kadang2 masa tu terlalu cemburu kat aq ni. n3 ni just nak update besday aq yang dah ke27 tahun ni. wakakka.. dah tua dah pon aq rupanya. tahun kedua sambut beday dengan Tunang aq, adik aq pon celebrate sama. Walaupon x ramai tapi tetap ada moment tersendiri.


yang penting, hidup tu kena teruskan walau apa pon yang datang menghalang...

Sunday, May 6, 2012

:: KEMBALI ::

aq benar2 rindu pada blog ni.. setahun membiarkan aq merajuk dnegan kamu.. hahahha, aq kembali meluah rasa disini. untuk rasa hati ini... diari kehidupan aq...

Wednesday, June 22, 2011

:: LEWAT PAGI.. ::

pass balik keje friendly match dengan budak cina yang dulu kalau main selalu x memihak kepada team aq.. tapi kali ni mereka seolah tunduk malu bila acapkali kalah. emph bukan nak berlagak.. tetapi mungkin prestasi dah semakin ok kot.. kira ok lah sekarang aq main badminton bila pass kejer dari lepak bawah pokok kat depan mahkamah JB, lepak Tugu, dok ke hulu hilir menyusuri jalan2 bandar yang disimbahi neon. apa pon x dapat.. sekurang2 nya boleh menyihatkan badan. uhuks..


pagi tadi masa balik kat Highway Skudai 5o meter selepas simpang masuk ke Kempas Lama ada xcident, nampak sebijik keter jer yang remuk teruk.. polis sedang sibuk mengawal keadaan.. emph... sentap jugaklah coz ingatkan roadblock tadi. aq rasa pasti ada yang terkorban memandang keadaan keter yang remuk teruk. Tetapi semua kehendak Tuhan kan..

melihat kes tadi, terngiang kat fikiran yang aq ni selalu balik dalam keadaan letih n mengantuk, dan selalu memandu dalam keadaan mengantuk.. emph.. takut jugak. tapi minta dijauhkan dari segala apa jua bentuk bencana.. lewat kebelangan ni banyak ubat yang dimakan, takut jugak pengaruh ubat memberi kesan. emph.. semoga selamatlah hendaknya aq ni..

Wednesday, June 15, 2011

:: MENGINTAI LANGIT ::

Menjalani kehidupan dengan biasa2 sahaja lewat kebelakangan ini, tiada masalah besar yang harus kalut difikirkan. tiada juga hal2 yang berkecamuk di benak yang harus di selesaikan. g keje, rehat, tido n kejer semula. sudah tiada masa untuk duduk dibawah pohon sena di subuh hari menanti fajar menyinsing. rasanya semua dah berlalu... memori2 lalu, kisah2 duka harus ku bungkus n kutanam biar hilang terus dari riwayat hidupku. rasanya x semudah itu...

yang pasti ku akan terus setia tunjuk bintang.. kerana bagiku antara yang berkerdip ada satu yang istimewa. dua yang ku suka, tiga yang kudamba dan empat yang cantik.. dan yang paling kusuka bila aq dapat membentuk buruj.. sampai sekarang x jumpa buruj sagitarius.. dan aq terus melampiaskan rindu pada sang bulan.. angin malam, terlalu awal untuk kamu menemaniku pulang. masih ada tugas yang harus kulakukan sampai 2.00am..

sakitku makin parah.. sudah 2 bulan aq meringkuk dalam ketakutan yang amat sangat.. bukan ku takut mati. tapi memikirkan andai aq x mati cuma terbaring seolah mayat hidup plak. dah bertablet antibiotik yang aq telan, dah pelbagai ubat n vitamin yang bersatu dengan darahku, dah 3 kali injection yang aq ambil. tapi masih begini. aq tahu Tuhan maha penyayang. Dia mahukan aq menjadi lelaki yang tabah, kuat.

tadi pagi aq sempat chat dengan teman lama aq.. dalam ceria dengan bait2 katanya. ada duka rupanya dihati lelaki itu. isterinya keguguran 3 kali. keinginan nak menimang cahaya mata tidak kesampaian. dia banyak menasihati aq tentang kehidupan dan jalan menuju titian silaturrahim.. aq seolah terpanggil menyahut seruan ilahi.. dan walau aq sedar malaikat maut x penah melengahkan tugasnya. dan aq masih berkubang dalam dalam pekatnya kisah silam n dosa2ku.. Astagfirullah al azim.. sejauh ini aq melangkah... Kamu masih memberi peluang untuk ku bernafas.. Terima kasih dengan dugaan ini, terima kasih juga terus membuatkan nadiku terus berdenyut. Berikanlah hambamu ini Nur menuju kejalanmu Ya Allah...


Monday, May 2, 2011

:: X DER BENDA KAN ::



salam kembali kepada pembaca blog TB, bukan bermaksud x mau menulis lagi. adakalanya banyak masa kat FB, huhuhuhu.. mood menulis seakan kosong plak.. lama dah x wat puisi, ntah la sibuk kat mana tu.. selalu jugak buka blog kengkawan lama.. tapi mereka pon semacam x selalu update. adakah blog sekarang semakin hilang dihati peminat. ceh wah..

banyak perkara nak bagitau kat korang semua. tapi x tahu nak mula dari mana.. start dari mak la, setakat ni mak dah semakin sihat. dengan semangat yang kental.. mak dah selesai menjalani rawatan radio terapi selama sebulan dan telah tamat jugak sesi yang mengerikan bagi penghidap kanser iaitu 6 sesi rawatan kemoterapi. Angah doakan mak semakin cepat sembuh dan sihat, nanti leh tolong2 bakal pengantin ni 2 tahun lagik.. hhuhuhuhuhu (perasan sungguh.. tunang pon blm lagik). mak cuma perlu rawatan susulan jerk dan pemantauan doktor. sabar mak yer.. segala yang berlaku ada hikmahnya..

