Saturday, September 26, 2009
:: AIDILFITRI '09 ::
Posted by Tunjuk Bintang at 6:09 PM 2 comments
Wednesday, September 16, 2009
:: LAGU RAYA UNTUK MAK & ABAH ::

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata
Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya
Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku
Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu
Posted by Tunjuk Bintang at 3:34 PM 7 comments
Saturday, September 12, 2009
:: CERITA SI BINTANG ::
CERITA 1
biasalah... nak raya mesti g shopping, cam n3 sblm ni aq der cakap short list destinasi yang perlu aq pegi jumaat lepas. Mula2 destinasi aq tuju adalah Jakel, pegi situ pon mak aq pesan belikan cadar. Lagipun murah sikit kat situ coz aq dah belek risalah sebelum ni. masalah nyer.. masa nak parking xder tempat kosong, tawaf ler bangunan tu lebih dari 5 kali, lastly singgah kat Kipmart jerk, masuk kipmart xder benda menarik nak beli. Kuar balik dan cari parking lagi nak ke Jakel ni, geram x jumpa2 gak. Aq parking jauh sikit, tinggal member aq dalam keter. Aq ngan adik aq pegi la Jakel tu cari cadar yang dimaksudkan, tapi bukan setakat cadar je aq beli, karpet buluh sekali aq angkut naik keter. dah Settle aq teruskan perjalanan ke Giant plak. Datang2 jer terus g kat kedai minyak wangi. ala wangian yang x beralkohol. 1 ml baru RM3. Aq ambik 10ml jenama BOSS, adik aq 10ml gak tapi Hugo Boss, member aq ambik 15ml Armani. Ala biasa2 jer, nak wat rayer katakan. nak beli yang ori memang x mampu lor..
CERITA 2
Lepas beli minyak wangi tu, we alls masuk kat dalam pasaraya. rambang mata nak beli. macam2 benda terfikir nak ambik. dalam kesederhanaan berbelanja penuh gak satu troli. hahahhahahaha... bukan per, aq beli sekali barang keperluan mak kat kampung. Time nak bayar aq rasa bengang sikit la.. orang ramai nak bayar tapi kaunter yang bukak cumer 3 jerk.. bayangkan kalau satu barisan ader 15 orang.. ble nak siap nyer. padahal kaunter banyak tu.. tetiber je satu kaunter tu wat hal, komputer hang.. x mangamuk orang line tu. habis orang yang ader kat kaunter tu kena maki hamun. baik technician, supervisor mahupon cashier kat situ. silap mereka jugak.. dah tau ramai orang ramai lagi2 musim perayaan ni. bukak la banyak sikit kaunter, x yah nak beratur panjang sangat. soal kekurangan staff bukan alasan coz mereka perlu tangani perkara ni sebelum puasa lagi coz mereka pasti akan tahu kemungkinan ramainya orang akan datang berbelanja.
CERITA 3
Dah petang baru sampai Angsana, kat sini shoping baju t-shirt je. Sajer2 je tengok baju2 kat sini. beli sehelai je. baju coklat jenama Milano, biasa2 jer. Malas nak lama2 kat ruang pakaian coz rambang mata. Tu pon layankan member.. berhabis sampai Rm500 kat situ, tu belum lagi dia beli kasut kat al-Ikhsan dan barangan keperluan diri kat Watson. Layan kan jer la... aq tetap biasa dengan low profile.. ceh.. ceh... sbnrnya boring kat angsana tu coz dah penat kot dari tadi asyik shopping. pe2 pon barang2 untuk mak n ayah aq dah beli. itu sbnrnya keutamaan aq untuk tahun ni. ye la... aq dah kejer 2 tahun, so harapan syawal tahun ni nak banyakkan masa dengan family. bukan selalu balik kampung.. Tahun ni pertama kali aq belikan Hadiah untuk mak n ayah.. bagi aq ni yang sesuai kot.
CERITA 4
Dah kol 5.30pm we olls berangkat pulang setelah bonet belakang penuh. huhuhuhu.. nasib la New Saga BLM ni bonet beso. Kalau x tempat duduk blakang la yang penuh gedabak. Balik jer sampai umah jenuh naik tangga sampai tingkat 4 dengan barang yang banyak tu berplastik2. lepak jap.. hilangkan kepenatan n peluh2 yang mengalir keluar. G masak mee goreng, maklumlah dah nak berbuka, kol 7 dah nak masuk kerja lagi. Uh.. penat wei.. Siap2 jer terus mandi n gerak g kerja. tapi sampai lambat, berhenti kat petronas makan tapau mee yang aq goreng tadi. huhhuhhuhuhu...