pasal diri ni, biasalah hati dah disunting, ahhahaha.. bukan den yang sunting.. den x pandai ngurat2 ni.. nak ikut kan cerita kami semakin rapat n berbunga2 taman2 disekitar.. huhuhu.. hahaha.. menyemai cinta katanya.. malas nak citer banyak.. takut break kat tengah jalan.. maklumlah banyak sangat dugaan sekarang ni... so kena pakai payung masuk hutan ni..

dan rasanya tulah jer kot untuk kali ini.. ceritakan tentang perkembangan diri. GLAM n Maskulin terbaru x sempat lagi nak baca. ehhehehe..

k, love u peminat blog TB

apa kata kita layan babak romantis filem sembilu.. best giler.. selalu ulang tayang clip ni..



touching sesangat kan..


Tuesday, March 22, 2011

ANDAI

Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu tertawa
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari masalah

Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu bahagia
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari derita

Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu ada untukmu ooh

Andai ku di hatimu
Andai ku di pelukmu
Andaikan kau menjadi milikku

Andai ku di hatimu
Andai ku di dekapmu
Andaikan kau menjadi milikku

Beri aku waktu untuk bisa
Membuatmu bahagia
Jauh jauh jauh dari
Jauh dari derita

Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu menemanimu
Ku ‘kan selalu ada untukmu oh..oh


P/S : Like this song.. the lyric is cool.. meaningfully...

Friday, February 4, 2011

:: SEDETIK LEBIH ::


sedetik lebih..

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu





harap2.. masih ada lagi coretan sepi selepas ini di blog ini. ku bukan tinggalkan kerana sibuk, tetapi sejak laptop aq kena curi, susah dah nak update. selepas ini pasti masih ada puisi indah dan juga coretan2 halus dari hati ini..

Wednesday, October 13, 2010

:: DAN... ::

Dan..
seperti hari2 yang lalu
pohon hijau itu tetap gah berdiri disitu


dan.. seperti selalunya..
bangun pagi ku merenung jendela..
mengintai fajar menyingsing

dan... sebelum minum secagkir kopi
aq asyik dengan aromanya...

dan... begitulah aq setiap pagi
tanpa suara merdu berbisik mesra
tanpa kucupan manis dipipi dan dahi
ketika aq melangkah keluar dari pintu

dan.. rupanya aq seperti dulu

Saturday, September 25, 2010

:: SEPINYA JANJI ::


Dalam duka berinjak luka

Sesekali ria menjengah rasa

Seketika bahagia menggoncang jiwa

Sepi disanubari runtun segala


Sepinya janji...

Andai malam tanpa bintang

Sepinya janji...

Andai ombak tanpa derunya

Sepinya janji...

Andai pelangi tanpa warnanya


Aq masih seperti dulu

Persis tidak berubah harapanku…

Menghitung kiraan waktu mendewasakanku

Dengan kosong tanpa bahagia..


Satu hari yang ku tak tahu jam berapa?

Ku terima satu janji

Janji yang kurasa cukup indah

Andai janji itu ditermetarai

Janji dari seorang manusia kepada manusia-biasa lainnya..


Disudut gelap hatiku

Terbina laman yang indah seketika

Bunga2 cinta mekar seindah senyuman “bunga cinta lestari”

Dan akhirnya…

Semua wangian bunga itu hilang

Dek kenangan2 lalu


Awan pun mendung..

Seolah menangisi nasibku

Lalu hujan pula turun membasahi bumi

Aq sekadar merenung dijendela..

Fikiranku tak tercapai akalku

Hanya membisu dan benakku kosong…


Sepinya janji aq rasakan kali ini

Bukan apa? Kerana janji aq terhina begini

Perlukah aq menagih janji yang ntah keberapa kali ini

Mulanya ingin ku semat didada

Tapi aq takut amongan manusia nakal

Kufikir biar sahaja kutanam didada

Biar sahaja pemberi janji belah dadaku

Untuk mengotakan janjinya

suatu hari dipenghujung penantian

Dan saat itu bahagia yang ku temui

Walaupon sekejap Cuma..

Aq redha andai itu pengakhir hidupku…

Sepinya janji ku bawa bersama..


Thursday, September 16, 2010

:: HARI MALAYSIA ::


salam satu Malaysia kengkawan dan pembaca blog TB ni, aq x perasan plak hari ni hari Malaysia. masa karoke semalam member aq yang reminder kat kawan aq, so kepala hotak aq fikir hari ni dapat double coz aq kejer. ahaks... alhamdulillah dah rezeki yerk.

pagi tadi aq dengar stesen radio kegemaran iaitu era.fm, dj dia ada cakap pasal hari Malaysia ni barulah aq ni faham hari Malaysia ni sebenarnya start sambut tahun ni pada 16hb September setiap tahun. Cuti ni bukan cuti sesuka hati yer, tapi cuti sempena mengingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16hb Sept 1963. ohoks.. aq lom lahir masa tu! Kiranya masa tu Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura sama2 nak berpakat nak jadi Malaysia.


so, kepada semua pembaca TB, selamat Hari MALAYSIA dan masih seminggu raya ni, ucap sekali Selamat Hari Raya Minal Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, salam aidilfitri buat semua...