CERITA 5
masuk kejer cam biasa. xder customer yang banyak kerenah hari ni. so senang la kejer aq hari ni. malam ni memang mengantuk giler, memang x blh blar... kepala hotak ingat nak balik jer.. tup2 tengok jadual hari ni balik kol 3 pagi. peh.. lama lagi nak sampai umah. masa dok layan ngantok, tetiber jer ader mamat dok sblah aq, citer dia kena saman dngn polis la, minyak motor habis la. aq ni malas nak layan orang2 cam ni. dah kol 2 pagi, giler aper nak percaya. tetiber je hati aq ni kesian. lagipon stesyen minyak xder yang 24jam sekitar sini. lama gak pk baru aq hantar dia beli minyak kat petronas. pass tunjuk jalan balik aq masuk keje cam biasa. sbnrnya aq malas nak tolong coz sblm ni aq dah terkena satu kes yang aq jumpa mamat terbaring kat tepi jalan. masalah nyer xder motor n tanda2 kemalangana kat situ. takut gak nak tolong coz skrg ni macam2 leh berlaku. akhirnya masa balik pon sampai.. tapi memang kecewa. minyak wangi yang aq beli tadi jatuh n pecah.. pergh.... aroma yang menusuk kat hidung bertambah sakit hati jerk.. nak wat camner. memang xder rezeki nak beraya pakai minyak wangi tu.... wargh!!!!
Posted by Tunjuk Bintang at 3:13 PM 4 comments
Thursday, September 10, 2009
:: 10 HARI LAGI ::
Posted by Tunjuk Bintang at 2:06 PM 2 comments
Wednesday, September 9, 2009
:: HARI RADIO MALAYSIA ::
Posted by Tunjuk Bintang at 2:20 PM 4 comments
Labels: Luahan, Tak Tau Ler?, XTVT
Wednesday, September 2, 2009
:: RENUNG SEJENAK ::
kehidupan itu sementara. aq ingin mengingatkan diri sendiri sambil share dengan u all semua. semoga ada yang tersirat dari tersirat. banyakan beramal...
Posted by Tunjuk Bintang at 3:29 PM 6 comments
Labels: Video
Saturday, August 29, 2009
:: HIDUP ADALAH ANUGERAH ::
noda hitam menitik2 dan bertitisan
akhirnya kelam dihati lemahku
sejak aq mula disitu lagi
hingga aq begini dek noda itu
berlinang dan pekatnya ia
seakan sukar untuk disucikan
aq mengerti aq telah tersesat
aq seharusnya mudik kehulu
arahku salah ketika ini..
jangan ku dorong diri kearah itu lagi
nur ada disana bukan disitu
khatimahkan hatiku disana
kerana disitu ada suara2 sumbang
tangan2 hitam yang akan menyambutku nanti
dalam gelap tanpa cahaya neon
sekadar biasan cahaya bulan yang suram
aq duduk disitu mencanguk sendirian
membilang hari demi hari yang berlalu
mengimbas masa yang pantasnya berlari
aq membuka kotak memori semalam
membaca berlembar2 lipatan sejarah silam
dari aq mula belajar menangis
hingga aq pandai membuat orang lain menangis
dari aq keluar menjenguk dunia
sehinggalah aq kenal dunia sebenarnya
onak dan duri telah kulewati
segalanya mungkin walaupun dihempas badai
dari aq x tahu apa itu ABC
sehingga aq tahu mengucapkan
"I LoVE U"
aq mula sedar cinta punyai rahsia
walau x dicari ia tetap wujud
walau ia pernah merobek kepercayaan aq pada wanita
satu ketika dulu..
tapi aq semakin sedar cinta ada acuan sendiri
ia membuat aq gembira, tertawa, sedih dan berduka
aq mula redha dan mengerti
Tuhan tidak menjodohkan kami sebenarnya
ada hikmah segala yang berlaku
yang sudah biarlah sudah
dan kini aq mula kembalikan keyakinan
bahawa wanitalah yang akan memanjangkan generasiku
embun mula menitis...
aq mendongak lama kelangit
untuk apa aq masih menunjuk bintang
andai aq tahu memang x mampu aq menggenggamnya
aq harus berpijak dibumi nyata
aq harus bangun dari mimpi2 palsu
sudah masanya aq harus berubah
melupakan segala apa yang membuatku alpa
aq harus mencari sesuatu yang tertangguh
memantapkan iman yang terlalu goyah
dengan godaan dunia dan syaitan
mencari dan mempertingkatkan kualiti kerjaya
jika segalanya mencukupi
barulah aq mula memikirkan
suri hatiku... penawar dikala suka dan duka
aq bersyukur aq masih bernafas saat ini
kerana aq tahu hidup itu adalah anugerah..
kali ini aq x mungkin berputus asa
nekadku tinggi..
aq mula belajar mensyukuri apa yang terjadi
mencari sesuatu yang terbaik buat diriku
aq harus menjalani hidup mendatang
dengan yang terbaik..
aq tahu Tuhan ada untuk membantu
menunjukkan jalan dan kuasaNya
aq x akan menyerah dan lembik untuk melangkah
selalu memikirkan hidup ini x ada ertinya
walau aq tahu manusia x dilahirkan dengan sempurna
tapi aq xnak sesali apa yang telah terjadi
kerana hidup adalah anugerah
aq akan tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik...
aq x akan menyerah....
Posted by Tunjuk Bintang at 9:17 AM 5 comments
Labels: Puitis
Sunday, August 23, 2009
:: RAMADHAN KEMBALI LAGI ::

Start Ramadhan ni aq pon dah tinggalkan xtvt yang x senonoh, berdiam diri walaupon officemate aq selalu cakap perot aq boncit la, pakai baju tegantung la n bla.. bla.. Aq pon x kisah dah orang nak cakap per.. Yang penting aq bahagia (Bahagia ke aq!). 1st ramadhan pon aq suka coz member baik aq dah x couple dengan dak ciner x sunat yang selalu wat aq geram dengan dia. Dah la selalu balik awal dari waktu sepatutnya masa keje, esok g kejer tangan dah bercop tanda kuar dari club n dileher penuh dengan gigitan cinta. Uh... menyakitkan mata wei.. Lastly dia putus gak walau kasih x panjang. Bagus! Bagus! Aq suka.. sekurang2nya member aq ni leh bagi komitment yang lebih baik dengan kejer dia. Bukan per... Aq pon xleh nak sound dia lebih2. Nanti ader yang terkesan dihati. Bagi mereka2 yang nak taubat, nak dekatkan diri dengan Allah. Ramadhan ni salah satu bulan yang baik untuk lakukan yang sedemikian. Kepada kawan2 n peminat2 blok tunjuk bintang ni, Aq sebagai penulis blog ni nak ucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada u alls. Hope ibadah kamu ni diterima oleh-Nya mudah2an. Maaf sekiranya selama aq ber'blog' ni ada orang yang terasa dengan hasil tulisan aq., sorry sesangat. Kepada yang sempat pergilah tunaikanlah solat terawih, berpada2 kalau ke bazar untuk beli juadah berbuka n bersahurlah untuk mendapatkan tenaga yang cukup. Renung2kan selamat beribadah..
Posted by Tunjuk Bintang at 11:48 AM 7 comments
Labels: Ramadhan
Saturday, August 8, 2009
:: SEPI SEORANG PERINDU ::
Dari daerah pojok ini Aq meneliti diri dengan segala deria yang dikurnia Ilahi. Sedang aku melayan perasaan, fikiran Aq merindu seseorang, dialah yang banyak memberi pengajaran tentang hidup. Dari Aq menjadi seorang yang mudah berputus asa dan sering sahaja memikirkan sesuatu perkara yang kalut untuk difikiri. Hadir dirinya dalam ruang hidup ini banyak merubah hidupku terutama kepercayaan tentang hati dan perasaan. Kehidupan metropolitan banyak mengajar dia untuk menjadi seorang insan yang bergelar lelaki untuk menikmati keseronokan nadi

Berteman cengkerik diluar jendela dan elusan lembut bayu malam jari ini menekan satu persatu papan kekunci. Kata hati perlu diluah pada sebaris ayat dan setiap susunan melodi hati perlu seirama. Jika melodi hati tidak bersatu dengan ironi, tiada bait kata yang mampu dilagukan seindah alunan seruling alam. Kamar sepi ini menjadi saksi kisah hidupku disini. Seorang perindu sepi yang entah kemana haluan yang perlu dibawa. Sesekali terdetik dihati mengatakan setiap nafas ini begitu berharga untuk diganti dengan segala-galanya.
Aq masih disini memberi setiap apa yang Aq jalani. Sehinggalah saat-saat itu hadir menjemputku pergi.
Keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan,
Andai kau jujur memahami,
dan kisahku yang masih panjang,
Menambahkan berat yang memandang,
Lantas ku pendam biarlah rahsia…..
Posted by Tunjuk Bintang at 12:02 PM 11 comments
Labels: Luahan
Wednesday, August 5, 2009
:: BODOH PUNYA CINTA ::
Mulanya kurasa cinta itu membuatku bahagia. Tapi rupanya derita yang aq jalani dengan cinta. Aq juga x faham.. kenapa harus ku bercinta semula.. setelah 4 tahun aq mejadi perindu sepi… akhirnya aq bercinta semula. Tapi kini banyak bezanya percintaan aq.. erti cinta yang aq tahu penghujungnya yang memang tidak pasti. Hubungan yang sekadar berkata b sayang ayang, ayang sayang b… I love u, I love u too.. kata2 yang hanya bersandar nafsu x berjasad. Kata cinta yang mengharap balasan.. lantas ku hanya beri waktu sebulan sahaja.. memang betul2 30 hari mencari cinta. Lantas ku pujuk hati dia bukan untuk aq, dia hanya butuh kesenangan aq.. aq kembali buntu.. nasib la belum banyak kenangan yang aq bina bersamanya… sekarang aq benar2 merasakan kata2 cinta itu untuk apa? Adakah sekadar ucapan atau ikhlas dari hati.. aq semakin x percaya cinta.. aq bukan x bersyukur dengan kurniaan Tuhan pada diri ini. Satu saat aq pasti tinggalkan dunia yang aq tahu masa depannya ini. Dengarkan lagu yang kunyanyikan khas buatmu dari band seberang – Mahkota :

Namun ku tetap mencoba bersabar
Tapi manusia memiliki batas rasa
Jika kau lakukan berulang-ulang
Jangan kau ganggu aku dulu
Aku tak ingin bertemu kamu
Ku harap kamu akan berubah
Jangan hubungi aku dulu
Aku tak ingin kau ganggu dulu
Sekarang kau pikirkan salahmu
Coba kau pikir mengapa aku begini
Aku merasa kau takkan setia
Aku mengalah dan putuskan semua
Ku ingin kau sadari
Posted by Tunjuk Bintang at 2:44 PM 12 comments
Labels: Luahan
Tuesday, July 14, 2009
:: RINDU TIADA BERTEMAN ::
Sayup sayup anjing menyalak
riuh sungguh suara katak berpesta
cengkerik pula sengaja petik gitar malam
sesekali mutiara embun menitis
menitis ke dedaunan..
angin malam membelai wajah
sesekali gatal menyelak bajuku yang berterbangan
ku biarkan sahaja diriku dimanja oleh sang bayu malam
jauh disudut hatiku masih rindu
rindu pada dingin malam...
oh bintang...
katakanlah sesuatu kepadaku
mengapa malam ni kamu bisu
tulikah kamu... aq teriak namamu tadi
BINTANG... aq sepi malam ini
bulan... pada siapa harus ku mengadu
rinduku ini
BULAN.. kamu juga merajuk padaku
ooooooooooooooooooooooooo
ANGIN..
bawakan sahaja rinduku ini pada sang pencinta
Posted by Tunjuk Bintang at 12:28 PM 8 comments
Labels: Puitis
Friday, July 3, 2009
:: KUTULIS KERANA KAMU SAYANG ::

DALAM SAMAR AQ MENCARI
TELAH LAMA CINTA INI MATI
SENGAJA KU BIARKAN DALAM HATI
KERANA AQ TAKUT DIKHIANATI
Buat sekian lamanya
Ku buka akhirnya jendela hati
Membiarkan sayap2 cinta bebas berterbangan
Mencari buih2 cinta dilautan perasaan
Kubiarkan sepi itu pergi...
Kerana hari ini aq katakan pada dunia
Aq bukan lagi berdiri sebagai seorang perindu sepi
Terima kasih sayang
Kamu meletakan aq
Ditempat istimewa dalam lubuk hatimu
Kuharap bukanlah sekejap cuma
Sekadar singgah membuai asmara
Sekadar datang meluah rasa
Sekadar hadir berpeluk mesra
Biarkan kita rasa nikmat cinta sepuasnya
Ajarkan aq cinta...
Kerana cinta itu telah lama pergi
X-Raylah hatiku...
Biarkan kamu tahu
Dimana ku letakkan cintaku padamu
Aq x meletakan harapan yang menggunung
Cukuplah kamu:
Membahagiakan diriku
Menghargai diriku
Memahami diriku
Jangan tanya lagi kisah laraku
Anggaplah ia lipatan kertas sejarah hidupku
Lalu ku jadikan kapal terbang kertas
Lantas kuterbangkan ia membelah awan
Dan lama kelamaan ia hilang dari pandangan
Hari ini aq mahu bersamamu...
Ku tahu kamu juga begitu
I Love U sayang
Walaupun kamu bukan PUTRI CANTIK...

Posted by Tunjuk Bintang at 12:34 AM 17 comments
Labels: Puitis




